Monday, January 26, 2015

kuat kan aku Ya Allah

Pernah terbaca ayat ni kata,
Bila aku meminta kekuatan daripada Allah,
Allah berikan aku masalah untuk aku selesaikan,

Pasti ada yang dah alami nya kan?
Bila kita terasa lemah,kita mengadu kepada Allah,kita pohon kekuatan daripada Allah

Masa itu Allah datangkan mungkin sahabat2 kita yang menghadapi masalah kepada kita

Kerana apa?

Kerana Allah tidak menyampaikan pujukannya secara langsung dengan pancaindera kita untuk mendengar pujukannya,
Tetapi Allah datangkan manusia lain untuk kita bantu dan kita nasihati dengan pujukan2 yang membangkitkan semangat dan menenangkan jiwa

Siapakah yang memberi ilham kepada kita untuk menulis dan menyatakan kata-kata tersebut??
Siapa??

ALLAH,tiada yang lain selain Dia,Allah

Dia memberi ilham kepada kita untuk kita sedar dan kita memberi semangat dan memujuk hati kita yang sedang lara,
Kata-kata kita itu semua bukanlah semata-mata hanya untuk orang lain tetapi untuk DIRI KITA SENDIRI juga..

Baikkan Allah?
Sayangkan Allah dengan kita?

Wallahualam :)

Tersenyum lah walaupun pahit
Bangkitlah walaupun perit
Di pengakhiran sana kekasih mu sedang menunggu 
Menunggu dengan ganjaran yang sangat besar buat mu
InsyaAllah :)


Friday, January 2, 2015

random post

Hari ini anak saudara Nur, Amir melangkah masuk ke alam persekolahan darjah 1. Allahu rabbi,dah besar dah Amir rupanya. Anak saudara yang paling Nur rapat dan jaga sejak dia kecil lagi. Dia lah yang paling nakal dan manja dengan Nur. Comel sangatttt tapi kadang-kadang annoying. >_<

Sekolah rendah sebelah rumah sewa Nur ni pun meriah dengan suara pelajar-pelajar,ibu bapa dan guru-guru. Nur nak study pun terganggu konsentrasi tapi tak kisah pun. Seronok juga kan sebab dah lama tinggalkan sekolah. :)

Tiba-tiba Nur teringat pula masa Nur mula-mula masuk darjah 1 dulu.

Nur masuk darjah 1 masa umur 6 tahun sebab Nur kena jaga akak Nur yang dah umur 7 tahun di sekolah. Kecik-kecik kan,tak faham pun pasal umur tu semua. Bila mak kata “adik nanti masuk darjah 1 ye jaga akak”Nur pun angguk je lah. Yang penting masa tu nak pergi sekolah sebab nak main dan ada ramai kawan.hehe

Ingat lagi masa sebulan pertama masuk sekolah, hari-hari mak akan hantar kami ke sekolah naik bas Haji Awang dan Rakan2. Selepas kami masuk kelas mak akan tunggu sehinggalah waktu rehat sebab risaukan kami nanti nak makan dan pergi tandas. Yelah,sebab Nur kan kecik lagi. Macam mana nak bawa akak Nur pergi tandas dan uruskan pasal nak beli makanan tu semua kan. Mak akan bawa siap-siap makanan untuk waktu rehat untuk kami. Biasanya nasi putih dan sambal ikan bilis. Kami bukan dari keluarga yang senang jadi mak tak mampu untuk bagi duit untuk kami beli makanan di kantin. Tapi sekali sekala mak akan bagi duit sikit untuk beli benda-benda ringan di kantin sebab faham kanak-kanak macam kami mesti nak benda-benda macam tu kan. Ingat lagi yang mak akan suapkan Nur dan akak makan masa tu. Mungkin sebab berkongsi kan. (mata masuk habuk pula :’))

Lepas waktu rehat mak akan cepat-cepat balik untuk menoreh getah. Sebelum waktu balik mak akan datang semula untuk jemput kami balik sebab bimbang kami yang kecil ni nak naik bas sendiri. Tapi selepas seminggu mak suruh kami balik sendiri sebab mak tak larat nak ulang alik sebab mak perlu menoreh. Tapi, mak akan tunggu di perhentian bas kampung kami untuk jemput kami balik ke rumah. Katanya sebab kami ni perempuan. Tak boleh biarkan balik sendiri. Bahaya.

Begitulah rutin mak selepas itu sehingga lah kami darjah 6 pun. Pagi mak akan hantar kami sehingga kami naik bas dan akan tunggu kami di perhentian bas setiap kali balik sekolah. Dari perhentian bas ke rumah ambil masa lebih kurang 10-15minit berjalan kaki. Mak selalu juga kata yang mak selalu diserang penyakit pusing mata semasa pulang ke rumah selepas hantar kami naik bas. Mak terpaksa berhenti sehingga sakit tersebut hilang. Tapi mak tak pernah buat itu sebagai alasan untuk tidak hantar dan jemput kami setiap hari walaupun mak penat kena menoreh selepas hantar kami . Allahu rabbi. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu demi anaknya. (mata kena cucuk dengan garpu)

Ya Allah, sayangi dan lindungilah mak Nur setiap saat dan setiap ketika. Nur sayang sangat dengan ma k nur. Demi mak, Nur sanggup korbankan apa sahaja, apa sahaja asalkan itu yang membahagiakan mak Nur. Kerana mak Nur dah banyak berkorban untuk Nur sejak Nur lahir. Tak kan ada insan lain yang mampu menggantikan kasih sayang mak selepas Allah dan Rasul. Nur mampu untuk menanggung sakitnya mujahadah pun kerana kasih Nur pada mak. Nur nak jadi anak yang solehah buat mak supaya mak Nur akan bangga dan sejuk hati mempunyai anak seperti Nur dan Nur harap segala kebaikan yang Nur lakukan akan menjadi asbab untuk Allah menempatkan mak Nur di syurga kelak. InsyaAllah.aaminn.wallahualam.

Nur dan akak Nur membesar sama-sama sejak kecil. Nur dah pun menjadi penjaga kepada akak Nur sejak Nur berumur 6 tahun. Jadi Nur memang tak mampu berpisah dengan akak Nur. Walaupun akak Nur sekarang sudah berlainan sama sekali dengan akak Nur yang Nur kenal semasa kecil, tetapi kasih sayang Nur pada akak tetap sama sehingga lah hembusan nafas Nur yang terakhir. Nur harap tak ada orang yang akan pisahkan kami termasuklah siapa bakal suami Nur nanti.semoga die tidak merasa ianya satu beban buat dirinya. InsyaAllah. Aaminn. Wallahualam.