layakkah kamu?
Entry ini saya tulis selepas baru selesai mengulangkaji
pelajaran untuk final exam yang bakal tiba tidak lama lagi.Tujuannya untuk
berkongsi dengan para pembaca apa yang saya rasa ketika sedang ulangkaji tadi.Semoga
perkongsian ini dapat member sedikit perkara yang berguna kepada
semua.Mudah-mudahan.^-^
“Orang yang tidak mampu fokus kepada kerja dan tanggungjawab
di hadapannya ketika ini TIDAK LAYAK untuk berkata mengenai impiannya”.Pasti
ramai yang agak tidak puas hati mahupun kurang memahami maksud ayat tersebut
bukan?
Ayat ini saya temukan di dalam sebuah drama Jepun yang
bertajuk Bambino.Kisah mengenai seorang pelajar kolej lelaki yang ingin
mengejar impiannya menjadi chef pasta.Dan ayat itu telah diucapkan kepadanya
oleh ketua chef di tempat kerjanya.Kita rewind sekejap ye ceritanya..=)
Nama watak lelaki itu adalan Ban.Dia telah datang untuk
berkerja di sebuah restoran itali yang bernama Barcanalle untuk menjadi
pembantu di dapur restoran tersebut ketika cuti summer oleh bos nya.Tetapi
selepas tamat tempoh cuti tersebut, dia membuat keputusan untuk terus berkerja
di situ kerana minat yang sangat mendalam dan kagum dengan kehebatan chef-chef
di situ.Dia telah berhenti kolej dan mohon untuk bekerja di situ.Tidak
dinafikan Ban memang seorang yang sangat berbakat dalam membuat pasta.(banyak
lagi kisah nya tapi sy skip kn).
Apabila Ban berjumpa dengan pemilik kedai tersebut dan
menyatakan hasrat untuk bekerja di situ, dia telah diberi jawatan sebagai
pelayan di dining hall.Ban sangat kecewa kerana dia ingin menjadi chef,bukan
pelayan.Banyak kesilapan yang telah dia lakukan dan dia langsung tiada semangat
untuk melakukan kerjanya sebagai pelayan.(banyak lagi kisah yang penuh
pengajaran tapi terpaksa skip..^-^).
Jadi pada suatu malam,dia telah bertembung dengan ketua
chefnya di sebuah kedai makan itali dan mereka berbual.Pada ketika itulah
kata-kata tadi telah diucapkan kepada Ban selepas Ban meluahkan perasaannya
dengan menyatakan bahawa dia tidak datang ke situ untuk menjadi pelayan dan
memotong roti sahaja.Dia telah berhenti kolej dan memutuskan hubungan dengan
wanita yang sangat dia cintai semata-mata untuk mengejar impiannya untuk
menjadi chef pasta.
Jadi apa yang ada dalam fikiran anda semua sekarang?Pasti
anda rasa kasihan pada Ban kan?
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan
pelajarannya.Sebenarnya benar apa yang dikatakan oleh ketua chef
tersebut.Walaupun mungkin kita melihat kerja sebagai pelayan itu bukanlah
sesuatu yang dapat dibanggakan dan tidak pernah kita impikan tetapi pernahkah
kita lihat di sisi sebaliknya?Chef memang tugasnya untuk memasak makanan yang
sedap tetapi tanpa pelayan yang baik sudah pasti pelanggan juga akan
lari.Pelayan dan chef adalah sama pentingnya.Chef tidak akan tahu apa yang
berlaku di ruang makan.Apa yang pelanggan mahukan dan bagaimana mood
pelanggan.Menjadi tanggungjawab pelayanlah untuk menyampaikan semua maklumat
tersebut kepada chef.
Kita berbalik semula kepada ayat tadi.Jadi secara
kesimpulannya,orang yang tidak mengambil serius akan kerja dan tanggungjawab
yang sedang dia galas adalah petanda dia seorang yang tidak mampu memikul
sebuah tanggungjawab.Jika benar dia seorang yang benar-benar ingin berjaya maka
segala tugasnya akan dilaksanakan dengan baik meskipun tidak mengikut seperti
apa yang dirancang kerana dia merasa akan erti sebuah tanggungjawab.Orang yang
sedar akan erti tanggungjawab sahaja yang akan berjaya di kemudian hari.Jadi
merekalah orang yang selayaknya untuk berkata-kata mengenai impiannya.
Maka jika kita dihadapkan dengan tugas mahupun jalan yang
kita tidak suka, janganlah kita mengabaikannya kerana ia sudahpun menjadi
tanggungjawab kita.Kenapa tidak kita cuba belajar dan memahami dan mengambil
seberapa banyak hikmah dan pelajaran yang ada di dalamnya?Kenapa tidak kita
mencuba untuk melaksanakannya dengan sepenuh hati dan penuh rasa
tanggungjawab.Insyaa Allah segalanya akan membawa pulangan yang berbaloi dan
usaha keras kita pasti akan berbalas.Allah itu Maha Adil bukan..^_-
p/s:saya lebih memilih untuk melihat drama Jepun berbanding
Korea kerana drama Jepun terdapat banyak sangat nilai kemanusiaan dan motivasi
yang tinggi yang dapat kita pelajari.Antara yang saya cadangkan adalah kisah di
atas Bambino dan Yamada Taro Monogatari(kisah mengenai erti kasih
sayang keluarga yang pasti membuat air mata anda mengalir)..^-^
Comments
Post a Comment