Friday, November 30, 2012

wanita yang mencungkil matanya



Dlm kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yg cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yg cantik² & gemar berjalan² di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yg sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.

Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata:
 “Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?” 

Dan wanita itu berkata lagi: 
“Malulah kpd Allah SWT yg Maha mengetahui mata yg khianat & apa² yg terdapat dlm hati”

Hasan sangat tertarik dgn wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut.

Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu: 
“Mengapa kamu terus mengikuti aku?”

Maka berkata Hasan Basri: 
“Sebenarnya aku terpesona dgn matamu yg cantik itu”


Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata:
“Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kpd kamu apa yg kamu kehendaki.

Setelah berkata demikian maka di dlm hati Hasan berkata: 
“Nampaknya dia telah menerima cintaku.” 

Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu (Amah) menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yg tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut & dia terperanjat apabila dia mendapati dlm kotak itu terdapat sepasang biji mata.

Kemudian pembantu tersebut berkata: 
“Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yg menyebabkan terpesonanya seseorang itu”

Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad utk meminta maaf kpd wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasan meminta maaf. Hasan menangis tiga hari berturut²

Pada malam yg ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dlm syurga. Lalu Hasan Basri berkata: 
“Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”

Wanita itu pula berkata: 
“Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala²nya & aku telah mendapat kebaikan yg banyak dari Allah oleh sebab kamu”

Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berkata: 
Berikanlah kpdku sesuatu nasihat yg baik

Berkata wanita tersebut: 
Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kpd Allah setiap pagi & petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kpd Allah & bertaubatlah kepadanya”

Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah serta beliau menjadi wali kekasih Allah.

http://mujahidahwana.blogspot.com/

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT


Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu.
Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya! 
Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   
Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan. Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni.
Mengapa di dunia ini tidak ada kedailan yang mutlak? Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Manakala yang jahat, acap kali terlepas dan bebas? Ya, inilah kaedah Allah menguji manusia, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan siapa pula yang benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah ujian iman.
Menerusi pengajian tauhid, yakni dalam mengenal sifat-sifat Allah, memang kita telah sedia maklum bahawa Allah swt akan memberi dan menunjukkan sifat keadilan-Nya secara mutlak dan tuntas di akhirat nanti. Manakala, di dunia ini Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara sepenuh dan menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman kepadaNya.
Lihat bagaimana nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan beberapa nabi yang lain telah dibunuh oleh musuh-musuh kebenaran. Sekiranya kita sebagai suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, pemimpin, pengikut… menerima layanan atau balasan yang tidak adil, biasalah. Inilah hakikat dan lumrah hidup yang mesti ditempuh. Jangan mencari yang ‘serba kena’ kerana hidup dipenuhi oleh resam yang ‘serba tidak kena’.
 Sekiranya kita berbuat baik kerana mengharapkan ganjaran, pembalasan dan ucapan terima kasih daripada manusia, tentu kita akan keewa kerana umumnya manusia memang tidak pandai berterima kasih apalagi untuk membalas budi. Memang, buat baik dibalas baik, tetapi bukan seua kebaikan dibalas di sini (dunia), ada yang Allah simpan di sana (akhirat).
Justeru, apabila Allah menyuruh manusia melakuan kebaikan atau meninggalkan kejahatan, Allah akan menyeru kepada manusia yang beriman dengan lafaz “Ya ayyuhal lazi na amanu – wahai orang yang beriman.” Begitu juga apabila Rasulullah saw menyeru untuk umatnya melakukan kebaikan, baginda sering memulakanya dengan berkata, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah…”
Banyak hikmahnya mengapa Allah dan RasulNya berbuat demikian, salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dengan ikhlas, sabar dan istqamah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yakni, mereka yang yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau seksa yang setimpal.
Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.
Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.”
Mereka tidak mengutuk orang lain, keadaan, diri mereka sendiri apalagi mempersalahan Tuhan. Mereka tidak akan menyesal dan kesal terhadap apa yang berlaku sebaliknya mencari tapak dan semangat baru untuk berusaha dengan lebih baik. Lalu dalam kamus orang berjaya sering tertera pengukuhan kata-kata ini: Kegagalan adalah peluang untuk memulakan semua dengan lebih baik!”
Oang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain.
Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata.
Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.
Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!”
Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat:  Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!
Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”
http://genta-rasa.com/

Sunday, November 18, 2012

we're already ENGAGED

Pergh!!!!.... buat pengakuan? 
Waras ke tak minah @ akhawat ni???
Sebenarnya ini adalah pengakuan waras kami (akhawat) ^_^
Dah la menggunakan ayat “kami” @ “we”
Tak nak percaya sudah….
Tambahan lagi, apa yang ana nak maksudkan di sini, bukanlah bermaksud “engagement” antara lelaki dan perempuan mahupun ikhwah dan akhawat. 

Tetapi… ianya adalah pertunangan dengan D&T (Dakwah & Tarbiyah).
Haa… x percaya??
its ok… fine ^_^


DAKWAH ITU MUDAH (tema majalah JOM)
Sejak pertama kali mengenal dakwah itu, kami dah jatuh hati. Ibarat makan x kenyang, mandi x basah, setiap masa memikirkannya.

Nak katanya, kalau x pergi usrah seminggu tu, boleh berjalan ke hulur dan ke hilir ibarat ibu kehilangan anak. Tak sempat meluangkan masa untuk daurah kerana assignment yang bertimbun, semasa buat assignment tu pun hati kat daurah even masa exam pun…. Mandi x basah, memikirkan masalah adik2 usrah. Perut tengah menyanyikan lagu irama Melayu, akal dok memikirkan, lagi best makan dengan adik2. Nak keluarkan duit beli jajan sikit2 pun, rasa lagi best kalau belanja usrah. Serius…..

Memang masalah kami serius!!!
Kami dah ketagih D&T, malah ada sahabat2 kami yang menambah …(nama)…DT, di akaun facebook @ twitter mereka. 
Sebenarnya, bukanlah ketagih sangat tapi kami dah jatuh cinta padanya (D&T).
Apa yang meniti di bibir kami, bukanlah masalah baju, kelas, fashion, korea, etc…. tetapi hanyalah masalah dakwah dan risau akan tarbiyah diri kami.

Pernah ana ditanya, seorang uhkti ni, 
Mana lagi aula antara tarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain (eg : usrah)
Sebenarnya, tarbiyah diri lebih penting, justeru ana menyusun dengan sebaiknya jadual D&T yang ana dah jatuh cinta ni :
1: tarbiyah diri (usrah @ mutabaah amal @ 10 muwasafat tarbiyah)
2: tarbiyah keluarga (sila lihat (66:6)) dan saudara seislam
3: mentarbiyah orang lain (mengusrahkan orang lain)
4: join program tarbiyah pada orang ramai (flashmob @ kem @ sekolah @....)
Alhamdulillah masa yang disibukkan dengan belajar kerana ianya adalah amanah rakyat Malaysia (kata penaja), sebenarnya amanah Allah, menjadi lebih mudah.

“masa lapang adalah pembunuh bagi seorang daie”,
X percaya??? 
Jika daie itu, tidak disibukkan dengan D&T, maka masa lapangnya dengan mudah akan termasuk pada perkara yang lagho (tidak berfaedah). Maka, syaitan yang telah membuat buku “1001 jalan menewaskan daie” akan me”revise” dan mencari jalan membiakkan penyakit ini.

Kebetulan, pada minggu ini mutabaah amal kami adalah 
_TIDAK BOLEH bercerita hal lelaki @ ikhwah, maka sesiapa yang melanggarnya hendaklah menginfakkan RM1 bagi 1 cerita_
Mula2 memang rasa terbeban, namun rupanya barulah kami tersedar memang itu adalah kebiasaan salah yang sering kami lakukan. Justeru, 
“betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul”
Tambahan, dengan menginfakkan RM 1 bagi 1 cerita, kami tahu berapa banyak kali secara x sengaja @ sengaja melakukannya. Seriously, ianya seronok sebab bila kami x bercerita hal lelaki, kami lebih banyak bercerita hal dakwah dan adik2. 
Lebih banyak perkara bermanfaat yang boleh diketahui.

Sebenarnya, ana yang mencadangkan mutabaah amal ni, sebab ana lihat ianya adalah sesuatu yang serious dalam gang “kami”. Namun, manusia itu akan sering diuji dengan apa yang telah diucapkannya. Maksud ana, ana adalah insan yang paling diuji minggu ini. Untuk pengetahuan selang 2 hari,, mutabaah amal ini dilancarkan antara kami, ana telah dilamar seorang ikhwah (bukan lelaki biasa tau….). ana tahu, cara yang digunakannya sangatlah baik dan sopan, namun ana terpaksa menolak kerana “I’m already engaged”. Jika ditanya dengan siapa? Maka jawapannya adalah D&T. Alhamdulillah, dia boleh menerima.

Setiap orang ada misi dan perancangannya sebelum berbaitul muslim @ du’at. Bagi ana, ianya adalah perancangan yang perlu dilakukan dengan sangat teliti sebab kita bukan sekadar membina keluarga malah membina ummah. Bagi ana, apa guna baitul muslim andainya kita sama2 masih 0. 
Umpama equation,
0 + 0 = 0


Bagi ana, Jemaah ana menyusun dengan sangat baik untuk “baitul muslim” @ “baitul duat” tersebut. Caranya adalah, jika ada ikhwah yang “berkenan” pada seorang akhawat tu. Ikhwah tersebut akan bercerita pada naqibnya dan minta pendapatnya, justeru naqib tersebut seandainya belum berkahwin akan bercerita pada naqib yang telah mendirikan “baitul duat”. Naqib yang ke2 tersebut akan menceritakan pada zaujah (isterinya) tentang hal tersebut. Zaujah tersebut akan bertemu sendiri dengan naqibah akhawat tersebut lalu naqibah tersebut menyampaikan hasrat ikhwah tersebut pada akhawat tersebut. Mungkin masih ada yang belum jelas,

Ikhwah > naqib 1 > naqib (yang telah membina baitul muslim) > zaujah (isterinya) > naqibah akhawat yang diminati > akhawat

Pergh!!! Banyaknya peringkat, bukankah macam susah je…
Bagi ana, bukanlah menyusahkan andai kita nak lihat tahap tarbiyah orang tersebut sebelum mendirikan baitul muslim tersebut. Naqib/ah sangat tahu, andai mereka masih mentah @ tidak layak kerana masih banyak yang perlu diketahui. 

Ehm… macam membelakangkan keluarga je…
Betul ke?? Bagi ana ikhwah dan akhawat sangatlah menjaga. Justeru, setelah akhawat tersebut setuju , barulah upacara seterusnya (berjumpa pihak keluarga) dirancang. Cuba kita lihat cara Khadijah merisik Rasulullah SAW, banyak peringkat bukan sekadar yang selalu diwarwarkan 
(khadijah > maisarah (pembantu khadijah) > Rasulullah SAW)
Malahan ianya adalah
(khadijah > pembantu perempuan > pembantu lelaki (maisarah) > pakcik khadijah > pakcik Rasulullah > Rasulullah SAW)

Bagi ana lagi, ianya hanyalah penyusunan dalam menjauhi segala fitnah dan ikhtilat yang mudah kita boleh terjerumus ke dalam lembah zina. 

Apapun pendapat, ianya berdasarkan diri masing2…. Ini hanyalah pendapat ana. 
Akhirul kalam, 

“dan orang-orang yang beriman dalam kalangan lelaki dan perempuan, mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf, mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “ (9:71)

Janganlah kita memberi masa untuk minda berfikir soal hati jika jalan penyelesaian masih tak jelas. Ada masalah yang lebih besar perlu kita sama2 fikir-fikirkan, soal tarbiyah diri, keluarga, dan saudara2 kita di Palestine, Syria


Sedikit coretan dari “Sebelum Aku Bernikah”:


Cinta itu adalah sesuatu yang membawa ke SYURGA,
Andai aku mencintai Allah, maka aku yakin untuk bertemu denganNya di SYURGA,
Jika aku mencintai Rasulullah, aku yakin akan duduk bersama baginda di taman SYURGA kelak,
Jika aku mencinta jalan jihad, pasti aku akan bertemu dengan para mujahidin yang sedang menikmati arak (khamr) SYURGA,
Jika aku mencintai seseorang manusia, aku akan berusaha bawanya ke syurga

Doa yang diajar Rasulullah SAW,

Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina, qurrata a’yun waj’al hu lanai mama”
_yaAllah Engkau kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan mampu menjadi pemimpin_

Sekian, wallahua’lam
(hanyalah perkongsian santai)


http://ahasytinii.blogspot.com/

Perkahwinan Dalam Sebuah Kereta



Bagi saya, perkahwinan itu ialah satu partnership. Bukannya seorang employer dan seorang lagi employee. Kalau itu yang dicari, maka yang diingini ialah orang gaji dan bukannya seorang pasangan.

Bila saya sebut partnership, maka patut difahami bahawa kedua-dua pihak perlukan satu sama lain. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Ramai perempuan yang inginkan seorang Imam untuk membimbing mereka. Tapi janganlah lupa, si Imam juga perlukan bimbingan Makmumnya. Even dalam solat pun, kadang-kadang Imam perlukan pertolongan Makmum. Contohnya, Imam mungkin terlupa sesuatu dalam solat. Maka, Makmum akan mengingatkan.

Kedua-dua pihak harus bersedia untuk membimbing satu sama lain. Itulah perkahwinan.

Setiap tahun, selalunya saya dan keluarga akan balik ke kampung kami di Kelantan untuk meraikan Hari Raya puasa. Maka kami sekeluarga akan drive dari rumah kami di Perlis ke Kelantan. Ketika saya berada di seat penumpang, kadang kala saya memerhati bapa saya diseat pemandu dan ibu saya di seat sebelahnya.

Memandu dari Perlis ke Kelantan itu amatlah jauh. Ada ketika, jalannya berliku-liku. Bukannyahighway yang lurus dari mula hingga ke akhir. Maka sudah tentu perjalanan seperti itu akan meletihkan ayah saya yang memandu. Sepanjang perjalanan, ibu saya akan cuba untuk memastikan bahawa ayah saya kekal fokus dan memandu dengan selamat. Kadang kala ibu saya akan menyuap ayah saya dengan makanan ringan. Kadang kala ibu saya memberi ayah saya minum. Kadang kala ibu saya akan mengurut-urut lehernya. Ibu saya juga akan bersembang-sembang dengan ayah saya supaya dia tidak mengantuk. Kadang kala bergurau senda seperti budak-budak dan kadang kala bertengkar seketika. Kadang kala apabila ayah saya terlalu letih, maka ibu saya akan memandu. Kadang kala apabila tidak mampu untuk memandu, kami berhenti di R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Saya tersenyum riang melihat mereka berdua. And then, saya terfikir sesuatu.

Ibu bapa saya secara tidak langsung sedang mengajar saya erti perkahwinan yang sebenar.

Memandu seorang diri itu tidak mustahil, tetapi ia sukar. Tetapi dengan adanya teman disisi, perjalanan yang sukar menjadi kurang sukar. Hidup tanpa pasangan yang halal itu tidak mustahil. Besides, perkahwinan itu asalnya sunat dan bukannya wajib. Tetapi apabila keperluan untuk berkahwin itu muncul dan kehidupan menjadi agak sukar, maka kehadiran si dia yang halal dapat membantu kita.

Cabaran diharungi bersama.

Apabila memandu, adanya seseorang di sebelah pemandu untuk membantu. Di sebelah, bukannya di belakang. Dalam perkahwinan, yang membimbing juga perlu dibimbing. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Maka sebelum perkahwinan, kita harus menyiapkan diri kita untuk membimbing pasangan kita. Kita tidak boleh mengharapkan bimbingan tanpa adanya kemampuan diri sendiri untuk membimbing. Ketahuilah, si dia juga perlukan bimbingan.

Bersedialah untuk dibimbing dan membimbing.

Perjalanan ini jauh dan meletihkan. Kadang kala kita di atas highway yang lurus. Rilek je nak memandu. Most of the time kita di atas jalan yang lenggang-lenggok, naik bukit turun bukit, dan berlubang-lubang. Memandu harus berhati-hati. Kita ada seseorang di sisi untuk mengingatkan kita dan untuk memastikan kita kekal fokus ketika memandu. Kadang kala kita tersesat jalan! Maka sama-sama membantu untuk kembali ke jalan yang asal. Seorang drive, seorang lagi tengok peta. Mungkin stop sekejap untuk tanya orang. Kadang kala kereta rosak! Maka harus minta bantuan mekanik. Itulah kehidupan. Kadang-kadang senang, tapi kebanyakannya susah. Kadang-kadang kita tersilap langkah, maka kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Hidup ini ada ups and downs. Lebih-lebih lagi kehidupan selepas perkahwinan. Penuh dengan cabaran. Cabaran yang dilalui bersama.

Kalau inginkan kehidupan yang hanya senang-lenang di dunia ini, maka kita tersilap alam. Kehidupan seperti itu hanya wujud di syurga.

Jangan lupa, kita ada penumpang-penumpang di belakang. Oh, anak-anak kita! Kalau tak retidrive, berani ke nak bawak anak sekali? Bagaimana kita hendak berkahwin jika ingin membimbing anak pun tidak mampu? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita terbabas? Sudah semestinya tidak. Sumbangan terbesar kita dalam memastikan mereka tidak terbabas ialah dengan memastikan diri kita sendiri ialah pemandu yang cekap. Pemandu yang cekap akan mendidik penumpang-penumpangnya untuk menjadi pemandu-pemandu masa depan yang juga cekap.

Parenting starts before marriage and the first child you raise is yourself. 

Dalam memandu, kita akan cuba sedaya upaya untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Perjalanan yang jauh dan memenatkan akan dilihat seperti tiada apa-apa setelah kita sampai ke destinasi dan boleh berehat dengan secukupnya. Perjalanan kehidupan ini juga jauh dan memenatkan. Tetapi setelah segala cabaran dan dugaan dilalui bersama, di mana destinasi akhir kita? Tempat untuk kita berehat selama-lamanya? Atau, apakah kita memandu tanpa haluan? Tiada destinasi akhir dalam perancangan perjalanan kita? Ke mana kita hendak bawa pasangan dan anak-anak kita pergi?

Pandulah dengan matlamat dan selamat, hingga ke syurga.


p/s: Terima kasih Ummi dan Abi atas pengajaran bermakna ini. I love you both so much.

http://www.aimanazlan.com/

INI BUKAN URUSAN AKU


Senario A
Aku tak kisah apa nak jadi pada negara ni. Yang penting aku dan keluarga aku boleh hidup selesa. Aku tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak menyebabkan orang lain susah disebabkan aku.
Senario B
Lantak lah dengan apa yang berlaku di kampus ni. Yang penting biasiswa aku masuk ‘on-time’, aku siap semua assignment dan lulus semua peperiksaan yang melibatkan ijazah yang aku cita-citakan selama ini.
Senario C
Apa kau susah, mereka bukan anak kau. Biarkan sajalah kalau budak-budak ni nak ber’couple’ atau berkawan sesama mereka. Lagi pun mereka dah besar. Kalau pun bunting nanti, pandai-pandailah mereka pergi ke mana-mana klinik untuk gugurkan kandungan atau cari tempat bersalin nanti.
Senario D
Isu Palestin biar orang Palestin selesaikan dengan Israel, isu Syria biar mereka orang Syria urus dengan pemerintah mereka sendiri, isu Pattani biar mereka bincang dengan kerajaan Thailand, kerajaan mereka sendiri. Kita tak perlu sibuk urusan orang lain sebab kita kena jaga anak bini kita dulu.
Sikap Peduli
Sikap peduli adalah sikap ambil tahu dan peka terhadap sesuatu yang berlaku serta memberi tindak-balas terhadap pelbagai hal yang berlaku di sekeliling kita. Rasa peduli, ambil berat atau ‘caring’ adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan kerana ia mengajar kita untuk hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Mengambil peduli atau mengetahui masalah secara positif akan menggalakkan seseorang dan masyarakat menjadi prihatin terhadap keperluan ahli komuniti mereka dengan berusaha bantu membantu menyelesaikan atau mengurangkan bebanan mereka.
Rasa peduli ini tentunya dalam batas pengamatan yang mendalam dan keinsafan yang tinggi bahawa setiap kita memerlukan sokongan, bantuan dan perhatian apabila berada di dalam situasi tertentu. Sekiranya sebahagian daripada kita mengalami kesusahan, keperitan dan bencana, tentunya kita memerlukan bantuan atau pertolongan daripada orang lain.
Sekiranya rasa ambil peduli ini subur pada setiap masyarakat kita, ia akan memupuk rasa persaudaraan sesama Islam dan bersifat kemanusiaan sesama mausia tanpa mengira asal keturunan, agama dan bangsa.
Malangnya apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini adalah kerana masing-masing bersikap tidak ambil peduli dengan masalah dan isu-isu yang berlaku di persekitarannya. Contohnya ialah permasalahan kehamilan di kalangan remaja, peningkatan kes jenayah, kes murtad, kes dadah dan rogol yang semakin banyak, amalan rasuah yang subur membiak, kecelaruan identiti di kalangan anak bangsa dan seribu satu macam masalah yang lain.
Jika sikap tak kisah dan tidak ambil peduli terus diamalkan oleh masyarakat kita, bayangkanlah apa yang bakal berlaku terhadap institusi kekeluargaan, budaya kemasyarakatan, kehidupan bernegara dan masa depan umat secara keseluruhannya.
Sikap ambil peduli adalah sikap yang sangat penting untuk disuburkan dan diamalkan di setiap lapisan masyarakat. Seseorang yang sudah dibiasakan dengan sikap ambil peduli atau ‘caring’ akan mencetuskan pembinaan masyarakat yang berkasih-sayang dan tolong menolong ke arah kebaikan bersama. Ingatlah pesanan Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud,
“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”.
Surah al-Maidah ayat 2
Inilah yang menjadikan indahnya kehidupan dan semua ini hanya akan berlaku jika ada sikap saling ambil peduli dan prihatin di kalangan kita. Dalam Islam, perkara-perkara ini memang ditekankan kerana Islam itu sendiri adalah ajaran kemasyarakatan. Islam menekankan perlunya sikap ambil peduli bermula dari sesama ahli keluarga, kaum kerabat, semangat kejiranan dan hidup bermasyarakat, kehidupan bernegara sehinggalah kepada kepedulian umat sejagat.
Ingatlah bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.
(Hadith riwayat Bukhary)
By: Dr Zainur Rashid Zainuddin

http://www.islamituindah.my/

jenis-jenis dakwah



Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala sesuai dengan garis aqidah, syari’at, dan akhlak Islam. 
Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da’a yad’u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “Ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “Ilmu dakwah” dan Ilmu Islam” atau ad-dakwah al-Islamiyah.
Orang yang menyampaikan dakwah disebut “Da’i”. Sedangkan yang menjadi objek dakwah disebut “Mad’u”. Setiap Muslim yang menjalankan fungsi dakwah Islam adalah “Da’i”.

Tujuan Utama Dakwah
Tujuan utama dakwah ialah mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat yang diridhai oleh Allah. Nabi Muhamad SAW mencontohkan dakwah kepada umatnya dengan berbagai cara melalui lisan, tulisan, dan perbuatan. Dimulai dari istrinya, keluarganya, dan teman-teman karibnya hingga raja-raja yang berkuasa pada saat itu. Di antara raja-raja yang mendapat surat atau risalah Nabi SAW adalah kaisar Heraklius dari Byzantium, Mukaukis dari Mesir, Kista dari Persia, dan Raja Najasyi dari Habasyah (Ethiopia).


Jenis-Jenis Dakwah
dapat dilakukan dengan berbagai cara, sesuai dengan kemampuan masing-masing jurudakwah. Yang pasti, setiap Muslim wajib melaksanakannya karena seorang Muslim berkewajiban menyebarkan kebenaran Islam kepada orang lain.


1. Dakwah Fardiah — Dakwah Fardiah merupakan metode dakwah yang dilakukan seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas. Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang dan tersusun secara tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja, teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat mengunjungi orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada waktu upacara kelahiran (tasmiyah).

2. Dakwah Ammah — Dakwah Ammah merupakan jenis dakwah yang dilakukan oleh seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada orang banyak dengan maksud menanamkan pengaruh kepada mereka. Media yang dipakai biasanya berbentuk khotbah (pidato). Dakwah Ammah ini kalau ditinjau dari segi subyeknya, ada yang dilakukan oleh perorangan dan ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang berkecimpung dalam soal-soal dakwah.

3. Dakwah bil-Lisan — Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan dakwah melalui lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subyek dan obyek dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif bila disampaikan berkaitan dengan hari ibadah, seperti khutbah Jum’at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan menyangkut ibadah praktis, konteks sajian terprogram, disampaikan dengan metode dialog dengan hadirin.


4. Dakwah bil-Haal — Dakwah bil al-Hal adalah dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata. Hal ini dimaksudkan agar si penerima dakwah (al-Mad’ulah) mengikuti jejak dan hal ikhwal si Da’i (juru dakwah). Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang besar pada diri penerima dakwah. Pada saat pertama kali Rasulullah Saw tiba di kota Madinah, beliau mencontohkan Dakwah bil-Haal ini dengan mendirikan Masjid Quba dan mempersatukan kaum Anshor dan kaum Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islamiyah.

5. Dakwah bit-Tadwin — Memasuki zaman global seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin (dakwah melalui tulisan) baik dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, internet, koran, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat penting dan efektif. Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang da’i, atau penulisnya sudah wafat. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada”.

6. Dakwah bil Hikmah — Dakwah bil Hikmah Yakni menyampaikan dakwah dengan cara yang arif atau bijak, yaitu melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak obyek dakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemauannya sendiri, tidak merasa ada paksaan, tekanan maupun konflik. Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu metode pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar persuasif.

Dalam kitab Al-Hikmah Fi Al Dakwah Ilallah Ta’ala oleh Said bin Ali bin wahif al-Qathani diuraikan lebih jelas tentang pengertian Al-Hikmah. Menurut bahasa, Al-Hikmah artinya adil, ilmu, sabar, kenabian, dan Al-Qur’an; memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas) dan terhindar dari kerusakan; ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang utama; obyek kebenaran (al-haq) yang didapat melalui ilmu dan akal; serta pengetahuan atau ma’rifat.


Menurut istilah syar’i, Al-Hikmah artinya valid (sah) dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, wara’ dalam Dinullah, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan menjawab dengan tegas dan tepat. (id.wikipedia.org).*

http://puteripermatabiru.blogspot.com/

Sebelum kamu Bertaaruf




Saudaraku, jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang.
Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya. Jangan dikotori sucinya makna,takruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.

Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat?  

Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.

Bagaimanakah ciri – ciri  ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:

1.Melakukan Istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.

2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak

3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya,   dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya.
Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
.
4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.
 Namun ingat, pihak lelaki  jangan datang seorang diri,  untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.

5.Keluarga pihak lelaki  mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki  ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.

6.Menentukan Waktu Meminang
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan,  juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan  waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan pertunangan, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.

7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri – ciri  ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.


http://norazurarozali.blogspot.com/

Thursday, November 15, 2012

HARI TERAKHIR UTK PENYERTAAN DAN PENAJAAN PROGRAM LAWATAN CINTA KASIH!



HARI INI MERUPAKAN HARI TERAKHIR BAGI PENYERTAAN PESERTA DAN JUGA PENAJAAN BAGI LAWATAN CINTA KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN....cepat!!jangan sampai terlepas peluang..^-^

BERMINAT UNTUK MENYERTAI ATAU MENYUMBANG??AYUH BERSAMA MEMBANTU KAMI MENJAYAKAN PROGRAM INI BAGI MERAIKAN ANAK-ANAK YANG MEMERLUKAN SEDIKIT KEPRIHATINAN DAN KASIH SAYANG DARI KITA..^-^

√ Makluman :
-----------------
Tarikh : 24 November 2012
Masa : 7.30 Pagi - 6.45 Petang
Tempat Berkumpul : Stesen Bas Shah Alam
Lokasi Lawatan : Petrosains, Muzium Negara, Masjid Negara, Pusat Sains Negara.
Sasaran Peserta : 20 Orang Penaja, & 20 Orang Anak Yatim / Fakir Miskin
Bayaran Peserta (Tidak Menaja) : RM 50 seorang
Bayaran Peserta (Menaja) : RM 100 termasuk tajaan seorang anak yatim/ fakir miskin

---------------------------
√ Cara Pendaftaran :
---------------------------
Sila mendaftar di link berikut dan buat pembayaran :
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDVmN1k3NDFzLXlnbjZBNmNGMkRoOEE6MQ#gid=0

---------------------------
√ Cara Pembayaran :
---------------------------
1) Melalui PayPal : Email :zanifaida_zamri@yahoo.com
2) Melalui bank-in/transfer nilai ke akaun Maybank : 552059681604
[Pertubuhan Belia Halaqah]

-Setelah itu, hantar SMS : sms : LCK> Maklumat Pembayaran (nama, tarikh, masa, & nilai) dan hantar ke 017-7389765

Cth: LCK, Shahabudin Yatim , 14/5/12 , 03:45:02 Petang , RM 50

-------------------------------------------
√ Sumbangan / Tajaan Tanpa Hadir
------------------------------------------
Bagi penaja yang tidak dpat hadir atau yang ingin menyumbang, anda boleh menaja atau menyumbang tanpa had nilai ke dalam akaun bank/paypal di atas. Anda mestilah memaklumkan sumbangan anda ke no fon : 017-7389765 (Zanifaida Zamri)

PAGE RASMI BAGI EVENT INI

 http://www.facebook.com/events/410796312319598/

Monday, November 12, 2012

Aku adalah hambaNya



Di mana letaknya nilai cinta manusia andai diriku masih mencari-cari nilai cinta Allah dan Rasul dalam diriku.

Aku merasakan aku tidak mempunyai hak untuk mengalihkan mahupun membahagikan cinta di dalam hatikukepada manusia walaupun sedikit kerana merasakan semuanya adalah milik Allah.Hanya Allah yang berhak memberinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Bukan aku.Aku hanyalah hambaNya.Aku hanya seorang hamba.Aku tidak mempunyai kekuasaan kerana aku hanyalah hambaNya, dan aku akan kekal menjadi hambaNya dan akulah hamba yang bertuah kerana bertuankan ALLAH SWT.