Friday, December 27, 2013

wordless friday

trauma~

apa itu trauma?
kenapa manusia susah hendak melupakan trauma yang pernah dialaminya?
bagaimana cara untuk mengatasi dari dikejar bayang-bayang trauma?

seringkali orang menyalah erti akan mangsa trauma
orang menganggap mereka ini tidak kuat,mungkin juga tidak mahu melupakan apa yang pernah dialami
tapi pernahkah mereka mengerti apa yang sebenarnya dirasai oleh mangsa-mangsa trauma ini

benar,walaupun mungkin perkara itu telahpun berlaku berkurun lamanya tetapi itulah namanya trauma
tidak hilang dek pergerakan waktu
mungkin mulut mudah menyebut sudah melupakan tetapi hakikat sebenar di hati.......

orang yang mempunyai trauma memang mudah sensitif dengan perkara yang bersangkut kait dengan penyebab traumanya
walaupun ada yang cuba menyelami dan menyatakan mereka faham dengan trauma tersebut
tetapi pada mangsa trauma kata-kata itu semua hanyalah kerana rasa simpati dan kasihan akan dirinya

ada sesetengah trauma yang membekas di dalam hati
bukan kerana ingin mengingati
tetapi kerana itulah realiti
realiti yang sukar untuk dihadapi
apatah lagi untuk dilupai

mereka ini memang berbeza..fahamilah mereka.. =)


No comments:

Post a Comment