CARA DIDIK ANAK DALAM ISLAM
Semua orang mahu yang terbaik untuk anak mereka... tak terkecuali saya juga...
semoga anak yang dididik menjadi anak yang bertanggungjawab dengan ibubapa,
agama dan masyarakat sekeliling. Saya suka dengan perkataan 'tanggungjawab'
dari dulu lagi... sebab saya rasa itu kunci yang penting. Tahu agama setinggi
manapun tapi tak tahu apa dia 'tanggungjawab' rasanya takkan ke mana..."
Saya mahu share apa yang saya cuba cari dan telah jumpa di laman web ini
http://www.ppdhuluperak.gov.my/v02/
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok
dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka
geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14
tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…
“Jika dia bijak dan
menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita
cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21
tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula
merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.
Yang penting anak-anak
harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh
kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah
tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum
sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan
menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak
mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun
seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk.
Kita boleh cuba cara
lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium
dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya
sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan
ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
“bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBULLazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka
bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak
hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak
berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak
berdosa.Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah
tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang
bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si
anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila
jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu
membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARATJika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.
Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya
kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali
semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup
tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku
setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar,
selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan
kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula
hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.
Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu
panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPALazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana
tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu
dahulu.. ..Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak
berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang
mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan
tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi
kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUAMentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua
sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.
Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya
tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu
ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki,
pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa
dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan
melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama
Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak
selain Allah adalah emak danayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana
mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya
Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim
ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun
tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil
hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar
alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun
menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu
adalah ayahnya.
Nabi Ismail insaf di
sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan
wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi
Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan
alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada banyak tips yang
diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu
menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah
APA yang membezakan
antara winners dan losersAdalah mudah iaitu:-Winner’s percayakan diri mereka
dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers
merasakan diri Mereka tidak boleh.
Tips
1.
Mulakanlah hidup anak
anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama
panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.
Berikan anak anda
pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.
Pandanglah anak anda
dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih
yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.
Berikan peneguhan setiap
kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.
Janganlah mengharapkan
anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara
berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan
mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.
Apabila anda berhadapan
dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis
menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan
kembali).
7.
Di dalam membesarkan dan
mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.
Dengarlah cerita anak
anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk
bercakap)
9.
Tenangkan anak anda
setiap kali mereka memerlukannya .
10.
Tunjukkan kepada anak
anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.
Buatkan sedikit
persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
12.
Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah.
13.
Keunikan akan membuatkan
anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang
menghargai akan belajar menghargai orang lain).
14.
Kemungkinan anak kita
menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan
kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
15.
Luangkanlah masa bersama
anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan
mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
andasuami isteri.
16.
Dengarlah mimpi ngeri
anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
17.
Hargailah permainan
kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan
mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian..
18.
Janganlah membiarkan
anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
19.
Terimalah yang
kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress
menjadi ibu bapa.
20.
Jangan selalu membawa
bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga.
21.
Anak menangis untuk
melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang
akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk
mendengar tangisan anak mereka sendiri..
22.
Anak-anak juga mempunyai
perasaan seperti anda.
Selamat menghayati bulan ramadhan..mga keluar akademi ramadhan dgn tarbiyyah yg mntap sbgai bekal mnghadapi cabaran mendatang..=): Entry Terbaru : Nisa' Kelantan Sana Sini
ReplyDeleteamin ya rabb..insyaAllah ukhti..sama2 lah kita mengutip tarbiyah di bln ramadhan ini..=)
ReplyDelete