semusim perjalanan



“Takutlah akak Iman result SPM nak keluar dah..” Keluh adik manis itu.
“InsyaALLAH, mumtaz punya. Sera kan pandai.”
“Pandai, pandai pun takut jugak.”
Dalam keasyikan berbual, tiba-tiba kedengaran telefon bimbit yang tersemat rapi digenggamannya berdering.
“Haa, pakwe call ek?” Dia hanya membalas dengan senyuman dan terus berlalu ke kamar.
Usai beberapa detik, aku juga berlalu ke kamar. Susu yang berbaki, dimasukkan ke dalam peti sejuk. Entah mengapa, biasanya pantas saja aku menghabiskan susu setiap malam sebelum tidur. Terasa bagaikan deria rasa membeku, tawar segalanya. Setibanya di kamar, masih kedengaran serakan suara Sera berbual bersama rakannya di talian. Aku mematikan langkah, melabuhkan kedudukan dan menghadapkan pandangan ke screen laptop di bilik study. Jari galak mencari irama merdu apa ingin diperdengarkan untuk jiwa yang sedang “buntu” ini. Akhirnya jari terhenti, butang play di klik pada lagu “Ombak Rindu By Mr.Bie”. Sebuah lagu yang diubah suai liriknya kepada Islamik. Dari cinta manusia kepada cinta ALLAH.
Tuhan, tolong lembutkan hati hamba,
Tuk mencintaiMU seadanya,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Menghadapi seksa nerakaMU,
Tuhan, aku tahu banyak dosaku,
Hanya ingatkanMU kala dukaku,
Namun hanya KAMU,
Yang mampu membuka pintu hatiku,
Untuk cintaMU,
ALLAH, ampunkanlah hambaMU,
Yang selalu dustakan janjiku,
Agar kelak ku takkan diseksa,
Kerna dosa-dosa masa lalu,
ALLAH, jatuh airmataku,
Dan terus mengalir mengiring rinduku,
ALLAH yang mengampuni segala,
Dosa-dosa hamba yang meminta,
Hanya mampu berdoa,
Moga maghfirah tiba nanti..
Tanpa sedar, ada mutiara halus mula menyusur menuruni anak pipi. Ku menyeka, namun ianya terus merembes keluar dengan derasnya. Esakan cuba diperlahankan, bimbang akan didengar oleh Sera. Ya ALLAH, tenangkan hati hamba, rintih aku di dalam jiwa.
Duhai hati, penatkah kau selama ni?
Terbebankah kau selama ni?
Hatiku membisu,
Tapi jasad ini mengatakan bahawa,
Dia rasa teramat lemah dan hilang,
pabila hati ini tidak sedamai dulu.
Roh aku pula mengatakan bahawa,
Dia terasa bagai disiat-siat,
pabila hati tidak secekal dulu.
“Akak!” Suara Sera di kamar sebelah, mematikan lamunanku, airmata segera diseka agar tiada yang tersisa.
“Ye, kenapa?”
“Akak buat apa? Dengar lagu?”
“Aah. Dah habis bergayut?”
“Alaa akak ni, bukan bergayutlah. Sera ada benda nak tanya ni.”
“Ok, akak pindah bilik sebelah.”
Aku mengatur langkah ke kamar sebelah, lagu tadi sengaja aku biarkan memenuhi ruang sunyi.
“Ada apa?” Soal aku sambil melabuhkan kedudukan di birai katil.
“Apa akak rasa kalau cinta akak ditolak?”
Tersentak dengan pertanyaan dia, segera aku meraup muka. Menghembus satu keluhan agar tiupan kekuatan kembali semula.
“Kenapa tanya macam tu?”
“Cinta Sera ditolak.”
“Maksudnya?”
“Tak sekufu katanya.”
“Apa yang tak sekufunya?”
“Dia kan orang berada, kita ni biasa-biasa je. Rupa pun takde.”
“Itu ke yang dia maksudkan dengan sekufu? Sera kecewa?”
“Agak, masa mula-mula. Tapi kumbang bukan seekor kan akak?”
“Sera suka dia sebab apa?”
“Sebab dia baik.”
“Takpe, Sera tak perlu menyesal dia tinggalkan Sera. Nak tahu sebab apa? Dia terlalu cintakan dunia. Sebab tu dia nak pilih “jodoh” kerana harta dan rupa. Kalau betul dia nak kan Sera, dia takkan tengok semua tu sebagai yang utama, tapi dia akan tengok pada agama Sera. Kalau cinta yang benar-benar kerana ALLAH, dia takkan tinggalkan Sera dengan alasan tu.”
“Hmm, betul cakap akak tu. Takpe akak, insyaALLAH Sera tak kecewa.”
“Ye, akak pasti ALLAH nak hadirkan yang lagi terbaik untuk adik akak ni. Sekali dia lepaskan Sera, mungkin dia takkan jumpa lagi gadis sebaik Sera.”
Sera hanya membalas dengan senyuman. “Akak ok?”
“Ok, kenapa? Nampak macam ada masalah ke?”
“Mata tak dapat simpan segala rahsia akak. Tergambar di mata akak satu bebanan yang menanti masa untuk dilepaskan.”
“Amboi! Dah pandai bermadah adik akak sorang ni ye?”
“Tengoklah akaknya siapa kan? Luahkan je la akak.”
“Macam mana akak nak luah? Takde apa pun. Cuma apa yang akak boleh katakan, ALLAH menguji pasti bersebab. ALLAH mahu kita belajar banyak lagi. Tetaplah percaya, bahawa DIA menyiapkan hadiah terbaik setelah setiap duka dan luka itu.”
“Akak, janganlah bermadah. Sera kurang faham.” Sera memuncungkan bibirnya.
“Seperti kata Sera, kumbang bukan seekor kan?”
“Cinta akak ditolak?”
“Tak. Tapi hati akak diuji.. dengan cinta manusia. Ada benarnya, kumbang bukan seekor, tapi bukan mudah nak menemui kumbang yang betul-betul beriman, luhur jiwanya untuk Islam.”
“Habis tu?”
“Akak lepaskan perasaan tu. Mungkin ALLAH hanya nak uji akak.”
“Semudah tu?”
“Habis Sera nak akak buat apa? Akak taknak sampai makan hati dan kecewa dengan percintaan ni yang tak berkesudahan . Gugurkan perasaan yang belum pasti, itu jalan terbaik. Cukup akak simpan cinta di hati ni untuk jodoh akak. “
“Cinta ni menyakitkan, betul tak akak?”
“Sera, setiap manusia itu, fitrahnya ingin disayangi dan menyayangi. Cinta itu suci kerana ia kurniaan ILAHI, cuma bila bersalut nafsu ia terfitnah menjadi keji. Jadi, kita yang mengemudi perasaan hati kita ni, haruslah berhati-hati. Cinta yang sebenar tidak akan melukakan, tapi menyembuhkan. Cinta yang sebenar itu akan mendekatkan kita dengan Pencipta, bukan menempah tiket ke neraka.”
“Jadi apa akak nak buat sekarang?”
“Jalani hidup seperti biasa. Tak perlu gusar sayang, ALLAH tahu perasaan kita. Jadi serahkan saja pada DIA. Kita kena sedar hakikat hidup ni, bukan di atas tangan kita, tapi ketentuan ALLAH semuanya. Jangan biar lelaki pandang lemah pada kita, dalam kelembutan biar terselit ketegasan.”
“Semoga ALLAH kirimkan kekuatan pada akak dan Sera untuk hadapi dugaanNYA.”
“InsyaALLAH, dah pergi tidur.”
“Selamat malam akak.”
Usai itu, aku berlalu ke kamar study, mematikan laptop. Berkira-kira mahu merebahkan diri juga. Ya ALLAH, walau lafaz kataku adakalanya tak mencerminkan kata hatiku, namun aku mengerti, hidup mesti diteruskan dan tekanan perlu dihilangkan dalam diri. Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang gagah sifatnya dalam mengemudi hati sendiri. Jangan biarkan aku kalah dalam mengemudi kolek kecil dalam lautan duniawi sebelum sampai ke muara syurgaMU.
Firman ALLAH, “…….Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat……..”.
(Al Baqarah : 214)
Itulah janji ALLAH. Dan ALLAH tidak akan menyalahi janjiNYA. Kalaupun ALLAH belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang ALLAH yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada ALLAH.
Dalam ulir jiwa..
Penuh tenang dan terpelihara..
Malahan khusyuk dan redha..
Atas nama hamba..
Kusujud pada sejadah tua..
ALLAH, kudamba kasihMU..
ALLAH, kukesali dosaku..
ALLAH, kupuja cintaMU..
ALLAH, ampunkan kekhilafanku..
http://www.ilmi-islam.com/

Comments

Popular Posts