Sunday, November 9, 2014

random post

Adakah yang mampu menyayangi kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang mampu melindungi kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang mampu bersama di samping kita setiap masa melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang sanggup memaafkan semua kesalahan kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang sanggup menerima segala kekurangan dan aib kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang akan sentiasa mengambil tahu mengenai kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang lebih memahami isi hati kita,resah kita,sedih kita,kecewa kita,sakit kita,marah kita melebihi Allah?
Tiada :)

Adakah yang lebih sabar dengan perangai kita melebihi Allah?
Tiada :)

Tiada,tiada,tiada..tiada yang dapat menandingi Allah kerana itu tempat Allah itu tidak boleh digantikan dengan sesuatu yang lain sebab tiada yang mampu menandingi Nya :)

Ya Allah,tiada yang mampu menandingi Mu di muka bumi ini mahupun luar dari bumi ini,namun aku berharap dan berdoa agar suatu ketika nanti ketika Engkau ingin menyerahkan aku kepada seseorang untuk dijaga,aku berharap insan tersebut akan membuatku merasa selamat sebagaimana aku merasa nyaman di dalam perlindungan Mu.sebagaimana aku merasa begitu yakin dengan kasih Mu,begitu jugalah dia akan membuatku yakin dengan kasihnya.Ya Allah,Engkau lebih mengetahui perjalanan hidup hamba Mu ini.kurniakan aku seorang pelindung bukan seorang penghibur semata-mata kerana aku lebih nyaman begitu.setelah begitu ramai yang aku lindungi,izinkan aku mendapat pelindung diriku sendiri selepas Mu Ya Allah Yang Maha Berkuasa.jika tidak,damaikanlah hatiku di dalam rahmat kasih sayang dan perlindungan Mu sehingga akhir hayatku..aku rela.. :)

cinta

apabila kamu mencintai seseorang,kamu pasti ingin melakukan semua perkara yang disukai oleh orang yang kamu cintai.

dan setiap kali kamu melakukannya,kamu akan rasa sangat bahagia dan seronok untuk melakukannya dengan penuh keikhlasan kerana kamu tahu orang yang kamu cintai itu pasti akan suka apabila tahu kamu melakukan perkara yang dia sukai dan akan makin bertambah lah rasa cintanya kepada kamu. :)

begitulah hakikatnya jika kamu mencintai Allah.kamu tahu Allah mencintai kebaikan maka kamu akan berusaha untuk sentiasa melakukan kebaikan dengan penuh usaha dan keikhlasan.

apabila telah selesai membuat setiap kebaikan,kamu akan merasa sangat bahagia dan seronok kerana kamu tahu Dia menyukainya dan Dia akan semakin mencintaimu.dan Dia adalah Allah.

indah,memang cukup indah perasaan cinta ini sebenarnya dan tiada yang lebih indah melainkan cinta kan Allah dan cinta kerana Allah

i love you Allah
aku mencintai Mu Allah
saranghae Allah
wo ai ni Allah
^_^

Sunday, November 2, 2014

pelembut hati

عد إلى الله بقلب خاشع
Kembalilah kepada Allah dengan hati yang khusyu’.
وادعه ليلا بطرف دامع
Dan berdoalah kepadaNya dengan mata yang menangis,
يتولاّك بعفو واسع
nescaya Dia akan menyambutmu dengan kemaafan yang luas.
ويبدّل كلّ تلك السيّئات
Dan Dia akan menggantikan semua keburukkanmu itu,
حسنات أجرها لن ينفدا
dengan kebaikan yang dilimpahkanNya kepadamu tanpa habis-habis.
كلّ هذا العفو للعبد المنيب
Segala kemaafan itu diberikan bagi hamba yang kembali (kepadaNya).
سابغا من خالق الكون الرّحيب
Sebagai kurnia yang melimpah dari Pencipta alam semesta
للّذي تاب إليه من قريب
bagi orang yang segera bertaubat kepadanya
 ~*~
[Rujukan: Kitab  الرّقائق(Pelembut Hati)]