Skip to main content

Posts

Featured

Terperangkap

  Terlalu banyak yang ingin diperkatakan Tetapi aku tidak mampu Meluahkan begitu berat buatku Menyimpannya juga begitu berat Terkadang aku tertanya-tanya Di mana silapnya Di mana hikmahnya Mengapa aku tetap terperangkap di dalam ruang ini Ruang yang menyeksakan Hati dan perasaan ku sejak dulu Aku tidak pernah mengenal erti Bahagia Bahagia itu terlalu dongeng buatku Satu cerita yang begitu indah didengar Namun tidak akan pernah dicapai Walau di hujung gapaian rasa Aku cuba untuk percaya Tidak, sbenarnya lebih benar jika ku katakan ku memaksa untuk percaya Memaksa untuk percaya bahawa Bahagia itu ada Cuma hanya aku yang belum menemuinya Aku cuba melawan rasa Aku cuba melawan buruk fikiran ku tentang dunia Namun masih juga aku berada di ruang yang sama Aku cuba pergi Pergi dari terus berada di ruang yang sama Tetapi pengakhirannya aku tetap kembali ke sini Ke lembah ruang sepi yang tidak aku ingini Sampai bila aku harus terus berpura2

Latest Posts

Ar-Rahman, kita yang alpa

Kehidupan

wanita

PERANG HUNAIN : SATU PENGAJARAN DARI SATU KEKALAHAN

kuat kan aku Ya Allah

dalam sujud cintaku

cinta

pelembut hati

Orang-orang yang Terpedaya oleh Dirinya

Syeikh Ammar Bugis: Penakluk Kemustahilan