Tentera Britain Akui Peperangan Di Iraq Adalah Peperangan Agama
Assalamualaikum,dan salam blogger.
Sudah ramai pemerhati politik dari kalangan muslim dan bukan muslim telah menyatakan bahawa peperangan di Iraq adalah peperangan salib kedua,ianya lebih merupakan peperangan agama.peperangan untuk menghapuskan ummat Islam dan tamadun Islam.
yang lebih penting lagi ianya merupakan peperangan yang dirancang oleh golongan zionis untuk menghalang kebangkitan semula Islam dari Timur seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah s.a.w
Ada di kalangan ulama' Islam yang meramalkan kemungkinan khalifah terakhir yang ditunggu-tunggu itu yang akan mentadbir dunia dengan keamanan iaitu Imam mahdi akan muncul di Iraq berdasarkan bumi Iraq memang terkenal dengan bumi wali-wali Allah.
Maka puak-puak zionis sedaya upaya berusaha untuk menghalang kemunculan itu dengan pelbagai cara.tapi itu hanya satu teori yang tak dapat dibuktikan lagi.
tapi apa yang menarik ,kenyataan bekas Jeneral Tentera British kepada BBC baru-baru ini mungkin satu bukti bahawa teori tersebut ada kebenarannya.
Bercakap kepada program BBC Today pada 14 Mei 2010,beliau membuat pengakuan bahawa peperangan di Afghanistan adalah peperangan terhadap Islam.
Apabila ditanya tentang penglibatan Britain ke atas penjajahan di Afghanistan, beliau mengatakan bahawa “Sekiranya terdapat agenda Islam yang tidak dihalang di selatan Afghanistan, di Afghanistan atau di Asia Selatan, maka pengaruh tersebut akan merebak. Ianya akan merebak dan ini adalah perkara yang serius, sebab ianya boleh merebak dari Asia Selatan ke Timur Tengah dan Afrika Utara, dan mengulangi kemuncak penguasaan Khilafah Islam pada kurun ke-14 dan ke-15”.
Taji Mustafa, wakil jurucakap media Hizbut Tahrir Britain berkata, “General Dannatt, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Cameron, mempunyai rekod lama dalam menyerang sistem pemerintahan Islam, iaitu Khilafah. Walau bagaimanapun, dialog dengan BBC mempunyai makna yang lebih terperinci”.
“Beliau secara terperincinya mengatakan bahawa sekiranya umat Islam melaksanakan idea politik mereka dan sistem pemerintahan Khilafah, ini tidak boleh diterima dan memerlukan tindakan ketenteraan dari Britain. Beliau tidak mempunyai apa-apa halangan terhadap umat Islam untuk mengamalkan amalan ibadat (seperti solat dan puasa), selagi umat Islam terus mengamalkan sistem politik ciptaan Barat. Beliau cuba membuat justifikasi dengan melabelkan Islam sebagai suatu agama dan bukan Deen, atau suatu cara hidup yang juga merangkumi sistem politik”.
“Komen tersebut adalah lanjutan daripada komen para penjenayah perang seperti Tony Blair, George W Bush and Donald Rumsfeld – yang mana kesemua mereka membuat justifikasi perang menentang keganasan dengan menghalang berdirinya Khilafah Islam – suatu yang telah semakin popular di kalangan umat Islam di seluruh dunia”.
“Kalau kenyataan Dannatt mencerminkan pandangan rasmi kerajaan British yang baru ini, ini bermakna bahawa kerajaan David Cameron berada di dalam kancah peperangan yang berterusan terhadap aspirasi politik umat Islam seluruh dunia – yang mahukan peranan yang lebih besar untuk Islam di dalam sistem pemerintahan dan memecahkan segala belenggu penjajahan negara Barat ke atas umat Islam, yang kedua-duanya merupakan suatu yang dapat dipenuhi dengan kembalinya Khilafah untuk umat Islam”.
SUMBER http://ijoks2009.blogspot.com/2010/05/tentera-britain-akui-peperangan-di-iraq.html#more
Comments
Post a Comment