Oh Doa, Apa Salahnya Guna "Yang Terbaik"

www.murabbi.net
Dihantar Oleh : star_sts
Editor: KAKLONG



Tentang doa, sudah lama ana ingin poskan tentang ini. Baru berkesempatan untuk menulis. Sekadar pandangan dari diri yang hina ini....


Ahmad selalu berdoa agar dipanjangkan umurnya.


Apalah salahnya jika dia berdoa:


“Ya Allah, jika dengan memanjangkan umurku itu adalah yang terbaik buatku, kau panjangkanlah umurku. Dan jika dengan mengambil nyawaku itu adalah yang terbaik buatku, kau ambillah nyawaku dengan cara ……………….(ikut kehendak masing)


Apalah gunanya umur yang panjang jika hidup kita terus bergelumang dengan dosa.


Amri menyukai Alia kerana sifat dan agama yang ada padanya. Lalu dia berdoa supaya Alia dijadikan jodohnya.


Apa salahnya jika Amri berdoa:


Ya Allah, jika dia (Alia) adalah yang terbaik buatku, Kau jadikanlah dia sebagai teman hidupku di dunia dan di akhirat-Mu ya Allah.



Mungkin seseorang yang kita nampak sifatnya yang beragama itu adalah baik buat kita tetapi sebenarnya bukanlah yang terbaik. Kita tak tahu jodoh kita yang terbaik di antara yang baik buat kita.


Balqis mempunyai sahabat baik dan telah bertunang dengan Salman. Sahabatnya selalu mendoakan Balqis supaya Balqis akan mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab.


Apa salahnya dengan ikatan pertunangan itu, sahabatnya berdoa:


Ya Allah, jadikanlah tunang sahabatku itu menjadi jodoh yang terbaik buat dirinya. Jadikanlah tunangnya itu (Salman) seorang yang baik dan bertanggungjawab buat sahabatku.



Jika janji pertunangan telah dimeterai, mengapa perlu meminta seolah-olah tidak redha dengan pertunangan tersebut. Apalah salahnya jika pertunangan itu kekal hingga ke gerbang perkahwinan.


Ali dan Asmah yang telah berkahwin masih tidak mempunyai anak walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Lalu mereka berdoa agar dikurniakan anak dan zuriat.


Apa salahnya jika mereka berdoa


Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami. Jika dengan tidak dikurniai zuriat ini adalah yang terbaik buat kami, kami redha dengan ketentuan-Mu. Dan jika dengan dikurniakan zuriat itu adalah yang terbaik buat kami, Kau kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.


Kita tidak tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin ada sebab yang terbaik yang Allah sediakan buat kita dengan tidak mempunyai zuriat. Kita tidak tahu sebabnya...


Sekadar renungan: Jika kita berdoa dengan perkataan yang “Terbaik”, insyaallah kita akan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahualam….

Comments

Popular Posts