Monday, February 25, 2013

PEJUANG AGAMA


Habibi
Setiap Manusia Pasti Punya
Pemikiran Yang Saling berbeza
Tapi Janganlah Cuba Untuk Memaksa
Yang Lain Jika tidak Sekata
Usah Taksub Taksiran Sendiri
Pandanganlah Dari Sudut Yang Lain
Mungkin Ada Benarnya Kata Mereka
AndaiNya Berfikiran Terbuka
Renungkanlah Bersama
(i)
Habibi Janganlah Membenci
Hentikan Dari Saling Menyakiti
Habibi Hanya Jikalau Bersatu
Umahmu Akan Lebih Maju
(ii)
Temanku Bersalamlah Selalu
Hormati Mereka Disekelilingmu
Temanku Marilah Kita Bersama
Menjadi Pejuang Agama
Tak Perlu Meninggikan Suara
Untuk Meluahkan Apa Dirasa
Kerana Lantang itu Bukannya Bermakna
Katamu Menjadi Lebih Benar
Renungkanlah Bersama
(ulang i ii)
Hindari Rasa Benci Sesama Sendiri
Teguhkan Ikatan Antara Saudara
P/S:Alangkah indahnya kehidupan jika semua manusia berfikiran begini

Saturday, February 23, 2013

BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAHAGIAN 4 (AKHIR)


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 4 (AKHIR)

“Assalamualaikum kak,”Aira menyapa ceria.

“Waalaikumussalam Aira,”aku menghadiahkan senyuman.

“Akak sihat?sejak kebelakangan ini Aira lihat akak kurang bercakap dan banyak 
termenung.Akak ada masalah ke?kalau akak ada masalah Aia boleh dengar dan mana tahu Aira boleh bantu,”Aira yang agak risau dengan sikap Nur yang berbeza ingin mengetahui apa sebabnya.

“Akak tak ada masalah pun Aira.Akak macam biasa sahaja.Jazakillahu khair sebab risaukan akak.Memang seorang adik yang prihatin,”ku usap mesra kepala Aira.

“Mestilah kak.Tak comel la kalau akak tak senyum.Macam cekodok tak jadi tau kak,”Aira dengan usikannya.

“Eee Aira ni.Ada ke samakan akak dengan cekodok tak jadi.Ni akak nak merajuk ni,”aku sengaja menarik muka masam.

“Alalala akak Nur yang Aira kasihi.Aira hanya bergurau.Kalau muka akak macam cekodok tak jadi,jawabnya famous la cekodok tu kak.Best seller in the world nanti,”Aira tertawa ceria.

“Tak habis-habis mengusik akak kan.Nasib baik akak sayang,”lantas pipi comelnya ku cubit sambil tersenyum dengan gelagatnya.

“Akak pula tak habis-habis cubit pipi saya.Jadi kita fair la kak,”

“Yelah Aira.Dah jom kita gerak ke kelas.Nanti terlambat pula,”aku segera menyarungkan kasutku.

“Akak.Umi akak ada telefon akak?,”soal Aira tiba-tiba.

“Tak ada.Kenapa?Tak pernah pun selama ni Aira tanyakan umi akak telefon atau tak kenapa tiba-tiba tanya ni?,”aku agak kepelikan.

“Tak ada apa-apalah kak.Nanti umi akak mesti akan telefon akak,”Aira segera beredar pergi ke kelasnya sambil tersenyum nakal dan meninggalkanku termangu-mangu sendirian.

“Kenapa ya?emm…,”soalku sendirian.

Aku segera bergegas ke surau untuk menunaikan solat sunat dhuha sebelum kelas bermula pada pukul 8.30 pagi nanti.Banyak kelebihannya jika kita melakukan solat sunat dhuha ini.Ia adalah kunci kepada pintu rezeki.Sejak aku dimaklumkan mengenai kelebihan solat sunat dhuha ini,aku terus mengamalkannya sehingga kini.

Selesai semua kelasku pada hari itu,aku melihat terdapat dua panggilan tidak dijawab.Umi yang menelefonku,lantas aku teringat kata-kata Aira pada pagi tadi.Segera aku menekan nombor telefon umi.

“Ya Allah Ya Tuhanku,kurniakanlah aku pasangan yang terbaik buat diriku.Tunjukilah aku jalan yang harus ku plih.Bantulah aku dalam membuat keputusan,”doaku selepas usai solat isya’.



Teringat kembali perbualanku berama umi pada petang tadi.Umi menyampaikan bahawa ada seseorang yang datang merisikku.Dan orang itu adalah ibu dan bapa Faliq.Ya Allah,alangkah terkejutnya aku mendengarkan berita tersebut.Umi tidak memaksaku untuk menerima.Aku meminta masa daripada umi untuk memikirkannya.Sementara itu aku meminta supaya umi dan abi untuk melakukan solat sunat istikharah buatku.Teringatku pada episod semanis kurma yang lalu di mana Ustazah Bahyah ada memberi petua dalam memilih pasangan adalah dengan meminta ibu dan bapa kita melakukan juga solat sunat istikharah.


Benar juga kata-kata Ustazah Bahyah itu memandangkan jika kita yang solat sunat istikharah maka mungkin hati kita berat kepada sesuatu keputusan.Macam keadaanku sekarang pastilah keputusanku berat kepada menolak lalu aku meminta umi dan abi untuk melakukan solat istikharah dan aku juga turut melakukannya.Aku redha dan bertawakal dengan apa jua keputusannya nanti.
“Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]”

Seminggu selepas itu….

“Akak.Aira dapat lihat akak banyak termenung dan tidak ceria sejak mendapat berita mengenai peminangan abang Faliq.Akak tidak suka pada abang Faliq ya?,”soal Aira.

“Asifah.Akak tidak mempunyai jawapan bagi soalan Aira.Akak masih mempertimbangkannya,”aku cuba mengelak dari menjawab soalan Aira.

“Aira tak tahu apa masalah sebenarnya tetapi Aira ingin memberitahu akak sesuatu.Abang Faliq dahulu memang seorang yang jahat tetapi dia sudah benar-benar berubah.Walaupun abang Faliq nakal tetapi dia tidak pernah membuat perkara tidak baik kepada wanita.Dia selalu berpesan kepada Aira dalam mempercayai lelaki.Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan.Dan abang Faliq juga seorang abang yang penyayang dan baik.Abang Faliq berpewatakan jahat itupun kerana dahulu ibu dan ayah hanya mementingkan bisnes berbanding keluarga.Aira harap akak akan mempertimbangkan dahulu peminangan tersebut ye.Tetapi andaikata akak tetap ingin menolaknya maka Aira harap hubungan kita tidak akan terjejas.Aira sayangkan akak macam akak AIra sendiri,”luah Aira ikhlas.

“Aira…,”aku tidak mampu meneruskan kata-kataku.

“Oh ye kak.Lagi satu.Abang Faliq minta Aira supaya memberikan akak ini.Dia juga pesan yang dia redha dengan apa jua keputusan akak dan memahami.Akak minta diri dulu ye.Aira ada meeting sekejap lagi.Assalamualaikum,”Aira menyerahkan diari biru kepadaku lalu beredar.

“Waalaikumussalam,”jawabku.

“Diari ini!,”alangkah terkejutnya aku melihat diariku sewaktu di sekolah dahulu yang telah hilang.Bagaimana Faliq boleh memiliki diariku ini.Pelbagai persoalan muncul di fikiranku.

Aku mengambil tempat di bangku kerusi di bawah sepohon pokok yang rending di hujung padang lalu meyelak satu persatu helaian diari lamaku itu.Setiap catatanku sewaktu mula melangkahkan kaki ke maahad dahulu,bagaimana mujahadahku dalam mencari cinta Allah dan mengenal Allah semua ku ctatkan di dalam diari tersebut.Diari itu benar-benar beharga buatku.Aku tidak pernah menyangka akan menemuinya semula.

Setelah tiba di muka surat terakhir catatanku iaitu pada hari terjadinya peristiwa yang tidak mahu aku ingati lagi dengan Faliq aku melihat terdapat catatan lain selepasnya.

“Tulisan siapakah ini?,”aku membaca setiap catatan yang terdapat selepas catatanku tamat.
Faliq rupanya yang telah menulis semua itu.Segala penjelasan dan pemohonan maafnya dicatatkan di situ sejak dari hari diari itu berada dalam pemilikannya.Segala catatan dan luahan hatinya sepanjang pengajiannya di pondok dan di Mesir juga dicatatkan di dalam diari ini.Muka surat terakhir di dalam diari itu berbunyi

“Ya Allah,Ya Tuhanku.Andai suatu hari nanti diari ini kembali kepada tuannya yang sebenar.Aku berharap agar Nur akan memaafkan segala kesalahanku.Andai diizinkan oleh Allah,aku ingin melamarnya menjadi bidadari dunia dan syurgaku.tetapi jika dia ditakdirkan bukan untukku maka aku doakan kebahagiaannya di dunia dan akhirat.”


Menitis air mataku membaca segala catatan Faliq yang terdapat di dalam diari tersebut.Betapa kuatnya dia mengharungi cabaran dalam mencari ilmu Allah sehingga akhirnya dia berjaya menapakkan kakinya di menara gading di Al-Azhar,Mesir.

“Engkau sungguh tabah Faliq.Aku pula telah berburuk sangka kepadamu dalam banyak perkara.Ya Allah,ampunilah keterlanjuranku.Benarlah kata Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

 Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."   

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Sebenarnya pada dua hari yang lepas umi ada menghubungiku menyatakan bahawa umi dan abi bersetuju untuk menerima peminangan Faliq.Solat istikharah yang dilakukan member keyakinan dan petanda yang positif pada mereka.Hanya aku yang masih tidak mahu menerimanya kerana masih teringatkan kisah lama.Tetapi pada hari ini Allah telah datngkan diari ini bagi memberi petunjuk kepadaku.

“Ya Allah.Sungguh benarlah janji-janjiMu bagi mereka yang meyakiniMu,”


Selepas aku merasa yakin dengan keputusanku,lantas aku menghubungi umi bagi menyatakan persetujuanku menerima peminangan tersebut.Umi dan abi tenyata gembira dengan keputusanku.Kami telah mengambil keputusan untuk bertunang dalam masa terdekat kerana memikirkan cuti Faliq yang akan habis tidak lama lagi dan berkahwin selepas tamat belajar iaitu satu tahun lagi dari sekarang memandangkan kami sama-sama berada di tahun akhir pengajian.

Doa Sayyid Qutb:"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu. Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Dua tahun kemudian…..

“Assalamualaikum anak ayah yang soleh di dalam,”Faliq memelukku dari belakang lalu mendekatkan wajahnya ke perutku yang sedang sarat mengandungkan imam kecil kami.Aku tersenyum melihat gelagatnya yang sangat tidak sabar menanti kelahiran permata hati kami itu.

“Anak ayah sihat hari ini?Umi dah ajarkan baca Al-Quran dan zikir pada anak ayah hari ini?Anak ayah nakal tak kat dalam ni?,”Faliq masih asyik dengan perbualannya.Itulah yang sehari-hari dia akan lakukan sebaik sahaja balik dari kerja.

“Pada umi nya ayah tak nak tanya ke?kesian umi kan Muhammad Syafi,”rajukku sambil mengusap-ngusap perutku.

“Alaa isteri abang yang comel ni.Bidadari abang di dunia dan di akhirat insyaa-Allah.Abang sengaja tak mahu bertanya sebab suka melihat wajah isteri abang yang berganda comelnya bila merajuk macam ni,”lantas pipiku dicubitnya mesra.

“Alaa abang ni.Tahulah sekarang sayang dah makin tembam.Nak perli la tu,”aku sengaja berpura-pura merajuk.

“Tembam ke Syafi?tak kan.Comel la sayang.Makin cantik dan makin bertambah sayang lagi abang pada sayang.Terima kasih sayang sebab sudi mengandungkan zuriat abang walaupun abang tahu betapa susahnya sayang dalam tempoh 9 bulan ini.Kesakitan semasa melahirkan nanti apatah lagi.Kalau lelaki yang diberi tugas mengandung dan melahirkan anak,pasti tidak ada yang mampu.Betapa hebatnya seorang wanita itu diciptakan oleh Allah.Dan abang bertuah memiliki wanita sehebat dan solehah seperti sayang.Abang bersyukur kepada Allah yang telah mendengar doa abang selama ini.Alhamdulillah,”lantas tanganku digenggam kemas.

Terharu dengan kata-kata dari suamiku,berguguran butiran mutiara di pipiku.Tanda kegembiraan dan kebahagiaan yang kami dapati.Semoga dengan kehadiran imam kecil kami nanti akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keberkatan di dalam rumah tangga ini.Baiti jannati.Amin.

TAMAT…………..


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAHAGIAN 3


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 3

7 tahun yang lalu…..

“Kurang ajar betul minah tudung labuh tu!ada ke aku ditenkingnya depan semua orang sedangkan itu memang tempat aku!takpe,kali ni aku lepaskan kau,”Faliq merengus marah selepas di marahi oleh Nur kerana duduk di sebelahnya.

Beberapa bulan selepas itu…

““Kau jangan nak biadap Faliq!kalau kau berani kacau mana-mana pelajar perempuan dalam kelas ni,nahas kau aku kerjakan!,”marah Nur kepada Faliq sebentar tadi di makmal komputer.

“Apa kes lak ustazah tu marah aku tiba-tiba.Datang bulan ke apa!Aku rasa aku tahu ni kerja siapa.Nanti korang!,”Faliq yang panas membara itu segera pergi mencari dua orang kawan sekelasnya dengan muka yang merah padam.

“Hoi!korang yang cuba raba si Sya tu tadi kan??!!,”jerkah Faliq kepada Hakim dan Mail.

“Errr,mana ada.Kitaorang tak tahu apa-apa,”tergagap-gagap mereka menjawab kerana takutkan Faliq.

“Jangan nak berdalih!aku tahu lah perangai korang tu.Masalahnya sekarang ni yang kau nak buat perkara tak senonoh tu kat tepi aku apahal?!tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa.Memang nak kena korang ni!,”lantas sebuah tumbukan padu hinggap di muka Hakim dan Mail.

Faliq segera beredar selepas berjaya melepaskan marahnya.Dia tidak mempunyai niat untuk menerangkan perkara yang sebenar kerana dia memang sudah biasa dikenali sebagai pelajar jahat di sekolahnya tetapi dia tidak pernah membuat perkara yang keji kepada perempuan.Itu prinsipnya.

Keesokan harinya…..

“Abang!selamat hari lahir!,”jerit Aira ceria kepada abangnya seawal pagi.

“Terima kasih adikku sayang.Ingat Aira ye dengan hari lahir abang.Ni buat abang sayang lebih ni,”Faliq segera mengangkat adik kesayangannya itu yang berusia 11 tahun.

“Mestilah ingat abang.Tapi Aira tak ada hadiah untuk abang.Aira bagi kiss je la ye.Tanda Aira sayang abang,”lantas pipi abangnya dikucup.

“Ini pun dah cukup.Bidadari kecil abang yang comel ni,”Faliq tersenyum lebar melihat keletah Aira yang comel tu.

Faliq dan Aira menuruni tangga untuk ke ruang makan untuk bersarapan sebelum berangkat ke sekolah.Di dalam hatinya tertanya-tanya samada ibu bapanya juga akan mengingati hari lahirnya atau tidak.

“Mak Jah.Mana ibu dan ayah?,”soal Faliq kepada pembantu rumahnya Mak Jah.

“Datuk dengan Datin awal-awal pagi tadi dah keluar.Ada meeting katanya.Tapi Datin ada pesan untuk berikan Faliq duit untuk sambut hari lahir pada hari ini dengan kawan-kawan.Datuk dengan datin juga pesan yang mereka akan balik lewat malam nanti,”jawab Mak Jah sambil menghulurkan duit yang ditinggalkan Datin Ramlah.

“Huh!,”Faliq merengus lalu beredar pergi ke sekolah tanpa mengambil duit tersebut.Kali terakhir ibu dan bapanya menyambut hari lahirnya adalah ketika dia berusia 7 tahun.Setiap hari Faliq menantikan ucapan daripada mereka tetapi hampa.

“Ahh!buat apa aku mengharap sedangkan aku sudah tahu mereka lebih pentingkan bisnes berbanding anak sendiri,”angin Faliq dalam keadaan yang tidak baik pada hari itu.

Di sekolah….

“Faliq.Cikgu disiplin nak jumpa,”Mat Deris memberitahu kepada Faliq.

“Apahal pula cikgu disiplin nak jumpa aku ni.Aku rasa minggu ni aku tak ada buat hal lagi.Heish.Serabut betul la.Aku dah la tengah bad mood ni!,”Faliq dengan muka masamnya menuju ke bilik cikgu disiplin.

“Awak tahu kenapa awak dipanggil ke sini?,”soal Cikgu Rasis selaku cikgu disiplin sekolah.

“Manalah saya tahu,”jawab Faliq endah tak endah.

“Cikgu dapat laporan yang kamu telah cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada salah seorang rakan sekelas kamu semasa di makmal computer tempoh hari.Kamu mengaku atau tidak?!,”suara Cikgu Rasis meninggi.

“Saya tak buat la cikgu!,”nafiku.

“Cukup!saya tak nak dengar pa-apa alasan.Kamu ni Faliq memang pelajar jahat sekolah betul!Tak habis-habis nak buat kes!Cikgu akan menghukum kamu dengan rotan sebanyak 10 kali,”Cikgu Rasis yang kelihatan berang segera mengambil rotannya lalu merotan Faliq.

“Aduh!sakitnya!,”Faliq melihat tapak tangannya yang sudah bengkak dan lebam akibat dirotan untuk perkara yang tidak dilakukannya.”Ini mesti si ustazah tak guna tu yang buat laporan ni!,”gumam Faliq dalam hati.Angin Faliq yang memang tidak baik dari pagi bertambah teruk apabila dirotan.Kebetulan pada ketika itu Faliq melihat Nur di stor sukan.

“Siap kau kali ni ustazah.Dah lama aku sakit hati dengan kau!,”Faliq yang sedang tidak berfikiran waras itu segera menghampiri Nur.

Sekarang….

“Faliq.faliq tak tidur lagi?,”soal Puan Ramlah kepada Faliq.

Faliq yang termenung jauh tadi agak tersentak dengan kehadiran ibunya di dalam biliknya.Tidak perasan sejak bila ibunya berada di situ.

“Belum lagi ibu.Ibu belum tidur lagi?,”soal Faliq pula.

“Belum.Faliq ada masalah ke?Ibu tengok Faliq banyak termenung sekarang ni,”soal Puan Ramlah yang risau melihat anaknya.Puan Ramlah dan Datuk Mazlan sudah banyak berubah sekarang.Tidak lagi seperti dahulu yang hanya sibuk memikirkan soal bisnes sahaja.

“Tak ada apalah ibu.Faliq Cuma teringat kawan-kawan di Mesir sahaja,”dalih Faliq.

“Oh begitu.Kalau mereka balik ke Malaysia,Faliq ajaklah mereka ke rumah,”

“Baiklah ibu,”Faliq menghadiahkan senyuman kepada ibunya.

“Faliq.Ibu nak tanyakan pendapat Faliq tentang sesuatu ni,”

“Apa dia ibu?,”

“Ibu berkenan sangat dengan Nur tu.Kalau boleh ibu nak jadikan dia menantu di rumah kita.Faliq setuju tak?atau faliq sudah ada pilihan?,”Puan Ramlah yang memang sangat sukakan Nur sangat ingin menjadikan Nur sebagai menantunya.

“Faliq….emmm..,”Faliq yang agak terkejut dengan hasrat ibunya tidak tahu apa yang harus di jawabnya.Andai sahaja ibunya tahu kisah silam dia dan Nur.

“Ibu tak paksa Faliq.Kalau Faliq tidak mahu tak mengapa,”

“Faliq bukan tidak suka ibu,Nur memang gadis yang baik.Cuma…..,”berat untuk faliq meneruskan kata-katanya.

“Cuma apa Faliq?,”soal ibunya yang sudah tidak sabar.

“Emm.Dia tak ada orang lain ke?Gadis sebaik dan secantik dia pasti ramai yang menginginkannya.Nak ke dia pada Faliq yang tak seberapa ni,”Faliq terpaksa membuat Nur sebagai alasan bagi menutupi kisah sebenarnya.

“Pasal tu Faliq jangan risau.Nanti ibu suruh Aira tolong siasat dan kalau tak ada ibu dan ayah akan segera merisiknya dengan ibu bapanya.Boleh??,”soal Puan Ramlah yang kelihaan sangat gembira.

“Faliq ikut sahaja keputusan ibu,”akhirnya Faliq memberikan jawapannya walaupun tidak yakin yang Nur akan menerimanya.

Malam itu Faliq tidur dalam keadaan yang agak gelisah.Seawal jam tiga pagi dia bangun untuk menemui kekasihnya.Solat sunat tahajjud dua rakaat dilakukannya dan solat istikharah dilakukannya bagi memohon petunjuk.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu,menitis air mata tatkala merindu,menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan kerana ku tetap yakini Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”.

Kenangan lampau terimbau kembali dalam kotak ingatan Faliq.

“Ahhh!kenapa aku buat macam tu tadi,”sesal Faliq selepas kejadian di stor sukan tadi.

“Aku hanya nak gertak sahaja.Tidak bermaksud untuk membuat apa-apa pada dia,”Faliq seakan dirasuk rasuk amarahnya sehingga melakukan perkara yang di luar kawalannya dan sekarang dia harus menanggung akibatnya.

Semasa dia semakin hampir dengan Nur tadi tiba-tiba kakinya menjadi kaku.Puas cuba digerakkannya tetapi tidak boleh.Faliq sendiri tidak tahu kenapa.Ketika itu dia meliha sepasang mata yang begitu indah dan takut memandangnya.Aku terpesona dengan matanya.Faliq hanya mampu melihat Nur berlari pergi selepas perutnya ditendang.

“Memang patut aku ditendang,”lirih Faliq yang menyesal dengan perbuatannya.
Pada malamnya Faliq menyelinap masuk ke bilik Nur untuk melihat keadaan Nur.Dia merasa bertanggungjawab dan berniat hendak memohon maaf tetapi tidak tahu bagaimana.Ketika dia memasuki bilik Nur tidak ada sesiapa.Bila dia mendengar tombol pintu cuba dibuka dari luar dia segera menyorokkan diri di bawah katil.Tiba-tiba dia mendengar bacaan yang sungguh indah dan menusuk jiwanya.

“Ini bacaan Al-Quran,”gumam hati Faliq.Sudah lama dia tidak pernah mendengarnya sejak kecil lagi.Dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk membaca Al-Quran lagi sekarang.
Bacaan Al-Quran itu datangnya dari Nur yang cuba untuk menenangkan dirinya selepas peristiwa petang tadi.Faliq seakan-akan terpukau dengan bacaan Nur yang sungguh merdu itu.Tiba-tiba ibu Nur memanggilnya keluar.Faliq segera mengambil kesempatan itu untuk keluar mengikut tingkap bilik Nur.Sebelum dia keluar,dia sempat mencapai sebuah diari berwarna biru milik Nur.Faliq ingin lebih mengenali Nur.

Sesampainya di rumah,segera diari kecil itu dibacanya.Dan kerana diari itulah Faliq belajar mengenal Allah dan Islam.Dan kerana diari itulah Faliq mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mengambil keputusan untuk ke sekolah pondok bagi mempelajari ilmu agama tetapi dihalang oleh ibu bapanya lalu dia tekad melarikan diri daripada rumah.


Diari biru itu masih berada dalam pemilikannya sehingga sekarang.Itulah pembakar semangatnya selama ini tidak kira di madrasah mahupun di Al-Azhar,Mesir.Diari milik seorang gadis yang bernama Nur Anshariyah.Gadis yang berjaya membuka mataku untuk mengenali Allah dengan lebih dekat dan meninggalkan perbuatan burukku selama ini.


Bersambung….


p/s:cuba untuk habiskan cerita tetapi tak berjaya lagi..tangan ni asyik nak menambah cerita je..-_____-!!..maaf..harap pembaca tak bosan ye..insyaa-Allah bahagian ke 4 seleapas ini adalah yang terakhir..=)

Thursday, February 21, 2013

BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAHAGIAN 2


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 2

7 tahun yang lalu…..

“Kenapalah aku ditukarkan ke sekolah biasa ni.Abi tak patut buat aku macam ni!,”luahku marah dengan tindakan abi yang menukarkan aku dari sekolah maahad ke sekolah menengah harian biasa gara-gara keputusan bahasa arabku semasa PMR sangat teruk.Selepas urusan pendaftaran,aku segera menghayunkan langkahku ke kelas ku.

“4 Rajin,inilah kelasku,”aku berdiri tegak di hadapan pintu kelas tanpa mempunyai niat untuk memasukinya.Sepanjang perjalanan ke kelas tadi aku melihat pelbagai ragam pelajar di sini.Ya Allah.Alangkah bebasnya mereka bergaul antara lelaki dan perempuan dan pemakaian juga ada yang ketat,singkat dan jarang.Astaghfirullahalazim!

Ketika aku di sekolah maahad dahulu,pelajar perempuan dan lelaki diasingkan.Kami tidak berkongsi kelas,library mahupun kantin dan padang sekolah.Sungguh terjaga pergaulan antara kami.Tetapi di sini?perrempuan dan lelaki bertepuk tampar,berdating dan bercampur dengan bebasnya.

“Ya Allah,lindungilah iman hamba Mu ini Ya Allah.Aku tidak mahu terjebak dengan cara hidup mereka yang ternyata telah menyimpang jauh dari jalan yang benar.Mengapalah aku ditukarkan ke sini,”rintihku di dalam hati.Aku akan tetap mempertahankan tudung labuhku sehingga akhir nyawaku.



“Woi!tepilah sikit!Nak masuk kelas pun payah ke!,”jerit seorang pelajar lelaki kepadaku sambil melanggar begku lalu masuk ke dalam kelas.

“Astaghfirullahalazim,”terkejut aku diperlakukan begitu.

Aku segera melangkah masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat di bahagian belakang sekali yang kosong.Tiba-tiba seorang pelajar lelaki datang dan duduk di kerusi di sebelahku.

“Siapa suruh kau duduk di sebelah aku?!,”marahku kepada pelajar lelaki tersebut.

“Siapa suruh kau duduk di sebelah aku?!Pergi!,”ulangku lagi apabila pelajar lelaki tersebut masih tidak berganjak.Akhirnya pelajar lelaki tersebut mengangkat kaki pergi ke tempat lain.

Disebabkan peristiwa itu tiada lagi pelajar lelaki yang berani mendekatiku selepas itu.

“Eh perempuan.Hari semalam aku nampak kau kat bandar.Kau freehair kan.Dah tu pakai seksi-seksi pulak tu.Nampak je macam alim kat sekolah!,”jerit seorang pelajar lelaki kepadaku sebaik sahaja aku memasuki kelas.

“Al fitnatu ashaddu minal khat!,”balasku.Geram sungguh aku rasa.Tak cukup lagi dengan perlian sekarang fitnah pula yang dia nak lemparkan pada aku.MUHAMMAD FALIQ!kau memang keterlaluan!

Aku biarkan sahaja kata-katanya dan menumpukan perhatian kepada pengajaran sebab malas hendak mencetuskan pergaduhan.Ketua samseng sekolah.Itulah dia orangnya.Suka membuat masalah di sekolah.Dengar cerita dia adalah anak orang kaya tetapi ibu bapanya terlampau sibuk dengan perniagaan sehingga mengabaikan anak.

Di makmal komputer….

“Nur,tolong saya Nur.Faliq cuba nak meraba saya,”seorang sahabatku datang menghampiri.

“Apa dia?!biadap sungguh Faliq tu!jangan bimbang.Nur ada.Sya duduk di sebelah Nur ye,”panas sungguh hatiku saat itu.Ini sudah berlebihan!

Apabila aku lihat Faliq semakin menghampiri Sya,aku segera menarik Sya ke belakangku.

“Kau jangan nak biadap Faliq!kalau kau berani kacau mana-mana pelajar perempuan dalam kelas ni,nahas kau aku kerjakan!,”marahku kepada Faliq.Jujur aku katakan hamper sahaja penumbukku melayang ke mukanya lantaran terlampau marah dan jijik dengan perlakuan tak senonohnya itu.

Faliq yang agak terkejut dengan jeritanku itu segera meninggalkan kami dengan muka yang panas membara.

“Terima kasih Nur tapi Nur tak takut ke dengan Faliq tu?dia kan ketua samseng.Nanti kalau dia buat apa-apa pada Nur macam mana?,”soal Sya yang kelihatan takut dengan renungan dari Faliq sebentar tadi.

“Tak mengapalah Sya.Apalah sangat ancaman dari Faliq tu.Dia tetap hamba Allah.Insyaa-Allah Nur ada Allah yang akan sentiasa menjaga Nur kerana Nur tidak melakukan sesuatu yang salah,”balasku tenang dan yakin dengan perlindungan dari Allah.Itu lebih baik daripada aku membiarkan perkara sumbang itu terjadi di hadapan mataku sendiri.

Keesokan harinya…

Aku berjalan seorang diri dari stor sukan selepas menghantar bola jarring yang digunakan dalam latihan pada petang tersebut.Tiba-tiba Faliq menghalang perjalananku.

“Kau nak apa?,”soalku.

“Aku nak apa?bagus soalan kau tu ustazah.Aku nak kau!dah lama aku sakit hati dengan kau.Tahu?!Kau ingat dengan tudung labuh kau yang macam khemah ni kau ingat kau hebat?!kau ingat kau malaikat?!kau dah banyak menyusahkan aku tahu tak!,”tempik faliq kepadaku sambil cuba merapati diriku.

Aku cuba untuk mengundur ke belakang tetapi aku tersepit dengan dinding.Ya Allah,bantulah hamba Mu!

“Kau yang banyak membuat masalah.Aku tak kan masuk campur urusan kau kalau kau tidak menimbulkan masalah!ingatlah Allah sikit Faliq!sekarang jauhkan diri kau dari aku!,”aku cuba untuk melepaskan diri darinya.

“Ingatlah Allah sikit Faliq!Ha Ha Ha.Lawak apa kau nak bawa ni ustazah?sekarang aku nak tengok siapa yang boleh bantu kau selamat,”Faliq seakan-akan orang yang sedang dirasuk.Dia semakin cuba merapatkan dirinya dengan aku.Ya Allah,lindungilah hambaMu ini Ya Allah!

Segera aku membaca doa yang ku pelajari di maahad dahulu bagi mengelakkan dicabul kehormatan,diambil kesempatan mahupun diganggu dan disusuli dengan ayatul kursi sambil hatiku tidak henti-henti berdoa kepada Allah supaya diselamatkan.



Tiba-tiba aku melihat Faliq memberhentikan langkah dan pergerakannya dan hanya memandang diriku.Aku segera mengambil kesempatan itu dengan menendang perutnya dan melarikan diri sambil air mata laju mmbasahi pipiku.

“Aduh!,’jerit Faliq kesakitan.

Ya Allah!ujian apakah ini Ya Allah.Berilah kekuatan kepada hambaMu ini.Teresak-esak aku menangis sebaik sahaja sampai di rumah dan memasuki bilikku.hampir sahaja aku diperlakukan dengan perkara tidak senonoh sebentar tadi tetapi pertolongan Allah itu sampai di saat aku memerlukan.Syukur Ya Allah.

Seminggu aku tidak hadir ke sekolah kerana demam akibat terkejut dengan peristiwa tersebut tetapi aku tidak menceritakan kepada sesiapa.Sya ada datang melawatku 2 hari yang lepas menyatakan bahawa Faliq telahpun berhenti sekolah dan tiada siapa yang tahu akan sebabnya.

Aku mengucapkan kesyukuran yang amat sangat apabila mendapat tahu akan berita tersebut.Ini bermakna aku selamat untuk kembali ke sekolah tersebut.Alhamdulillah.Syukur Ya Allah!

Sekarang….

Kenangan lama itu tidak mungkin aku lupakan.Masih aku ingat lagi akan betapa takutnya aku ketika itu.Tetapi mengapa kini aku harus berjumpa lagi dengan lelaki tersebut.Lupakan sajalah.Aku tidak akan menjumpainya lagi selepas ini.



Sementara itu di banglo mewah itu…..

“Nur.Nur Anshariyah.Aku tidak menyangka akan menemuimu lagi.Allah telah mendengar doaku untuk bertemu denganmu lagi,”Muhammad Faliq bermonolog sendirian di dalam biliknya.

“Maafkan aku Nur.Andai sahaja kau sudi mendengar penjelasanku dan memaafkan aku.Tetapi aku pasti itu adalah agak mustahil.Ya Allah,tunjukilah jalan yang terbaik buat hamba Mu ini,”rintih Faliq sambil erat memeluk sebuah diari berwarna biru yang sudah lama disimpannya.

Fikiran Faliq kembali terbang mengimbau kenangan silam yang berlaku 7 tahun yang lalu…

Bersambung……

Wednesday, February 20, 2013

CERPEN SEINDAH MAHABBAH:BAB 4


BAB 4:SEINDAH MAHABBAH BAITUL MUSLIM BAHAGIAN 1


Setahun kemudian…..

Amar sudahpun mendirikan rumahtangga bersama tunangnya dan aku pula semakin menyibukkan diri dengan tugasan ku sebagai pelajar dan juga dengan program-program dakwah.Jadual seharianku sentiasa padat sehingga membuatkan aku tidak mempunyai masa unuk memikirkan soal hati yang pernah terluka dahulu.Benarlah ada kata-kata yang mengatakan “sibukkanlah dirimu dengan melakukan dan memikirka perkara kebaikan kerana dengan itu ia dapat menghindarkan kamu dari memikirkan dan melakukan perkara yang sia-sia”.

Sebelum memulakan hari,aku menadahkan tangan berdoa kepada Allah,




“Akak!,”jerit Aira ceria sambil berlari-lari ke arahku.

“Eh Aira,jangan berlari-lari macam tu.Nanti jatuh macam mana?,”tegurku kerisauan.

“Hehehe.Akak,akak,Aira ada berita gembira ni,”Aira menghampiriku dengan wajah yang sangat ceria.

“Assalamualaikum adik Aira ku sayang.Ye,ada berita apa ni?dari jauh akak dapat nampak aura kegembiraan yang menyilaukan mata,”tawaku kecil mengusik Aira.

“Eh,terlupa pula Aira nak bagi salam.Maaf ye kak.Waalaikumussalam.Haa,Aira kan gembira sangat-sangat sebab abang Aira akan balik dari Mesir hujung minggu ni!,”Aira melonjak-lonjak kegembiraan.

“Abang Aira?Yang mana ye?,”soalku.

“Aira kan ada satu je abang kak.Ingat tak Aira pernah cerita pada akak yang abang Aira yang lari dari rumah kerana ibu bapa Aira tidak setuju dengan permintaannya yang hendak belajar di pondok?,”Aira cuba mengingatkan aku.

“Ohhhhhh,baru akak ingat.Jadi sekarang dia belajar di Mesir dan akan pulang ke Malaysia?,”

“10 markah untuk akak!Aah.Abang Faliq hantar surat menyatakan dia akan pulang pada hujung minggu ini.Alhamdulillah kak.Ibu bapa saya sudah memaakan abang Faliq dan ibu bapa saya juga sudah banyak berubah.Semua atas jasa baik akak juga,”Aira memelukku sambil menitiskan air mata kegembiraan.

“Kenapa pula atas jasa akak?akak tak buat apa-apa pun.Itu semua kuasa Allah untuk memberi hidayah dan membuka hati setiap hamba Nya,”aku sedikit kehairanan.

“Sebenarnya akak,ibu bapa saya sudah banyak berubah sejak saya mula mengubah diri saya.Mungkin kerana mereka telah mendapat pelajaran apabila abang saya meninggalkan rumah maka mereka tidak menghalang saya apabila hendak berubah dan memakai tudung labuh.Jika satu masa dahulu,ibu bapa saya juga jahil seperti saya di masa lalu kak.Segala apa yang akak ajarkan pada saya,perkara yang sama jugalah yang saya kongsikan dengan mereka.Alhamdulillah sekarang kami sekeluarga sudah lebih dekat dengan Nya,”terang Aira kepadaku panjang lebar.

“Subhanallah!Allahuakbar!Alhamdulillah Aira.Akak tak pernah tahu pun yang apa yang akak kongsikan selama ini mampu merubah kehidupan seseorang bahkan lebih ramai lagi.Kuasa Allah Yang Maha Esa.Dia telah mempermudahkan urusan akak dan member hidayah Nya kepada Aira sekeluarga.Alhamdulillah,”tidak henti-hentiku memuji kebesaran Allah yang telah mengubah kehidupan hambaNya.

“Alhamdulillah kak.Sekarang keluarga saya lebih bahagia dan harmoni di bawah lindungan rahmat Nya.Dan akan bertambah kebahagiaan itu apabila abang saya akan pulang.Tak saya sangka kak dia sekarang melanjutkan pelajarannya di Timur Tengah sedangkan dahulu dialah ketua samseng dan pelajar yang jahat di sekolah,”

“Kuasa Allah Yang Maha Besar.Jika Dia ingin memberikan hidayah kepada hambaNya maka tiada apa yang tidak mungkin akan berlaku,”kagum aku mendengar kisah dari Aira itu.

“Benar kak.tapi kita juga perlu mencari hidayah tersebutkan kak.Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi dicari,”tambah Aira.

“Na’am.Pandai adik akak ni,”ku usap kepala Aira penuh kasih sayang.

“Berkat tunjuk ajar kak juga.Oh ye akak.Kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat pada hari ahad nanti di rumah.Ibu menyuruh saya menjemput akak kerana ibu nakkkk sangat berjumpa dengan akak.Dia kata dia banyak terhutang budi dengan akak yang dah banyak mengajar dan menjaga saya.Akak datang ye,”Aira memujukku.

Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” Hadith riwayat Ibnu Abi Dunya”
Insyaa-Allah akak akan datang.Kebetulan akak tidak ada apa-apa program pada ahad nanti.Akak juga hendak menemui ibu Aira yang dah melahirkan Aira yang merupakan anugerah terindah buat akak sebagai seorang adik yang penyayang dan baik hati,”senyumku.
“Akak ni buat Aira malu la.Akak pun akak yang terbaik buat Aira.Di saat Aira tiada adik beradik di sisi,akak lah keluarga yang terdekat yang Aira ada.Terima kasih kak untuk segala tunjuk ajar akak selama ni,”Aira lantas memelukku.Aku membalas pelukan tersebut dengan hati yang sangat terharu.

Petang ahad……

“Assalamualaikum kak.Aira dah di bawah ni.Akak dah siap?,”soal Aira di dalam telefon.

“Waalaikumussalam.Sudah.Akak sedang turun tangga sekarang.Sekejap lagi akak sampai,”tergesa-gesa aku menuruni tangga.Aira datang menjemputku untuk hadir ke majlis kenduri doa selamat di rumahnya selepas maghrib nanti.

“Subhanallah.Cantiknya akak Aira ni,”puji Aira.

“Akak pakai macam hari biasa sajalah Aira.Aira ni berlebihan memuji akak ni,”laju sahaja jari-jariku mencubit pipi Aira yang comel itu.

“Aaa!akak ni suka sangat cubit pipi Aira.Tahulah comel,”tawanya mengusik.

“Memang comel.Geram!,”balasku bersahaja.Tiba-tiba mataku tertangkap sepasang mata yang sedang memerhatikan gelagat kami.Allah!Segera ku tundukkan pandangan.Aku tidak menyedari kehadiran insan lain di situ.Seorang pemuda yang berkopiah dan berjubah lengkap tampak sungguh alim dan tenang perwatakannya.

“Akak,ni lah abang Faliq.Dia yang drive.Aira tak pandai drive,”Aira memperkenalkan abangnya.

Aku hanya mengangguk tanpa memandang ke wajah Faliq.Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri di kerusi belakang dan hanya bercakap apabila di tanya oleh Aira.Faliq pula langsung tidak bersuara.

Sesampai sahaja di rumah Aira,aku tergamam melihat aku sedang berdiri di hadapan sebuah banglo yang sangat besar dan mewah.Aku tidak pernah tahu bahawa Aira ini anak orang kaya.Katanya ayahnya hanya membuat bisnes kecil-kecilan.Belum sempat aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah,ibu Aira,Puan Ramlah segera memelukku.

“Jadi inilah Nur ye.Cantik.Sejuk mata aunty melihat Nur dengan tudung labuh dan niqab begini.Tak peliklah jika Aira selalu memuji Nur kepada kami,”puji Puan Ramlah sambil mengajak aku untuk masuk ke dalam.

“Aira ini selalu berlebihan memuji saya aunty.Aira ni lagi comel berbanding saya.Mewarisi kecantikan ibunya,”pujiku ikhlas.Puan Ramlah sememangnya tampak lebih muda berbanding usianya.

“Aunty rasaa gembira sangat dapat berjumpa dengan Nur.Terima kasih kerana telah banyak membimbing anak aunty si Aira ni dan sedikit sebanyak telah mengubah aunty dan juga uncle,”

“Allah yang merancangkan semua perkara ini aunty.Saya hanyalah penyampai.Aira juga banyak menbantu saya,”balasku jujur.Kami mula masuk ke dalam bagi melakukan persiapan untuk majlis kenduri nanti.

“Bismillahirrahmanirrahim………………..,”

Allah.Sedap sungguh suara imam yang mengetuai solat maghrib berjemaah tadi.Tajwid dan iramanya benar-benar mengusik jiwa.Hampir sahaja aku menitiskan air mata dengan keindahan bacaan tadi.

“Siapa imam solat maghrib tadi Aira?Sedap sungguh suara dan bacaannya,”soalku kepada Aira.

“Itulah abang Faliq kak,”Aira tersenyum menjawab.

“Ohh…,”.Faliq.Macam pernah aku mendengar nama itu dahulu.Oh!baru aku ingat siapa.Tetapi tak mungkin orang yang sama.Mereka sangat berbeza.Ibarat langit dan bumi.Pasti bukan!

Selesai sahaja majlis pada malam tersebut,aku dan Aira meminta izin untuk balik ke asrama kerana pada keesokan harinya ada kuliah.Ketika aku sedang menanti Aira di kereta,Faliq datang menghampiri.Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain.

“Assalamualaikum Nur,”Faliq menegurku.

“Waalaikumussalam,”pendek aku menjawab tanpa memandangnya kerana tidak selesa.Manalah Aira ni.

“Aira masih belum keluar?,”soalnya.

“Haah,”

“Nur.Nur masih ingat lagi pada saya?Saya Muhammad Faliq.Kelas 4 Rajin?,”soal Faliq.

Terkejut dengan soalan tersebut aku segera memalingkan wajahku melihatnya.

“Allah!”,hanya itu yang terluah.Benar.Itu memang dia!

“Nur,saya….,”belum sempat Faliq meneruskan kata-katanya Aira telahpun sampai.

“Eh,akak dan abang dah sampai.maaf Aira lambat sedikit.Ibu minta bungkus makanan untuk dibawa balik ke asrama,”Aira menerangkan kelambatannya.

“Tak mengapa Aira.Dah mari kita pulang.Akak terasa penat sangat tiba-tiba,”aku segera masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan pulang kami semua hanya mendiamkan diri.Aku berpura-pura memejamkan mata.Sesampai sahaja di asrama aku terus naik ke bilik tanpa menunggu Aira.Selesai menukar pakaian dan mengemas buku-buku untuk kelas pada hari esok aku terus merebahkan badan ke atas katil.Aira yang baru masuk menganggapku telahpun tidur.

Muhammad Faliq.Kenangan lampau kembali menerjah ruang fikiranku……

Bersambung………

Monday, February 18, 2013

CERPEN SEINDAH MAHABBAH:BAB 3


BAB 3: SEINDAH MAHABBAH UKHWAH

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para hadirin sekalian.Saya Nur Anshariyah Bt Muhammad Shaari akan mempengerusikan program pada hari ini yang bertajuk ‘Auratmu Duhai Muslimah Bukan Tontonan Umum’ ”,ucapku memulakan program pada pagi itu.


“Para wanita yang dikasihi Allah sekalian.Apakah itu aurat?Adakah semua yang berada di dalam dewan ini tahu apakah aurat kita? Tidak mengapa bagi yang mungkin belum jelas tentang aurat. Inilah tujuan diadakan program kesedaran ini supaya semua muslimah-muslimah yang cantik dan manis di hadapan saya ini akan jelas mengenai apa itu aurat.”

Dari Surah An-Nur ayat ke -------- Allah berfirman,“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

“Sudah dapat sedikit gambaran tentang aurat? Belum lagi? Tak mengapa banyak lagi yang akan kita bincangkan. Dari ayat tadi kita sudah dapat mengetahui dengan golongan yang bagaimana seharusnya kita menjaga dan menutupi aurat kita.dan dari ayat tadi juga telah memberitahu pada kita tentang perlunya melabuhkan kain tudung menutupi dada.”

“Aurat bagi seorang wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.Kita mulakan dari bahagian kepala dan ke bawah.Kita wajib menutup rambut kita kerana rambut itu adalah aurat.Sabda Rasulullah SAW,”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Riwayat Bukhari dan Muslim).Dan seperti kata UAI, tak kisahlah nak pakai telekung ke,tudung saji ke, atau permaidani pun boleh asalkan menutupi rambut dan dada.Tapi yang permaidani tu saya yang tambah”,sedikit selingan gurauan diselitkan bagi membuat para pendengar terhibur dan tidak mengantuk.Ternyata trick ku berjaya.Dewan itu dipenuhi dengan ketawa dari para hadirin.

“Kemudian tudung atau selendang atau permaidani yang kita gunakan tadi untuk menutupi rambut perlulah juga dilabuhkan menutupi dada dan hendaklah tidak jarang dan ketat.Eh,macam mana pula tudung boleh ketat?Haa,ketat maksudnya menampakkan bentuk leher seperti ada wanita-wanita yang di luar sana suka memakai pin di bahagian belakang leher pada tudung dan menampakkan bentuk leher kita.Tak boleh ye.Kemudian membuat atau meninggikan rambut dengan membuat sanggul beSar-besar dan tinggi-tinggi pun tak boleh ye.”

“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Pasti ada yang mengatakan bahawa dia masih belum bersedia dan ikhlas untuk memakai tudung.Tidak mahu menjadi manusia hipokrit katanya.Suka untuk saya kongsikan kata-kata dari UAi lagi memandangkan saya pasti ramai di antara para hadirin adalah pengikut setia ceramah beliau bukan.Katanya Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa, puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI. ia seperti makanan, jika tidak disuap ia tidak akan masuk ke mulut.
“Ingin tahu apa kelebihan bertudung labuh?”

“Sekarang kita teruskan dengan bahagian pakaian pula.Lengan kita adalah aurat DAN.tidak boleh memakai lengan pendek mahupun lengan tiga suku kerana akan menampakkan aurat kita.Pakaian kita juga tidak boleh jarang dan ketat sehingga memperlihatkan bagaimana bentuk tubuh badan kita seperti inner yang ketat dan pakaian dari kain yang jarang tanpa ada lining di dalam.Perkara yang sama juga pada seluar dan juga kain.Dan satu perkara yang sering dilupakan adalah bahagian kaki kita.Kaki kita adalah aurat dan seharusnya ditutup dengan memakai sarung kaki mahupun stoking.”
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]

“Pakaian yang mengikut syariat itu adalah sebaiknya dan sedikit panduan dan kata-kata yang ingin saya kongsikan ialah,Tudung pada wajah, jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.Tudung pada mata,jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara, jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati, mengingati Allah dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.”

Indahnya menutupi aurat itu berbanding tidak menutup aurat itu hanya dapat dirasai oleh mereka yang melakukannya.Jangan takut untuk mengorak langkah ke hadapan dalam mendapat redha Ilahi,”


“Ini sahaja pengisian dari saya dan selebihnya saya serahkan kepada pengacara majlis dan ukhti seterusnya bagi menyambung membincangkan mengenai tabarruj dan sesi soal jawab,”ku tamatkan ucapanku dengan hati yang lega dan gembira kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu yang diberikan oleh Allah dengan muslimah-muslimah yang hadir.

Program pada hari itu berjalan dengan lancar dan baik.Aku sebagai pengarah program amat berpuas hati dengan respond dan pengisian dalam program tersebut.Semoga program ini dapat memberi manfaat dan penerangan yang lebih jelas kepada para peserta yang hadir.Sedang aku sibuk mengemas kertas-kertas, seorang peserta program tersebut datang menghampiriku.

“Assalamualaikum.Boleh saya hendak bertanya sesuatu kepada akak?”

“Waalaikumussalam.Boleh dik.Dengan senang hati,”balasku dengan senyuman mesra.

“Saya ada beberapa persoalan dan kemusykilan mengenai aurat.Saya ini bukanlah seperti akak yang menutupi aurat dengan sempurna tetapi saya ingin berubah menjadi seperti akak.Saya suka tengok akak.Sejuk je mata memandang akak bertudung labuh dan memakai purdah.Saya ini jahil kak.Ibu bapa saya juga tidak alim,”luahnya dengan nada yang sebak dan riak muka penuh penyesalan.

“Allah.Dik.Akak ini hanyalah hamba Allah yang biasa.Sama seperti adik.Adik pun boleh menutupi aurat dengan sempurna.Alhamdulillah adik ingin berubah ke arah kebaikan.Tidak semestinya kita perlu memiliki ibu bapa yang soleh untuk menjadi solehah dik.Akak akan bantu adik semampu yang akak boleh lakukan.Insyaa-Allah,”ucapku menenangkannya dan berazam untuk membantunya


“Terima kasih kak!Saya sebenarnya malu hendak bertanya mengenai soal aurat ini kerana saya tahu saya sebagai seorang Islam seharusnya tahu mengenai semua ini.Tetapi apabila saya mendengar akak memberi pengisian tadi hati saya tergerak untuk datang bertanya kepada akak dan yakin akak dapat membantu saya dalam berubah.Saya berharap saya tidak menyusahkan akak,”luahnya bersungguh-sungguh dengan muka penuh pengharapan.
“Insyaa-Allah dik.Akak akan bantu setakat yang akak mampu.Adik jangan risau.Apa sahaja persoalan yang adik musykilkan adik boleh kemukan pada akak.Insyaa-Allah akak akan menjawabnya setakat mana yang akak tahu,”aku lantas memeluknya yang sudah pun menitiskan air mata keinsafan yang ku lihat penuh keikhlasan. " Ya Allah, mudahnya Kau bukakan hatinya. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu ini. Tetapkan hati-hati kami di atas jalan yang lurus ini. Janganlah Kau pesongkan hati-hati suci ini sesudah hidayahMu mengunjungi. Amin,”doaku di dalam hati.
Begitulah permulaan perkenalan ku dengan adik Aira yang kini ibarat adik kandungku sendiri.Ukhwah kami terbina kerana Nya dan diisi dengan kecintaan kerana Nya. Indahnya ukhwah kerana Allah dan besarnya kebaikan jika hubungan itu kerana Allah.Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat Muslim)

Bersambung…..(bab yang terakhir akan menyusul nanti)