Sunday, November 9, 2014

random post

Adakah yang mampu menyayangi kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang mampu melindungi kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang mampu bersama di samping kita setiap masa melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang sanggup memaafkan semua kesalahan kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang sanggup menerima segala kekurangan dan aib kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang akan sentiasa mengambil tahu mengenai kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang lebih memahami isi hati kita,resah kita,sedih kita,kecewa kita,sakit kita,marah kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang lebih sabar dengan perangai kita melebihi Allah?
Tiada :)

Tiada,tiada,tiada..tiada yang dapat menandingi Allah kerana itu tempat Allah itu tidak boleh digantikan dengan sesuatu yang lain sebab tiada yang mampu menandingi Nya :)

Ya Allah,tiada yang mampu menandingi Mu di muka bumi ini mahupun luar dari bumi ini,namun aku berharap dan berdoa agar suatu ketika nanti ketika Engkau ingin menyerahkan aku kepada seseorang untuk dijaga,aku berharap insan tersebut akan membuatku merasa selamat sebagaimana aku merasa nyaman di dalam perlindungan Mu.sebagaimana aku merasa begitu yakin dengan kasih Mu,begitu jugalah dia akan membuatku yakin dengan kasihnya.Ya Allah,Engkau lebih mengetahui perjalanan hidup hamba Mu ini.kurniakan aku seorang pelindung bukan seorang penghibur semata-mata kerana aku lebih nyaman begitu.setelah begitu ramai yang aku lindungi,izinkan aku mendapat pelindung diriku sendiri selepas Mu Ya Allah Yang Maha Berkuasa.jika tidak,damaikanlah hatiku di dalam rahmat kasih sayang dan perlindungan Mu sehingga akhir hayatku..aku rela.. :)

No comments:

Post a Comment