Saidina Umar al-Khattab

Tajuk Buku: Umar al-Khattab Reformasi Dunia Islam.
Penulis: Abdul Latip Talib.


Respon selepas membaca keseluruhan buku ini:

- Sangat ta'jub dengan keperibadian yang ditonjolkan oleh saidina Umar... Walaupun sangat tegas dan kasar, tetapi apabila turunnya wahyu Allah kepada Rasulullah saw, beliau mematuhinya tanpa sebarang kata bantahan...

- Ada unsur lawak, sedih, suspen dan terharu serta kagum dengan sifat dan peribadi sahabat-sahabat Rasulullah SAW... Unsur lawak yang dimaksudkan ialah gurauan para sahabat dan ketika saidina Umar mengejar utusan ketua panglimanya yang melarikan diri darinya kerana tidak mengenali Amirul Mukminin itu=)

- Terasa bersungguh dalam ingin mengenali kesemua para sahabat Rasulullah SAW kerana sifat peribadi mereka yang sangat bagus dan hebat...


Antara kata-kata Saidina Umar al-Khattab dan part yang paling best dalam buku ini ialah:-

1- Ada orang yang benci kepada saya dan ada pula orang yang sayang pada saya. Itulah lumrah manusia sejak dahulu hingga kini. Ada kebaikan dan kejahatan, ada kebencian dan kasih sayang, kerana itu adalah sifat yang dimiliki oleh setiap manusia. Namun janganlah kamu menyangka sikap keras yang saya miliki sudah melekat dan tidak boleh diubah lagi.

2- Sekarang selepas jawatan Khalifah diserahkan kepada saya, maka diri ini adalah orang yang paling lemah di hadapan yang Maha berkuasa.

3- Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana ada yang berani menentangku demi membela dan menegakkan kebenaran.

4- "Apakah makanan yang paling lazat yang pernah dimakan oleh Rasulullah SAW?" Tanya Umar.

"Roti yang diperbuat daripada tepung barli. Pada suatu hari saya menyapu roti itu dengan minyak sapi dan Rasulullah memakannya dengan begitu selera. Kemudian baginda membahagikan pula makanan itu kepada tetamu." Jawab Hafsyah.

"Apakah hamparan yang paling baik yang pernah digunakan oleh Rasulullah SAW?" Tanya Umar lagi.

"Sehelai kain tebal. Pada musim panas kain itu dilipat empat dan pada musim sejuk dilipat dua. Separuh digunakan sebagai alas, dan separuh lagi dijadikan selimut." Jawab Hafsya.

"Walaupun sekarang ayahanda dilantik menjadi khalifah, tetapi ayahanda mahu mencontohi kehidupan Rasulullah saw dan tidak mahu lebih daripada itu..."

5- Umar: Alangkah baiknya saya menjadi seperti pohon kurma itu. Apabila mati tidak dipersoalkan lagi.

Aslam (Pembantu Umar): Wahai Amirul Mukminin, mengapa tuan menangis?

Umar: Saya takutkan seksa kubur dan azab neraka.

Aslam: Bukankah tuan dijamin syurga?

Umar: Sekiranya saya melakukan kesalahan, saya tetap dihukum terlebih dahulu kecuali mendapat keampunan daripada Tuhan.

Aslam: Tetapi tuan tidak pernah melakukan kesalahan. Tuan seorang pemimpin yang adil.

Umar: Sebagai PEMIMPIN saya akan dipersoalkan di atas kepimpinan saya di akhirat kelak. Bagaimana masih ada rakyat yang tidak mendapat pembelaan lalu di akhirat kelak mereka menuntut keadilan di hadapan Tuhan?

Aslam: Semoga Tuhan ampunkan kesalahan tuan.

6- Umar: Wahai Aslam, malam ini temankan saya keluar malam. Saya tidak dapat tidur sekiranya belum menjalankan tanggungjawab saya.

Tengah malam itu ketika orang lain sedang nyenyak tidur, Khalifah Umar al-Khattab dengan ditemani Aslam, keluar dari rumah bagi menjaga keselamatan rakyat. Mereka terus berjalan meredah kedinginan malam hingga sampai ke daerah Murrah yang terletak di luar kota Madinah.

7- Apabila mendapati ada rakyatnya yang kelaparan di luar kota Madinah, Umar berasa sangat bersalah dan segera pulang ke Madinah pergi ke Baitulmal. Dia mengisi sebuah karung dengan tepung, buah kurma, minyak dan pakaian. Dia juga mengeluarkan sedikit wang bagi diberikan kepada wanita itu. Selepas karung itu penuh, Umar meminta Aslam meletakkan karung itu di belakangnya.

Aslam: Wahai Amirul Mukminin, biar saya yang memikulnya.

Umar: Apakah kamu sanggup memikul dosa saya di akhirat kelak? (Nada sedikit marah)

8- Ummi Kalsum (Isteri Umar al-Khattab): Hendak ke mana wahai suamiku?

Umar: seperti biasa keluar menjalankan tanggungjawab sebagai Khalifah.

Dalam kegelapan malam itu, Khalifah Umar al-Khattab berjalan dari lorong ke lorong di sekitar kota Madinah. Selepas memastikan kota itu dalam keadaan baik, dia terus berjalan sehingga tiba di luar kota. (Tersentuh hati dengan sikap Saidina Umar yang sangat prihatin terhadap rakyatnya) T__T

9-Khalifah Umar al-Khattab sangat mengambil berat keadaan rakyat di bawah pemerintahannya. Baginya sekiranya terdapat seekor anjing yang kelaparan itu juga tanggungjawabnya memberikan makanan. Apatah lagi manusia. Kerana itu dia rela berjalan malam bagi mengetahui keadaan rakyatnya. Dia selalu berdoa, "Wahai Tuhanku, sekiranya masih ada rakyatku yang kelaparan, ampunilah aku......."

10- The last but not least, ketika Saidina Umar al-Khattab dibunuh oleh Fairoz (Abu lukluah) ketika sedang menunaikan solat subuh:-

Umar: Jangan hiraukan saya dan teruskan sembahyang kerana itu yang lebih penting diselesaikan. Biarkan saya begini. (Kemudian Umar pengsan)

Umar bertanya selepas sedar dari pengsan: Adakah kamu sudah selesai solat?

Abdul Rahman bin Auf: Ya.

Umar: Saya juga hendak solat...

Abdul Rahman bin Auf: Wahai Amirul Mukminin, tuan mendapat luka yang parah.

Umar: Tidak ada keuzuran bagi lelaki dalam mendirikan solat. Sesungguhnya tidak Islam mereka yang meninggalkan solat.

***

Ketika sudah tahu Umar tidak dapat diselamatkan, semua yang ada di situ menangis.

Umar berkata: Jangan kamu menangis. Sesiapa yang menangis keluar dari sini. Tidakkah kamu dengar Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, orang mati diseksa disebabkan tangisan keluarganya. Setiap yang bernyawa pasti mati. Dan saya merasakan saat kematian itu semakin hampir. Selepas saya meninggal kelak, saya mohon disemadikan berhampiran dengan makam Rasulullah SAW. Wahai anakku Abdullah, pergilah minta keizinan atas hajatku ini kepada Aisyah.


Pada pagi ahad 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Umar al-Khattab menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia pergi selepas menjadi Khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Umurnya ketika itu 63 tahun. Al-Fatihah.........

Comments

  1. mana nak dpt buku ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ini sudah agak lama dipasarkan jadi tidak pasti jika masih mudah untuk dicari.boleh cuba cari di kedai-kedai buku yang banyak menjual buku agama mungkin. =)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts