Wednesday, June 7, 2017

Ar-Rahman, kita yang alpa

Alunan surah Ar-Rahman bergema diruang gegendang telinga
"Fabi ayyai alai rabbukuma tukadziban"
Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?

*flashback

"minggu ni aku asyik ditimpa malang je..haihh"
"eh tak baiklah cakap macam tu"
"betul lah. Hari isnin hari tu xxx, selasa xxx, rabu xxx, semalam xxx, hari ni pulak xxx!"
"tapi tetap tak elok cakap malang tu. memang lah ada perkara yang kita tak ingini berlaku tetapi tak boleh cakap malang"
"habis tu"
"sebab tak semua yang berlaku dalam sehari tu semua yang tak baik. mesti ada juga kebaikan yang kita dapat dalam sehari tu tetapi kita terlalu fokus pada yang tak baik. tak elok macam tu. macam tak bersyukur pula nanti jadinya"
"mana ada benda baik yang berlaku pun"
"ada. cuba fikir balik. mungkin ada kawan kita tiba-tiba muncul dan bagi makanan ke, bos puji ke or macam-macam lagi"
"hemm. entahlah"

*lamunan terhenti. surah ar rahman sudah pun di pengakhiran 

"hemm. betul jugak kata xxx hari tu"

Mungkin kebaikan yang Allah beri itu bukan dalam bentuk fizikal sahaja. Sepanjang minggu tersebut Allah dah pun permudahkan aku untuk menyiapkan tugasan ku dengan baik, undangan makan malam daripada sahabat-sahabat lama, kerja seharian pun dipermudahkan dan dapat balik awal, perkara yang aku ingin-inginkan juga aku perolehi.

Itulah kita, manusia, yang kecil-kecil itu kadang-kadang kita ini terlalu alpa dan jahil untuk memahami yang ianya adalah nikmat kurniaan dari Allah untuk kita. Contohnya dapat makan sedap-sedap, diringankan bebanan kerja, mempunyai masa yang lebih untuk berehat, terlepas dari kesesakan lalu lintas, sapaan dari orang-orang yang kita kasihi dan bermacam-macam lagi. Kita selalu menanti nikmat yang besar dan ajaib barulah kita mahu bersyukur.

Yang kecil-kecil itu kita selalu sangka ianya hasil usaha kita sendiri. Kita lupa, lupa dan kita sentiasa lupa bahawa tanpa kasih sayang dari Allah yang mempermudahkan dan mengizinkan kita untuk mendapatkannya maka kita tidak mungkin akan memperolehinya.

MAKA NIKMAT TUHAN MU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN

Monday, June 5, 2017

Kehidupan

Hidup ini kadang-kadang tidak seperti yang kita jangkakan,
Tarian yang kita tarikan mungkin tidak mengikut rentak yang sama,
Diakhir penceritaannya hanya Dia yang tahu segalanya

Lemah, keliru..itu sifat manusiawi