Monday, January 13, 2014

random post














indah sungguh ciptaan Allah jika kita melihatnya dengan penuh rasa bersyukur dan penuh rasa kehambaan.betapa hebatnya kebesaran Allah.allah,allah,allah,betapa aku ini hamba Mu yang sering terlupa mengucapkan betapa bersyukurnya aku sebagai hamba Mu.betapa bersyukurnya aku dengan nikmat kurniaan Mu.masih aku ingat lagi kata-kata dari seorang ustaz yang menyatakan bahawa,jiwa kita akan rasa tenang dan dekat dengan Allah apabila memandang laut,gunung,langit kerana apa?kerana ia adalah penciptaan langsung dari Allah.bukti kekuasaan Allah tanpa campur tangan dari sesiapa.benar.memang benar. =)

dulu pernah aku terfikir bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi seorang photographer bebas.travel seluruh dunia untuk mengambil gambar nature.terasa sangat bahagia dan tenang sangat bila berada dekat dengan alam semulajadi.

tapi perancangan kita hanyalah perancangan seorang hamba.perancangan Allah itu yang lebih berkuasa dan terbaik.bila cita-cita tidak direstui keluarga,maka bertukarlah cita-cita.ingin berbakti menjadi doktor.tetapi cita-cita terkandas lagi ketika sekolah menengah.hati ini terlalu mudah terasa.terasa dengan kesakitan yang dialami orang lain.lalu nekad untuk menguburkan cita-cita yang sudah digenggam kemas selama 5tahun.

ku alihkan kepada geologist kerana hati ini masih cinta akan alam.namun ditentang oleh guru kerana dikatakan tidak sesuai dengan diriku sebagai wanita.lalu ku kuburkan sekali lagi cita-citaku dan aku pasrah.redha dengan apa jua jalan yang bakal ditetapkan buat ku daripada yang Maha Esa.

takdir telah membawaku ke jalan yang sedang aku lalui sekarang.sebagai seorang akauntan.insyaAllah.dalam masa setahun sahaja lagi aku akan menamatkan pengajianku di peringkat ijazah.bila dikenangkan kembali sudah jauh tersasar dari apa yang sebenarnya aku minat dan hajati tetapi hati ini yakin.yakin pasti ada kebaikan dan hikmah disebalik semua ini. :')

namun,cinta ku kepada alam,tumbuh-tumbuhan dan haiwan memang sudah diibaratkan seperti nafas yang ku hela sehari-hari.mungkin kerana hati ini sangat mencintai ketenangan dan kedamaian.sehinggakan ketika temuduga pengawas semasa sekolah dahulu aku telah menjawab soalan daripada guru yang bertanyakan "apakah yang kamu impikan?",jawapan yang ku berikan ketika itu hanyalah "kedamaian".

insyaAllah,akan ku teruskan cita-citaku untuk mengembara mengelilingi dunia melihat kebesaran Allah yang sangat banyak dan luas itu suatu hari nanti.bersama seseorang yang turut sama berkongsi rasa cinta ini dan juga yang berkongsi kecintaan kepada "Nya".aaminn ya rabbal 'alamin. =)




No comments:

Post a Comment