Raja Al-Najasyi: Penghilang Duka Muslimin
Bergeliga
Meleraikan Kemarahan Rakyat
“Raja
kita sudah terpengaruh dengan agama pendatang itu.”
Berita
ini gempar tersebar. Dibualkan di merata ceruk desa dan bandar. Diapi-apikan
oleh golongan pemimpin yang dengki. Mereka menghasut rakyat supaya menggulingkan
rajanya.
Bahkan
beberapa orang penting ingin membatalkan bai’atnya kepada Najasyi. Najasyi
terpaksa berstrategi mengendurkan kemarahan rakyat. Baginda ingin menangani puak
pembangkang dengan sikap saksama.
Baginda
mengkhabarkan situasi negeri kepada pendatang muslimin melalui ketua mereka
iaitu Ja’far bin Abi Thalib. Baginda menyerahkan dua buah kapal sambil berkata,
“Naiklah
kalian ke kapal itu, amati perkembangan. Bila beta kalah, pergilah ke mana
kalian suka. Tapi kalau beta menang, kalian boleh kembali dalam perlindungan
seperti semula.”
Kemudian,
Najasyi mengambil sehelai kulit kijang dan menulis, “Aku bersaksi bahawa tiada
Ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya yang terakhir. Dan
aku bersaksi bahwa Isa adalah hamba dan utusan-Nya yang ditiupkan kepada
Maryam.”
Dipakainya
tulisan itu di dada, kemudian dia mengenakan pakaian perangnya dan pergi bersama
perajuritnya. Berdirilah Najasyi menghadapi para penentangnya. Baginda mulakan
dengan perbincangan. Baginda berkata,
“Wahai
rakyat Habasyah, katakanlah, bagaimana perlakuanku kepada kalian?”
Mereka
menjawab, “Sangat baik, Tuanku.”
Najasyi
berkata, “Lalu mengapa kalian menentangku?”
Mereka
berkata, “Kerana Tuanku telah keluar dari agama kita dan mengatakan bahawa Isa
adalah seorang hamba.”
Najasyi
berkata, “Bagaimana menurut kalian sendiri?”
Mereka
menjawab, “Dia adalah putera Allah.”
Maka
Najasyi mengeluarkan tulisan yang dipakainya di dada, diletakkan di atas meja
dan berkata, “Aku bersaksi bahawa Isa bin Maryam tidaklah lebih dari yang
tertulis di sini.”
Di luar
dugaan tentang apa yang tertulis, ternyata rakyat menerima dengan senang
pernyataan Najasyi. Mereka membubarkan diri dengan lega. Kebijaksanaan Najasyi
menyelamatkan rakyat daripada pertumpahan darah. Dalam masa yang sama, dia tetap
teguh dengan kepercayaannya.
Bersahabat dengan
Rasulullah SAW Dari Jauh
Keadilan
Najasyi melindungi kaum muhajirin yang berhijrah ke negerinya menggembirakan
Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi apabila Rasulullah SAW mendengar betapa
tawadhuknya hati Najasyi terhadap kebenaran al-Quran. Meskipun mereka tinggal
berjauhan, namun hubungan mereka menjadi akrab.
Pada
tahun baru 7 hijriyah, Rasulullah SAW berhajat untuk berdakwah kepada enam
orang pemimpin negeri tetangga agar mahu masuk agama Islam. Beliau menulis untuk
mengingatkan mereka tentang iman, dan menasihatkan mereka tentang bahaya syirik
dan kekufuran.
Maka
baginda menyiapkan enam orang sahabat. Mereka mempelajari bahasa kaum yang
hendak didatangi terlebih dahulu agar dapat menyelesaikan tugas dengan sempurna.
Setelah siap, keenam-enam sahabat itu berangkat pada hari yang sama. Di antara
mereka ialah Amru bin Umayah Adh-Dhamari yang diutus kepada Najasyi di negeri
Habasyah.
Amru bin
Umayah Adh-Dhamari menghadap Najasyi. Dia memberi salam secara Islam dan Najasyi
menjawabnya dengan lebih indah serta menyambutnya dengan baik.
Setelah
dipersilakan duduk di majlis Habasyah, Amru bin Umayah memberikan surat
Rasulullah SAW kepada Najasyi. Surat itu segera dibaca. Di dalamnya tertulis
ajakan kepada Islam, disertai beberapa ayat al-Quran.
Najasyi
menempelkan surat itu di kepala dan matanya dengan penuh hormat. Setelah itu dia
turun dari singgahsana dan menyatakan ke-Islamannya di hadapan hadirin. Selesai
mengucapkan syahadat, dia berkata,
“Kalau
saja beta mampu untuk mendatangi Muhammad SAW nescaya beta akan duduk di hadapan
baginda dan membasuh kedua kakinya.”
Kemudian
dia menulis surat jawapan kepada Rasulullah SAW berisi pernyataan menerima
dakwahnya dan keimanan atas kenabiannya.
Wakil Rasulullah SAW
Menikahi Ummu Habibah
Kemudian,
Amru bin Umayah menyodorkan surat Nabi SAW yang kedua. Dalam surat itu,
Rasulullah SAW meminta agar Najasyi bertindak sebagai wakil untuk pernikahan
baginda dengan Ramlah binti Abu Sufyan yang termasuk rombongan Muhajirin ke
Habasyah.
Ramlah
yang lebih dikenali sebagai Ummu Habibah sedang menghadapi ujian hidup yang
sangat getir. Ayahnya antara penentang Islam yang paling utama.
Suaminya Ubaidullah bin Jahsy pula mati dalam keadaan murtad.
Suaminya Ubaidullah bin Jahsy pula mati dalam keadaan murtad.
Hancur
hati Ummu Habibah tatkala suaminya masuk agama Nasrani dan berbalik memusuhi
Islam serta kaum muslimin. Pekerjaannya hanya duduk-duduk di tempat maksiat dan
menjadi pemabuk berat. Bahkan dia memberikan tawaran kepada Ummu Habibah, ikut
agama Masehi seperti dirinya atau diceraikan.
Ummu
Habibah tidak memilih suami atau ayahnya. Dia memilih Allah dan Rasul.
Terkontang-kanting bersama puterinya, Habibah di bumi Habsyah yang asing. Tanpa
ayah dan suami sebagai pembela hidupnya, dia ibarat sebatang kara. Jiwanya tetap
kental dengan akidahnya.
Utusan
Najasyi
Pagi itu
amat cerah. Terdengar ketukan di pintu rumah Ummu Habibah. Ketika dibuka,
seorang wanita utusan Najasyi memberi salam dan berkata,
“Tuanku
Najasyi mengirimkan salamnya untukmu dan berpesan bahawa Muhammad Rasulullah SAW
telah meminang dirimu. Baginda Najasyi ditunjuk sebagai wakil untuk akad nikah.
Maka bila kamu menerima pinangan itu, bersiaplah segera siapa yang kamu tunjuk
sebagai wali.”
Betapa
tidak terukur kebahagiaan Ummu Habibah. Beliau berkata kepada utusannya
tersebut, “Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan dari Allah.”
Kemudian
Ummu Habibah berkata, “Aku menunjuk Khalid bin Sa’id bin Ash sebagai waliku
kerana dialah kerabatku yang terdekat di negeri ini.”
Pada
hari yang dijanjikan, istana Najasyi nampak semarak. Seluruh sahabat yang ada di
Habsyah hadir untuk menyaksikan pernikahan Ummu Habibah dengan Rasulullah SAW.
Najasyi
mengucapkan salam dan tahmid dan berkata, “Amma ba’du, saya penuhi
permintaan Rasulullah SAW untuk menikah dengan Ramlah binti Abi Sufyan. Dan saya
berikan mahar sebagai wakil Rasulullah berupa empat ratus dinar emas berdasarkan
sunnatullah dan sunnah Rasul-Nya.” (Satu dinar bersamaan lebih kurang
harga seekor kambing. Cuba darab…)
Khalid
bin Sa’id bin Ash sebagai wali Ummu Habibah berkata, “Saya terima permintaan
Rasulullah SAW dan saya nikahkan Ramlah binti Abi Sufyan yang memberi saya
wakalah (dilantik sebagai wakil) dengan Rasulullah. Semoga Allah
memberkahi Rasul dan isterinya.”
Kemudian
Najasyi mempersiapkan dua buah kapal untuk menghantarkan Ummul mukminin
Ramlah binti Abi Sufyan dan puterinya, Habibah beserta sisa-sisa kaum muslimin yang masih ada di Habasyah. Sejumlah rakyat Habsyi yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya turut bersama mereka. Mereka rindu untuk berjumpa langsung dengan Rasulullah SAW dan solat di belakang baginda. Rombongan tersebut dipimpin oleh Ja’far bin Abi Thalib.
Ramlah binti Abi Sufyan dan puterinya, Habibah beserta sisa-sisa kaum muslimin yang masih ada di Habasyah. Sejumlah rakyat Habsyi yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya turut bersama mereka. Mereka rindu untuk berjumpa langsung dengan Rasulullah SAW dan solat di belakang baginda. Rombongan tersebut dipimpin oleh Ja’far bin Abi Thalib.
Tongkat Buat
Rasulullah
Najasyi
juga memberikan banyak hadiah kepada Ummu Habibah berupa wangi-wangian mahal,
juga beberapa bingkisan untuk Rasulullah SAW. Di antaranya ada tiga batang
tongkat Habsyah yang terbuat dari kayu-kayu terpilih.
Di
kemudian hari, salah satu daripada tongkat itu dipakai oleh baginda sendiri, dan
yang lain dihadiahkan kepada Umar bin Khathab dan Ali bin Abi Thalib.
Tongkat
tersebut biasa didirikan di hadapan Nabi (sebagai sutrah) ketika ditegakkan
solat, tatkala tempat-tempat yang tidak ada masjid atau bangunan lainnya atau di
dalam perjalanan, dalam solat-solat hari raya dan solat istisqa’.
Pada
masa pemerintahan Abu Bakar al-Shiddiq, Bilal adalah orang yang memegang tongkat
itu. Lalu pada zaman Umar bin Khatthab dan Usman bin Affan, tongkat tersebut
beralih ke tangan Sa’ad al-Qarazhi. Begitulah seterusnya setiap kali pergantian
khalifah.
Najasyi
yang pemurah turut memberikan hadiah berupa perhiasan-perhiasan, di antaranya
ada cincin emas. Nabi SAW menerima tetapi tidak dipakai sendiri. Baginda
memberikan kepada Umamah, cucu baginda dari puteri baginda, Zaenab. Katanya
dengan kasih sayang,
“Pakailah ini
wahai cucuku.”
Solat
Ghaib Nabi Buat Najasyi
Tidak lama sebelum pembukaan Makkah, Najasyi wafat, Rasulullah SAW memanggil para sahabat untuk melakukan solat ghaib. Padahal Rasulullah belum pernah solat ghaib sebelum wafatnya Najasyi dan tidak pula setelahnya.
Semoga
Allah meredai Najasyi dan menjadikan syurga-Nya yang kekal sebagai tempat
kembalinya. Sungguh dia telah menguatkan kaum muslimin di saat mereka lemah,
memberikan rasa aman di saat mereka ketakutan dan dia melakukan hal itu
semata-mata kerana mencari reda Allah Taala.
Diadaptasi dari Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya, Shuwaru min Hayati at-Tabi’in, atau Mereka Adalah Para Tabi’in, terj. Abu Umar Abdillah (Pustaka At-Tibyan, 2009).
Comments
Post a Comment