best ke tudung labuh ni??
Dulu aku selalu tertanya-tanya bila melihat perempuan-perempuan yang bertudung besar-besar dan labuh ni lebih-lebih lagi yang remaja.
"Diorang tak rimas ke pakai besar-besar tu?tak serabut ke?tak panas ke?"
Aku sendiri kadang-kadang tak paham kenapa diorang nak pakai tudung labuh sampai macam tu sedangkan tudung biasa pun ada.Buat je lah jadi macam tudung roket kan so tudung tu still tutup dada juga.Sselendang pun boleh je nak pakai dan labuhkan lah sikit.Tak perlulah sampai nak labuh dan besar sangat macam tu.Diorang tak teringin ke pakai dan buat style cantik-cantik ikut peredaran semasa sekarang ni.Barulah stylo sikit dan cantik.Banyak je style yang masih tutup aurat tapi kenapa mesti tudung yang nampak macam kolot tu jugak yang dipilih.Tak faham sungguh lah.Mungkin sebab diorang memang sekolah agama kot sebab tu lah.Dekat sana kan wajib pakai macam tu.Budak-budak alim la katakan.Ustazah-ustazah.
Tanpa aku sedar aku dahulu sering memperlekehkan dan mempersendakan tudung labuh itu.
"Alia,bila la agaknya ko nak pakai macam tu ek?",rakanku Fatin menyoalku sambil memuncungkan bibir ke arah seorang pelajar yang bertudung labuh.
"Haha,memang tak la kan.Aku bukannya ustazah.Tak ingin aku pakai macam tu.Lain la kalau tiba-tiba aku dapat hidayah ke kan,"gelak besar kami berdua tiap kali bercakap mengenai tudung labuh.
Tidak ku nafikan aku hanyut dalam dunia fesyen semasa.Ada saja fesyen-fesyen terbaru yang aku akan tiru dan cuba.Dan aku merasa cukup bangga apabila ada yang memuji.Ya,memang tidak dinafikan memang aku merasa seronok untuk kelihatan cantik.Aku sentiasa berusaha untuk kelihatin semakin cantik setiap hari.Banyak duit yang telah ku laburkan semata-mata untuk kelihatan cantik.
Tapi dalam aku berfesyen aku cuba untuk menjaga juga auratku tetapi tidaklah sesempurna mereka yang bertudung labuh.Aku akan memastikan tudungku tidak terlalu jarang dan tidak menampakkan leherku.Aku akan sematkan jarum peniti supaya tidak nampak leherku apabila aku menyelempangkan tudungku.Tudungku juga tidak terlalu singkat.Aku cuba elakkan baju dan seluar yang tight.Tapi tidaklah terlalu besar.Aku hanya pastikan ianya sedikit longgar dan selesa untukku.Dalam kejahilanku mengenai aurat aku masih lagi memikirkan rasa malu dan segan jika memperlihatkan auratku dengan terlalu terbuka.Sungguh,hidayah Allah itu sebenarnya sudah lama ada di hati ini cuma aku saja yang menafikannya kerana tidak mahu kelihatan kolot dan huduh bagiku.Ya Allah,betapa hinanya hambaMu ini.
Tapi sungguh hidayah itu milik Allah.ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang
Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima
Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan
sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan
kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).
Alhamdulillah Allah telah memilih diriku untuk diberi hidayah yang menguatkan diri ini untuk berhijrah.Kutinggalkan fesyen-fesyen dunia.Aku memilih pakaian taqwa."Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian
perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah
kurnia) Allah (dan
rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]
: Aku kini memilih untuk bertudung labuh.Tudung labuh yang pernah ku persendakan suatu ketika dahulu.Sungguh kita tidak akan mengetahui sesuatu itu selagi kita sendiri tidak mengalaminya.
Kini baru ku fahami kenapa mereka yang pernah ku persoalkan dahulu memilih tudung labuh ini walaupun kelihatan kolot dan tak fashionable.Kerana:
-ia lebih menjamin maruahku
-ianya lebih selesa kerana tidak perlu memikirkan adakah aurat kita sudah tertutup sempurna atau tidak
-sebagai peringatan pada diri untuk menjaga diri memandangkan kita sudah bertudung labuh
-rasa lebih selamat dan terpelihara
-merasa lebih dekat dengan Allah
-rasa tenang kerana dapat menjaga aurat yang dituntut oleh Allah
sungguh jika kita memelihara agama Allah,insyaAllah Allah akn memelihara kita juga.Satu ketenangan yang tidak pernah ku rasakan sebelum ini sudah ku dapati dan aku sangat bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih oleh Allah untuk mendapat hidayah iniJika sebelum ini aku sering dirundung kegelisahan memikirkan akan mata-mata yang liar memandang susuk tubuhku kini aku sudah lebih tenang dan merasa selamat di sebalik tudung labuh ini.
"Tudung
pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah.
Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung
pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain
muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung
pada suara... jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan
mempersona. Tudung pada hati... mengingati
Allah.
InsyaAllah.Aku berharap hidayah ini kekal dan aku juga akan kekal istiqomah di jalan Allah.Amin Ya Rabb
sy suke blog ni..ia memberikn sy inspirasi utk mnulis blog dgn lbih baik..jmputlah mlawat ke blog sy yg x sberapa ni..:)yattmj.blogspot.com
ReplyDeletejazakillah ya ukhti..semoga ukhti dpt byk idea bru utk memantapkan penulisan ukhti..=)
ReplyDeletesalam...sis follow blog kamu untuk mencari ilmu... :)
ReplyDeletewaalaikumussalam..dengan senang hati sis..=)
ReplyDeleteslm. best3. suke3. (:
ReplyDelete