Perubahan Itu Indah..=) Part 2
Seperti dia tahu betapa aku terasa asing disitu. Tidak sesaat pun dia meninggalkanku sendiri. Segala soalan ku dijawab nya dengan lembut walaupun adakalanya soalan itu kurasakan terlalu mudah.Tazkirah hari itu mengenai aurat wanita. Baru ku fahami mengapa perlunya tudung ditutup hingga kedada, baru ku tahu mengapa perlunya berpakaian longgar. Baru ku tahu segalanya. Betapa caraku selama ini salah sama sekali. Sekadar menutup rambutku, kukira mencukupi. Ya Allah, betapa dosaku telah menggunung. Entah mengapa butir bicara ustaz itu begitu menyentuh hatiku. Air mataku jatuh lantas ku seka dengan jariku.
“Hani, lepas ni kita ada bacaan Al-Quran, hani dah berwuduk?” soal ain sambil memegang dua naskah Kalam suci itu. “ Belum..di mana tempat berwuduk?” terasa panas wajahku bertanyakan soalan itu. Jelas sudah yang aku memang belum pernah menjejakkan kaki ke Masjid indah ini. Ain masih tersenyum. Lantas menunjukkan tempat berwuduk. Aku melangkah sendiri sambil mengenang betapa jauh aku telah tesasar dari jalan kebenaran ini. “ Marker permanent ke temporary yang ain dok pegang dari tadi tu?” terdengar suara gadis di luar tempat berwuduk. Aku tersentap. “ Entahlah , budak perempuan macam tu tak lama sangat dekat sini. Sekejap lagi nak bertadarus, entah-entah dah lari” terdengar ketawa kecil mereka. Aku tersenyum, terkenang kata-kata mieta, “ Semalam aku ajar salah seorang yang paki tudung labuh tu mengaji, tak sangka dia baru nak belajar” pantas aku menyoal siapa gerangan insan itu. “Biar aku je yang tau, walapun macam tu ilmu dia lebih jauh tinggi dari kita, mungkin itu kelemahannya” itu kata-kata dari bibir mieta. Tidak sedikit mengaibkan gadis bertudung labuh yang hinga kini menjadi rahsia. Namun lain pula hari ini. Pantas aku memujuk hatiku,” mungkin ini kelamahan mereka” aku tersenyum sambil melangkah keluar dari tempat berwuduk. “ Anti dari berbicara perkara duniawi di Rumah Allah, mengapa tidak bersama teman lain membaca kalamullah?” terdengar suara lelaki menegur seiring dengan langkahku keluar dari tempat berwuduk itu. Serentak mereka berpaling memandangku. Aku mempercepatkan langkah kedalam surau. Tidakku lihat siapa mereka yang berbicara tadi.
Kedengaran suara mengarahkan halaqah di bentuk,. Kuturuti pergerakkan mereka. Sebuah bulatan dibentuk, bacaan dimulakan dari seorang gadis di tengah-tengah, lembut suaranya mengalunkan ayat-ayat indah penuh nasihat dari kitab suci ini. Giliranku makin hampir, terasa semua mata memandangku. Ku mulakan bacaanku, syukur lancar sahaja bacaanku. Berkat tunjuk ajar atuk semasa hayatnya juga beserta anugerah Allah mengurniakan aku kelancran membaca kalamnya, aku pernah memenangi pertandingan tilawah di negeriku. Terasa pandangan aneh tadi telah berganti dengan senyuman. Selesai menunaikan solat asar , kami bersalaman dan berpelukkan, kata ain itu salam ukhwah.
Sedang asyik memerhatikan sekeliling Rumah Allah yang kali pertama kukunjungi ini, aku terlihat dua orang gadis sedang berbicara mengahadap tirai pemisah solat antara jemaah lelaki dan perempuan. Kutanyakan pada ain, ain tersenyum, “ Hani, kita disini kalu bicara dengan lelaki biar di sebalik tirai, tidak timbul fitnah” aku mengangguk. “ Ilfahani” terdengar namaku di panggil lantas aku menoleh. Aku bukan kenal sesiapa di sini. “ Salam ukhwah dari presiden kita, ingin mengenal anti jika anti sudi” pantas tutur gadis dihadapanku. Gadis ini yang becakap dengan tirai tadi bisik hatiku. Ku lihat air wajah ain berubah. “ Mengenal?” soalku cerdik sungguh bunyinya. Gadis dihadapanku ter senyum “ Berta’ruf jika anti sudi” lama aku terdiam. “ Ini nombornya, kalau anti sudi, anti boleh hubungi beliau di sini, Assalamualaikun” huluran kertas kusambut, huluran salamnya hanya berjawab di hati. Masih kelu rasanya lidahku. Masih tidak memahami apa yang terjadi. Aku mengajak ain pulang bersama, dia menolak, katanya lebih selesa menaiki bas. Terasa mesranya hilang sedikit, mungkin penat agaknya melayani aku sebentar tadi. Kereta ku hidupkan.
Sebentar kemudian aku tiba di bilik, kureabahkan badan ke atas katil. Hatiku terasa tenang, tiada lagi kegusaran. Ku pejamkan mata, teringat pula nombor yang diberikan tadi. Kutuliskan pesanan ringkas “ Assalamualaikum, ada apa yang boleh saya bantu?” ku pejamkan semula mataku. Tiada balasan. Trit..trit “ Hani dinner jom” mesej dari Ina. Aku apantas bangun membersihkan tubuh dan solat maghrib serta memabaca Al-quran. Selesai semua kukerjakan, mesej Ina ku balas, “ Tunggu aku kat kafe ye” trit..trit.. ku biarakan mesej itu berbunyi, Ina la tu kata hatiku. Pantas ku bersiap. Malam itu baju longgar dan seluar track jadi pilihanku. Rasanya tampak lucu, tetapi lebih baik. Aku tersenyum. Pantas aku berlari turun. “ Besarnye malam nie” kata mieta tersenyum, aku ketawa kecil, kuceritakan apa yang kulakukan siang tadi. Mereka tersenyum, “ Hani, jangan maian-main je tau, buat betul-betul” Ina bersuara, tidak sedikit mereka membantah apatah lagi mentertawakanku, syukur aku dikurniakan sahabat sebaik ini.
Setelah selesai makan malam kami berbual kosong dan aku menceritakan isi tazkirah tadi kepada rakan-rakanku. Selesai menunaikan solat isya’ dibilik mieta, aku melangkah ke kamar ku. Teringat mesej tadi belumku baca “ Waalaikummussalam, ana ingin mengenali anti jika anti sudi” mesej dari orang itu rupanya. “ bekenalan macam orang nk becinta tu ke?” soal ku. Trit..trit.. “ Berkenalan kerana Allah, bercinta kerana Allah” kubaca mesej itu berulang kali.

Comments
Post a Comment