Sunday, October 27, 2013

wordless sunday



Seringkali aku diajukan soalan tentang mengapa tidak mahu membuat entry olahan sendiri..Aku hanya tersenyum..=)

Bukan tidak mahu tetapi kerana diri ini masih merasa diri seorang yang amat cetek ilmu di dada dan masih pelajar yang baru belajar dan guru-guru ku yang lain semuanya hebat-hebat belaka maka ku kongsikan dengan anda semua.

Memang aku lebih suka share kan sahaja artikel-artikel mahupun post-post di fb daripada sumber lain tetapi ketahuilah bahawa itu ilmu yang sama ku dapat maka ku kongsikan.Aku tidak mengharapkan pujian,penghargaan mahupun pengikut yang ramai.cukuplah ada yang mendapat kebaikan daripada kebaikan yang telah Allah kurniakan kepadaku.

Bukan tidak ada yang ingin diperkatakan.Kadangkala idea itu melimpah ruah di dalam kotak fikiran tetapi terpendam kemas untuk ku kaji dengan lebih banyak dan sampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Mungkin aku hanyalah seorang insan biasa yang memang lebih banyak memendam berbanding meluahkan tetapi ketahuilah aku tidak pernah kedekut untuk menzahirkan segala ilmu yang ada.Jika datang kepadaku mereka yang memerlukan nasihat insyaa-Allah semampu yang boleh akan ku bantu.Jika diluar kemampuanku maka huluran kata maafku mendahului segalanya.Aku hanyalah insan biasa yang masih belajar.=)


Friday, October 25, 2013

Perlu kuat kerana hidup akan makin sukar



Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya. Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu.
Ujian dan Tekanan Sunnah Kehidupan
Hari-hari yang dilalui diharapkan semakin mudah, tetapi rupa-rupanya ia tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya kita semakin susah. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan ini yang menguji dan menambah tekanan.
Sebelum ini kita mungkin tertekan dengan study dan exam. Rupa-rupanya alam kerjaya tanpa study dan exam jauh lebih berat dan lebih mencabar.
Sebelum ini kita mungkin tertekan kerana hidup seorang diri tanpa pasangan hidup. Rupa-rupanya alam rumahtangga menyelesaikan sebahagian masalah tetapi mengundang masalah lain yang lebih besar.
Semasa bergaji kecil, kita berasa tertekan lalu berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar. Dapat pendapatan besar, lain pula bentuk tekanannya.
Inilah hakikat kehidupan. Kehidupan di dunia adalah ujian dan tekanan. Inilah kenyataan yang perlu diterima sebaiknya.
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).” (Al-Balad: 4)
Al-Hasan menafsirkan kesulitan dan kesukaran itu:
“Kerana manusia akan menghadapi musibah di dunia dan kesulitan di akhirat.”
Hadapi dan Tinggikan Martabatmu di Sisi Allah
Kita berada di alamNya. Kepatuhan kepada Allah bererti kita mesti menerima peraturanNya.
“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)
Imam al-Mawardi menafsirkan ‘siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya’ sebagai:
‘siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya’.
Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia.
“dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46)
Yakinlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan takdir Allah. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup. Semua itu untuk mengangkat martabat manusia. Lebih tabah kita menghadapinya, lebih tinggi martabat kita di sisi Allah.
Kehidupan generasi awal membuktikan hakikat ini. Mereka diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan.
Saidina Osman r.a. diuji dengan kematian satu demi satu isterinya (kedua-duanya adalah anak Rasulullah s.a.w.). Rasulullah s.a.w. memujuknya ketika beliau berada di kemuncak kesedihan pulang dari majlis pengkebumian: “Jika aku mempunyai yang ketiga (anak perempuan lain yang masih belum berkahwin) akan ku kahwini denganmu.” Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi anak perempuan lain dan Saidina Osman r.a. tabah menerima hakikat itu.
Saidina Omar r.a. diuji dengan kemarau dan wabak penyakit yang menimpa negara Islam selama bertahun-tahun. Kulit Saidina Omar r.a. yang asalnya berwarna putih kemerah-merahan bertukar gelap disebabkan kekurangan makan dan minum. Umat Islam ketika itu menangisi keadaan dan kesulitan yang dihadapi oleh Khalifah mereka tetapi Saidina Omar r.a. terus bertekad untuk menjadi manusia yang paling sedikit makan dan minum di kalangan umat Islam sepanjang krisis ini berlaku.
Kenapakah manusia yang berjasa kepada umat Islam juga diuji dengan ujian hidup? Kerana kecintaan Allah kepada mereka. Mereka menghadapi semua itu dengan tabah lalu Allah mengangkat martabat mereka di sisiNya. Kemudian mereka diuji lagi dengan ujian yang lebih besar, mereka menghadapinya dan martabat mereka akan semakin tinggi. Demikian pusingan kehidupan.
Begitulah Kita
Hadapilah ujian hari ini dengan tabah. Bersedialah untuk ujian seterusnya yang lebih besar. Jadilah orang yang kuat untuk menghabiskan saki baki kehidupan. Moga Allah menempatkan kita di kedudukan yang tinggi di akhirat kelak.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden II,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Satu Perkongsian

Belum Tibakah masanya untuk kau Menangis


Detik waktu
kelahiran seorang bayi
dihiasi tangis
Nyaring berkumandang
menyapa telinga ibu
lalu melonjak hati ibu
penawar sakit dan lesu
Lalu bermulalah sebuah kehidupann
yang bakal mewarnai bumi
berdakwatkan air mata
Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan
dicelahi oleh tangisan
diakhiri dengan tangisan
Air mata manusia sentiasa dalam dua
yang menguntungkan atau merugikan
sabda Rasulullah SAW:
“Dua titisan air yang Allah cint
Darah para syuhadak dan air mata kerana takutkan Allah.”
Ibnu Ataillah, seorang ahli sufi dan makrifah telah berkata:
“Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.”
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan
di syurga mana kelak ia akan ditempatkan
Ahli-ahli sufi sering mengingatkan :
“Kejahatan yang  diiringi oleh rasa sedih,
lebih Allah sukai dari satu kebaikan
yang menimbulkan rasa takbur.”
Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka
Ada kalanya buih kekecewaan
yang menyempit perasaan
menyesak kehidupan
Penghuni Syuga adalah mereka
yang paling banyak dukacitanya di dunia
Nabi bersabda:
“Barangsiapa gembira di dunia akan
berdukacita di akhirat
Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia,
akan gembira di akhirat.”
Nabi bersabda lagi:
“Jika kamu tahu apa yang akan aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang hukama pernah bersyair:
“Aku  hairan dan aku pelik,
melihat orang ketawa…
kerana perara-perkara yang akan menyusahkan,
lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal
takut-takut tidak diterima
sedangkan kita masih ketawa walaupun amalan tiada
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Siapa yang buat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan
menangis.”
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang
“Alangkah sempitnya kuburku,” ratap seorang abid.
“Alangkah sedikitnya hartaku,” keluh seorang hartawan.
Kita gembira yang kita idam-idamkan tercapai
Kita menangis kalau yang kita cita-citakan
terbarai
Nikmat disambut ria
Ujian menjemput duka
Namun Allah SWT telah berfirman:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
Pada hal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
pada hal amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah: 216
Menangislah wahai diri
agar senyummu banyak di kemudian hari
kerana nasibmu belum pasti
Di sana nanti
lembaran sejarahmu
dibuka satu persatu
Menangislah seperti Sayidina Umar
yang selalu memukul dirinya
dengan berkata:
“Kalau semua manusia masuk ke syurga kecuali
seorang, aku takut akulah orang itu,”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila
ditanya:
Kenapakah engkau menangis?”
Jawabnya:
“Aku tidak mempunyai anak lagi
untuk dihantar ke medan perang.”
Menangislah sebagaimana Ghazwan
yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan
Lalu diharamkan matanya dari memandang
ke langit seumur hidupnya
Ibnu Masud r.a. berkata:
“Seorang yang mengerti Al-Quran
dikenal waktu malam ketika orang lain tidur,
dan waktu siangnya ketika orang lain tidak
berpuasa,
sedihnya ketika orang lain sedang gembira,
dan tangisnya di waktu orang lain tertawa,
diamnya di waktu orang lain bicara,
khusyuk di waktu orang lain berbangga.
Seharusnya orang yang mengerti Al-Quran itu tenang,
lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,
kejam, lalai, bersuara keras dan marah.”
Tanyailah orang-orang soleh
mengapa mereka yang banyak menangis
Mereka akan menjawab:
“Bagaimana hendak gembira
Sedangkan mati itu di belakang kami,
kubur di hadapan, Qiamat itu janjian kami,
Neraka itu memburu kami dan
perhentian kami ialah Allah.”
Mereka menangis di sini
Sebelum menangis di sana
Dan kita bagaimana?
…..menangislah kerana kita tidak
menangis
seperti mereka menangis

Wednesday, October 16, 2013

wordless wednesday



minta doa rakan-rakan pembaca sekalian untuk mendoakan saya menemui semula rantai emak saya yang saya pakai yang telah hilang(tak tahu bila hilangnya..:(). masih belum beritahu pada mak sebab nak usaha cari dahulu. sekarang sedang cuti midsem jadi tak dapat nak cuba cari di fakulti dan rumah sewa. doakan semoga ada hamba Allah yang mempunyai hati yang baik dan tidak tamak telah menemui rantai tersebut dan menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab dan Allah permudahkan jalan buat saya.aaminn ya rabb.


Friday, October 11, 2013

Novel:Isabella Antara Islam dan Kristian (Maulana Mohammad Saeed)



saya ada pdf novel cerita ini edisi melayu..jika ada yang berminat boleh tinggalkan email  di ruangan komen..=)

Saturday, October 5, 2013

santai petang

http://youtu.be/17u3Hp4Gk_k

titisan cinta suci di medan jihad




Namanya AHLAM AL-A'INI dari Homs.

Biasanya pasangan pengantin baru akan melalui hari-harinya dengan penuh keindahan dan kesenangan dan tidak kurangnya ada di antara mereka yang pergi ke tempat pelancongan untuk berbulan madu.

Detik ini tidak berlaku bagi pengantin baru di Syria. Tidak ada kata bersantai-santai atau bercumbu mesra seharian dengan pasangan tetapi si isteri perlu menyediakan peralatan perang untuk suaminya. Inilah kisah yang akan diceritakan diceritakan oleh Fathi At-Tamimi, seorang sukarelawan Syria yang ketika ini berada di Turki dalam status Facebooknya ogos lalu.

Dia menceritakan, seorang perempuan berumur 20 tahun penghafal Al-Quran itu dengan berlinang air mata menjahit sendiri baju tempur suaminya yang baru dinikahi dua minggu apabila pertempuran pertama telah memanggil para pejuang membela agama. Pada malam pula diisi satu doa dibaca berulang-ulang apabila bersujud panjang.

"Apabila suamiku adalah milik para Bidadari Mu, Jangan kembalikan ia padaku,

Bariskan sebanyak mungkin mereka di pintu langit untuk menjemputnya.

Tapi bila berjodoh panjang, Jangan Engkau biarkan sebuah lubangpun pada pakaian ini.

Aku akan bergembira apapun keputusan Mu

Dan jadikanlah ia pendampingku di dunia dan di syurga. "

Si suami yang mendengar doa tersebut lalu bertempur bagai singa yang luka. Tiga kereta kebal rejim syiah Assas dirosakkan sendiri. Dia berada di barisan paling hadapan dan kembali dari medan perang yang paling belakang. Belum pernah dirinya dilihat musuh. Lagenda diantara kawan lawan, dibakar doa dan kepasrahan isteri tercinta.

Disaat yang sama, isterinya bekerja keras membantu mangsa-mangsa perang, menghibur mereka, menyediakan pakaian, makanan serta tempat tinggal. Merawat luka, mendoakan para pejuang dan menjadi pemimpin kumpulan sukarelawan terdiri dari keluarga mujahidin atau yang ditinggalkan.

Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang datang menghantar berita.

"Suamimu, Abu Umar, Adalah pahlawan dan kebanggaan kami, Semoga akan ada banyak yang lain di negeri ini."

Ketika ramai orang kaya di negara-negara Arab mendengar kisah beliau, Mereka berlumba melamarnya. Tapi beliau enggan dan membaktikan hidupnya demi rakyat. Berjanji tidak akan berkahwin lagi hingga Syria bebas daripada rejim Syiah.

Nama perempuan mula tersebar. Menjadi contoh ketabahan gadis-gadis lain dan sekarang digelar Oummus Suuri, Ibunya Syria. Namanya Ahlam Al-A'ini dari Homs.

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem pelarian di Turki.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
kredit : Detik Islam
 — with Ap Rahim.

#allahu..;( contoh wanita tabah yang sangat menyentuh hati..kasihnya suci mendamba redha Ilahi.kerana itu suaminya pergi dengan keimanan yang tinggi.berjuang demi agama yang suci!

semoga saya dan anda semua menjadi isteri yang menguatkan semangat suami dalam menegakkan agama yang hakiki.semoga redha Nya menyatukan kamu semula di syurga nanti.allahumma aaminn