Allah Penentu Kejayaan dan Kegagalan
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang benar-benar
terjadi. Pada malam sebelum kejadian itu berlaku, dalam kuliah maghrib yang
saya hadiri ustaz tersebut menyatakan bahawa tidak semesinya mereka yang banyak
menghafal dan belajar itu akan pasti berjaya tanpa bantuan dan kuasa dari Allah
tetapi jangan pula kita belajar atau membaca dengan main-main mahupun sekadar
cukup makan sahaja kerana Allah akan melihat juga kepada usaha kita apabila
ingin mendatangkan bantuan Nya. Hatiku bermonolog setuju.
Dan pada malam itu sebenarnya saya perlu menghafal text
untuk presentation yang bertajuk ‘The Differences between Jews and Zionist’ dan
juga menghafal untuk test hubungan etnik untuk keesokan paginya. Memandangkan
minggu tersebut jadual saya agak padat dengan test,kuiz dan assignment jadi
pada malam tersebut baru saya mula menghafal dan belajar untuk presentation dan
test tersebut.
Pada malam itu juga saya menghubungi ibu di kampung untuk
meminta doa dan memperoleh semangat kerana risaukan tidak sempat menghafal
semua fakta tersebut kerana saya memang agak susah dan lambat dalam subjek
menghafal. Antara pesanan ibu kepada saya adalah supaya bertenang dan tidur
awal dan bangun awal pada pagi esok nya untuk belajar. Saya memang jenis yang
akan belajar sehingga lewat dan tidak suka belajar di waktu pagi kerana mudah
mengantuk dan masih dalam keadaan mamai.
Tetapi malam itu saya mengambil keputusan untuk mengikuti
kata-kata ibu dan buat seperti yang disuruh. Memandangkan saya telah menukar
giliran dengan sahabat yang seharusnya membuat presentation giliran pertama
maka saya dapat menghabiskan presentation saya cepat dan pergi ke surau
berdekatan untuk menghafal dan sambung belajar tajuk-tajuk test yang belum
sempat diulangkaji.
Berbekalkan doa yang saya panjatkan semoga Allah permudahkan
saya untuk menjawab test dan juga dengan kata-kata dari ustaz maghrib semalam,
saya memang mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh dan cuba segala macam cara
yang termampu untuk mencuri-curi masa untuk belajar, saya meletakkan segalanya
kepada Allah. Ketika di dalam test tersebut, apabila saya melihat soalan-soalan
di bahagian esei, ternyata saya tidak ingat apa-apa isi untuk tajuk-tajuk
tersebut tetapi Alhamdulillah soalan yang terakhir itu saya ingat dan dapat
membayangkan nota slide berkenaan tajuk tersebut. Seperti melihat kepada nota
tersebut saya dapat melihat bentuk dan isi kepada tajuk tersebut sama seperti
bagaimana saya ulangkaji. Segera dipanjatkan
kesyukuran kepada Allah kerana telah membantu saya kerana jika tidak pasti saya
akan gagal dalam test tersebut.
Selepas test tersebut tamat, saya segera menyelak nota-nota
untuk mencari nota slide yang saya jawab itu. Berulang kali saya menyemak dan
menyelak nota tetapi slide yang saya lihat ketika di dalam test itu tidak
wujud. Saya tidak puas hati lalu mencari tajuk tersebut, ‘persamaan di antara
Pelembagaan Persekutuan dan Piagam Madinah’. Alangkah terkejutnya saya kerana
ternyata slide untuk tajuk tersebut sangat berbeza dengan apa yang saya nampak
ketika dalam test sebentar tadi.
Allahuakbar! Sesungguhnya saya memang tidak menghafal dan ingat nota
yang sebenar tetapi Allah telah membantu dengan memberi saya visual nota slide
lain yang berbeza tetapi masih ada isinya walaupun tidak 100% sama.
Saya memanjatkan kesyukuran dan berfikir panjang mengenai hal ini. Saya teringat semula kata-kata ustaz di kuliah maghrib semalam dan ternyata kata-katanya benar. Sahabat saya yang menghafal lebih banyak tidak dapat mengingat dengan sepenuhnya tetapi saya yang tidak sempat menghafal telah dibantu Allah kerana saya berpegang pada kata-kata ustaz itu yang walaupun tidak sebanyak orang lain menghafal tetapi perlu bersungguh-sungguh dan tidak main-main. Lagi satu penyebab yang saya rasakan saya dibantu Allah adalah kerana saya mengikut nasihat dan kata-kata dari ibu semalam walaupun cara belajar di waktu pagi tersebut memang tidak pernah berkesan kepada saya sebelum ini.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah kekuatan doa itu
memang tidak dapat disangkal. Apabila kita mengharapkan sesuatu daripada Allah
maka kita perlu memohon dengan bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah.
Kedua, Allah itu Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Bantuan Allah akan dang
kepada hambaNya yang memerlukan dan pada mereka yang telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh sebelum bertawakal kepadaNya. Ketiga, kata-kata dan nasihat
dari seorang ibu itu tidak rugi kita ikuti kerana terdapat keberkatan di dalam
setiap pesanannya yang membawa kepada kebaikan. Anak yang patuh dan taat kepada
ibu bapa pasti disayangi Allah dan insyaa Allah Allah akan perkenankan doa
ibunya dan dirinya. Wallahualam.
Comments
Post a Comment