Friday, September 27, 2013

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR



Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.



1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu..

Sunday, September 22, 2013

Saturday Night Lecturer


maaf sebab terlambat upload di blog..tapi masih belum terlambat untuk mengikuti lecturer daripada tokoh yang hebat ini..^-^

Wednesday, September 18, 2013

permata keluarga-unic




Anak-anak adalah permata ayah bonda 
Penghibur duka lara, menyejukkan mata 
Ibarat kain putih yang suci dan bersih 
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya 

Berilah mereka didikan agama, 
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna 
Kepada nusa dan bangsa, 
Kepada insan semua 

C/O: 
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya 
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia 
Anak-anak cahaya mata 
Anak soleh impian semua 
Andainya kita meninggalkan dia 
Akan mengalir doa darinya 

Didiklah anak-anak kita 
Menjadi anak yang soleh 
Pabila kita tiada 
Jadi penerang alam baqa 

Anak soleh permata keluarga 
Harta kita paling berharga 
Setiap doanya pada kita 
Jariah kita di sana


#dalam mood baru menyambut kelahiran anak saudara ke 8..^-^
http://www.4shared.com/mp3/SNexZiOC/DIKIR_ZIKIR_ft_UNIC_-_Aku_Cint.htm

Monday, September 2, 2013

iman aman-in team

Tuhan,gelora dunia
mengundang resah,menyulam seksa
fitnah bersengketa jadi mainan
manusia lari dari ajaran agama suci 
memilih haluan bermusuhan

Petunjuk iman disisihkan,bukan lagi rujukan
nikmat keamanan dunia,gersang sekali
iman dan mujahid yang cintakan keamanan
kembalikan nafas jihad,semarakkan kesedaran ummat

Marilah berdakwah berukhwah satukan hati
tarbiah berilmu beriman murnikan budi
berjuang berkorban beramal sucikan diri
inilah nilaian pejuang yang dicari

Keamanan mekar segar,bersendikan pohon iman
ayuh sedia wahai pejuang jika mahu ambil pengajaran

Marilah berdakwah berukhwah satukan hati
tarbiah berilmu beriman murnikan budi
berjuang berkorban beramal sucikan diri
inilah nilaian pejuang yang dicari

Betapa indahnya indahnya merendang teduh
hamparan ditaman buana bernama amal
oooo...iman dan amal ...


#fahami dan telusuri bait-bait liriknya.ada pengajaran yang sangat bermakna buat kita semua