Tuesday, January 31, 2012

saya dah terfikir nak bunuh diri!!

Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti . Tak mampu untuk berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada apa-apa lagi harapan untuk dirinya. 


Hancur. Musnah. Segala kepercayaan dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan yang selama ini amat dicintainya. Kalau dulu dia mendengar cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah..dia masih tidak mahu mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu, ahh..dia tak sanggup untuk membayangkannya lagi. Dengan langkah longlai dan dada yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.


"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya diperlakukan begini oleh lelaki, bro...dah masuk kali keempat"


Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.


"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya adalah sesekali, yang lain tu..kira burn je la. Saya ni pulak jenis yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak..apatah lagi kalau dengan orang yang saya cintai...."


Aku mengangguk-nganguk (kira empatik listener la kononnya, )


"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje?..Nama aje lain.."



Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk berkata-kata. Aku menerangkan dengan detail padanya tentang apa yang dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan (Law of Attraction - LOA). Tentu anda semua sedia maklum bahawa prinsip asas Hukum Tarikan adalah:


"Anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau pun negatif"


Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada sikap atau ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya/impiannya.


Dan perbuatannya suka menceritakan/membawa cerita/memperbesarkan sikap lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang fikirannya menarik kembali kedalam realiti hidupnya tenaga-tenaga berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya iaitu: Lelaki yang ingin dihindari/ kekecewaan dalam percintaan/ Ditipu!


Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.

Maksud Ayat:

�apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri" (An Nisa' : 79)


Maksud hadis Qudsi:
Aku akan bersama (mengikutkan) sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan.

(penulis: bukan dengan yang dia risaukan atau khuatirkan)
Riwayat At-Thabrani dan AlHakim.


Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya. Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan detail dan lengkap.


PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU


1.TINGGI : LEBIH DARI 1.55M

2.BERAT : 65KG , SIHAT ZAHIR BATIN

3.WAJAH : KACAK, HANDSOME, MANIS

4.SIKAP : BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN

5.KARIER : KERJA OFFICE HOUR...

6.USIA : LEBIH TUA 33-44THN...

7.HUBUNGAN : AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI

DIA JUGA MENY AYANGI AKU SEPENUH HATI

AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA. 

DIA JUGA MENERIMA *KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.

*KEADAAN: KELEBIHAN, KEKURANGAN, KELEMAHAN, KEISTIMEWAAN 


8.KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI

9.PERHUBUNGAN : KEKAL KE AKHIRAT.


Ketika ciri yang ke 3 dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata padaku: Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan bertanggungjawab. Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan dirinya sendiri. Dia menjawab, tentulah yang handsome!..tapi rasa macam malulah nak mohon macam tu pada Allah.


Aku bertanya semula, nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan kedalam syurga, kamu tak rasa malu pulak? Nikmat mendapat suami handsome tu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? dan kita kena faham, Pemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu wara', baik dan bertanggung jawab. kamu kena percaya dan fikir begitu.


Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk (berfikirlah tu agaknya). Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan mendoakan senarai tulisannya itu didalam solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa affirmasi yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku ingin dia sentiasa 'husnuzzon' bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'menerima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan 'bersedia menerima /receiving steps' juga telah kubincangkan dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.


Yang nyatanya, dia benar-benar melakukan segala cadangan tersebut dengan bersungguh-sungguh. Apa salahnya mencuba, bukannya kene keluar modal pun. Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni, aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya. Hampir 2 bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni..


"Assalamualaikum, busy ke bro?.."

"Waalaikumsalam..tak busy pun, Ayuni..lama tak dengar khabar?..macamana sekarang?"

"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit"

"Owh..apa halnya, share lah (dalam hatiku...husnuzzon..jgn fikir apa2 yang tak elok)"

"Macam ni..step yang bro ajar tu power betulla...sekarang ni ada 3 org lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni..tiga-tiganya ada ciri-ciri yang hampir sama je dgn apa yang yuni tulis tu.."

" oops..3 orang?..ha..bagusla tu, whats the problem?"

"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga2 hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih..."


Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku. Kepada: Sifu Loa..Thanks for your advice..


Syukur Alhamdulillah...Allah Maha menyayangi sekalian hambaNya. Jodoh, Ajal dan Kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.


Maksud Hadis dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW:

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan DOA.� - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.


www.murabbi.net

antara membimbing perasaan dan melayan perasaan


Masa beredar tiada siapa mampu menghalang. Dari usia yang muda, seorang kanak-kanak perlahan-lahan menginjakkan diri ke fasa remaja. Seorang remaja perlahan-lahan menginjakkan diri ke dunia dewasa. Dalam perjalanan itu, tidak ringan jalan yang ditempuh.


Gelora nafsu adalah antara mehnah yang harus ditempuhi oleh setiap remaja. Mahu ataupun tidak, itulah ketentuan yang harus dihadapi oleh setiap pemuda. Jiwa yang muda begitu bersemangat dan berkobar-kobar. Dan, pada titik inilah kita semua mengenal apakah itu perasaan cinta.


Inilah titik yang amat kritikal dalam dunia remaja. Sesiapa yang mampu melepas titik kritikal ini, maka beruntunglah mereka apabila dewasa. Sesiapa yang tewas, perjalanan mereka seterusnya dirasakan sukar sekali. Hanya iman dan ilmu di dada mampu menjadi teman terbaik dalam menempuh titik kritikal ini.


Tanpa iman dan ilmu, manusia mudah jatuh ke dalam perangkap keji nafsu. Nafsu memperlihatkan kepada mata segala kejahatan itu indah, dan segala kebaikan itu buruk. Nafsu juga mengawal hati untuk bertindak agar keperluan buasnya dipenuhi tanpa mengira soal halal dan haram dalam Islam.


Maka, kita tidak hairan, mengapa saban hari ada sahaja gadis yang sanggup membiarkan kehormatannya dirobek tanpa hak dengan kerelaannya. Usahlah kita terkejut beruk apabila melihat di mana-mana sahaja ada bayi yang ditinggalkan, buah daripada perbuatan zina.


Hanya satu sahaja langkah yang paling berkesan untuk menghukum nafsu kita, iaitu syariat. Syariat Islam datang membawa rahmat dan kemudahan kepada manusia. Syariat Islam datang menghapuskan sebarang musibah dan kesusahan yang menimpa manusia akibat kegagalan mengawal nafsu.


Bermula dari awal lagi, Allah SWT menyuruh remaja yang sudah memasuki tahap akil baligh, untuk menundukkan pandangan. Firman Allah SWT:


�Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).� (Surah An-Nur ayat 30)

Demikian juga, perintah Allah SWT ini juga tertakluk kepada para gadis dalam ayat yang seterusnya. Betapa bijaksananya Allah SWT, kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa mata adalah suatu panahan beracun yang sangat berbahaya kepada manusia. Jika mata tidak dikawal, mata itu sendiri membawa bencana kepada manusia.


Di dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari menceritakan, dalam perjalanan Rasulullah SAW bersama Fadhl ibn �Abbas RA, seorang wanita telah melintasi mereka. Kerana anggun dan jelitanya wanita tersebut, mata Fadhl ibn �Abbas RA tidak berkelip-kelip menatap wanita itu. Rasulullah SAW yang menyedari hal itu terus memalingkan wajah Fadhl ke arah yang lain.


Bagi yang sudah tersasar dari jalan yang lurus, masih tidak terlambat untuk kalian meluruskan jalan yang ditempuhi. Bersihkanlah hati yang kian menghitam dengan syariat Allah SWT. Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang mampu membimbing dan mengawal kita daripada tersasar untuk kali yang seterusnya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada kita.


Juga, dalam keperluan kita mentarbiyah diri dengan syariat, wujudnya suatu golongan yang terumbang-ambing umpama kapal di tengah lautan. Dek kerana terlalu syadidnya cara mereka dalam mengawal diri daripada terjerumus ke lembah zina, menyebabkan segala urusan harian menjadi sukar. Semuanya disebabkan berlakunya ketidakjelasan dalam bab ikhtilat.


Sehingga kadang-kadang, disebabkan cara yang terlalu syadid ini, ramai di antara kita yang mengalami konflik perasaan. Mereka berada di tengah-tengah: antara memenuhi kehendak perasaan dengan membimbing perasaan (dengan cara yang terlalu keras). Akibatnya, ramai yang mengambil jalan untuk �melayan perasaan� mereka.


Kemunculan novel-novel dan cerpen-cerpen cinta memburukkan lagi keadaan ini. Mereka disuap dengan khayalan dan imaginasi seperti yang digambarkan dalam novel, tanpa diajar bahawa sebenarnya realiti bukanlah seperti yang digambarkan dalam novel. Akibatnya, mereka tewas dan menjadi kecewa apabila berhadapan dengan realiti yang sedikit lari daripada imaginasi novel.


Sedarlah, apa yang kalian baca hanyalah sekadar imaginasi pengarang. Bersikaplah realistik, dan pandanglah dunia realiti. Apa yang kalian nampak sebenarnya jauh lebih banyak berbanding apa yang digambarkan dalam kisah-kisah cinta.


Tidak salah membaca novel, tetapi dalam masa yang sama usahakanlah untuk mempelajari agama. Jika anda merasakan nafsu anda bergelora, sibukkanlah diri dengan urusan menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk mencapai cita-cita anda. Jika sudah tidak mampu, maka pilihlah jalan sunnah Nabi SAW, yakni bernikah, kerana dalam pernikahan adanya ketenangan.


Contohilah Rasulullah SAW, usia muda Baginda dihiasi dengan pekerjaan dan perniagaan. Contohilah �Abdullah ibn �Abbas RA, usia muda beliau dipenuhi dengan kegiatan menuntut ilmu pengetahuan. Contohilah Usamah bin Zaid, usia mudanya digunakan untuk menyahut seruan jihad. Mereka semua adalah ikon-ikon remaja yang realistik, bukannya utopia.


Dunia masih luas untuk kita terokai. Perjalanan kita masih jauh untuk tiba ke destinasinya, sedangkan usia kita semakin hari semakin memendek. Sedarlah, kewajipan dan kerja-kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Mengapa perlu kita membazirkan masa melayan hawa nafsu yang tidak pernah kenyang?


Sama-samalah kita berdoa, memohon perlindungan Allah SWT daripada kejahatan hawa nafsu kita. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberikan manfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang, dan daripada doa yang tidak Engkau dengari.



* Penulis ialah pelajar matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam aliran Sains Fizikal. 


Sumber dari blog : daiesiber.blogspot.com

adakah aku suami romantis?

"Romantis... isy aku tak main lah romantis romantis ni. Yang penting aku beri cukup makan minum padanya setiap hari. Lagipun aku ni dah tua."
"Romantis.... Come on man!!!  Kita ni kan pejuang Islam. Orang kafir je yang promote romantis romantis ni. Pejuang Islam kena hidup dengan serious... kita nak tawan dunia tau?"
Realiti yang berlaku masa kini, ramai pasangan (secara umumnya) sudah agak bosan hidup sebumbung dengan pasangan masing-masing. Nampak gaya rakan sekerja yang berlainan jantina di pejabat lebih "interesting" dan "caring".
Saya termenung sejenak mengingatkan satu persoalan dari seorang wanita semasa ceramah saya di Melaka suatu ketika dulu.
"Dr., macamana nak buat dengan perangai suami saya ni. Saya teringin sangat nak bersembang sakan macam doktor kata tu dengan suami saya. Tapi dia ni... kalau dengan rakan sepejabat... bukan main ligat lagi. Tapi dengan saya.... hambar je. Pernah saya travel dengan kereta dari utara ke selatan... hampir basi air liur ni."
Cuba jawab soalan di bawah ini. Jika jawapannya YA ...Insya Allah anda makin dekat dengan istilah pasangan yang romantis.
1.    Bila berjauhan... sering menelefon antara satu sama lain?
2.    Kalau makan... teringat pasangan masing-masing?
3.    Sentiasa peka dengan permasalahan pasangan masing-masing?
4.    Jika bermasam muka – sentiasa mendoakan agar pasangan diampunkan Allah dan jangan lupa untuk mengampunkan pasangan masing-masing?
Of course masa 'kabel' tengah rosak susah sikit nak berkomunikasi. Tetapi kebiasaannya apabila baik kembali – kasih sayang akan bertambah.
Kaji punya kaji... rupanya ia adalah sifat naluri manusia... suka di belai dan suka membelai. Ia adalah fitrah. Tetapi dalam dunia yang serba moden ini, manusia makin lama makin jauh dari kehidupan yang selari dengan fitrah. Cuba kita kaji kehidupan manusia unggul di dunia ini. Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yang romantis bila berinteraksi dengan isterinya?
Aisyah dipanggil dengan nama "Humaira". Apabila Rasulullah minum air dalam cawan yang dikongsi bersama dengan isterinya, Baginda akan minum tempat mana Aisyah minum.
Beliau amat pelembut dengan isteri-isterinya dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah
Kita sering dengar Hassan Al-Banna sebagai seorang pendakwah hebat. Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna sepatutnya di baca oleh setiap bapa yang hendak menggelarkan dirinya pejuang Islam. Begitu romantis sekali kehidupan mereka suami isteri. Pernah suatu ketika rakan-rakannya datang ke rumah pada waktu malam. Isterinya sedang tidur. Beliau menyediakan makan minum untuk rakan-rakannya kerana tidak mahu menyusahkan isterinya yang sedang tidur lena.
Pada hemat saya yang dhaif ini, jika kita pasangkan niat benar-benar berkahwin kerana hendak menyambung kerja-kerja dakwah yang sudah kita mulai semasa muda dan kita bernekad memastikan isteri kita itu berada dalam soff dakwah, InsyaAllah kita akan mampu untuk menjadikan medan di rumah itu sebagai medan amal dan dakwah.
Dengan izin Allah, isteri akan dijadikan sebagai rakan kongsi dalam menyelesaikan permasalahan dakwah kita. Dia akan menjadi sumber rujukan apabila kita kebuntuan dalam menjalan kerja-kerja dakwah kita. Akhirnya kerja-kerja dakwah kita akan menjadi ringan. Dan natijahnya kasih sayang yang berputik masa mula-mula mendirikan rumah tangga akan terus mekar sehingga akhir hayat kita.
Tetapi jika rumah tangga porak peranda, hubungan menjadi hambar, perjuangan isteri hanya tinggal di dapor sahaja bagi menyediakan makan minum kita dan anak beranak, perbincangan di rumah tidak lebih dari perkara-perkara duniawi sahaja. Kerja-kerja dakwah kita akan mudah terbantut dan silap silap gaya terkubur dengan masalah di rumah.
p/s:suami romantis dambaan isteri..=)

Sultan Muhammad Al-Fateh-pejuang yang hebat

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 22 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun

israk dan mikraj


Semua umat Islam wajib mempercayai dan beriman dengan peristiwa paling bersejarah dalam sejarah Islam iaitu Rasul kita yakni Nabi Muhammad s.a.w telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s pada suatu malam pada bulan Rejab dan dibawakan Buraq dari syurga untuk baginda tunggangi dan diisrakkan baginda dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Kemudian baginda dimikrajkan dari bumi Palestin naik ke langit pertama dan seterusnya ke Sidratul Muntaha yakni tempat di mana baginda menerima perintah solat.
Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah s.a.w mengalami pembedahan dada, dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika’il. Hati Rasulullah s.a.w dicuci dengan air Zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dijahit dan dipaterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan makhluk syurga bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah s.a.w diiringi oleh malaikat Jibril dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan solat sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  • Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah;
  • Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah;
  • Baitul-Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w dibertahu oleh Jibril bahawa itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril bahawa itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah bahawa itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril bahawa itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril bahawa itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail bahawa itulah orang yang makan riba’.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril bahawa itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril bahawa itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melihatnya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril bahawa itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang lain.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril bahawa itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah s.a.w tidak memperdulikannya. Kata Jibril bahawa itulah dunia. Jika Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah s.a.w berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibril bahawa itulah orang yang mengsia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril bahawa itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah s.a.w memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril bahawa baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Rasulullah s.a.w dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. Rasulullah s.a.w dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s. Rasulullah s.a.w dan Jibril naik ke langit ketiga lalu bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. Naik tangga langit keempat, Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s. Rasulullah s.a.w kemudian naik tangga langit kelima, baginda bertemu dengan Nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Naik tangga langit keenam, baginda bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim a.s bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu “La haula wala quwwata illa billah”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: “Subhanallah wal-hamdulillah wala ilaha ilallah wallahuakbar” dan “Wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyul azhim”. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah s.a.w dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan solat (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al-Kursi” yang bertepatan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu iaitu sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik a.s penunggunya.
Tangga Kesembilan: Di sini bertepatan dengan pucuk pokok Sidratul Muntaha, Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Rasulullah s.a.w lalu dapat menyaksikan Allah s.w.t dengan mata kepalanya (baginda melihat cahaya yang sangat terang), lantas baginda sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, RasulNya:
Allah s.w.t: Ya Muhammad.
Rasulullah s.a.w: Labbaika.
Allah s.w.t: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah s.a.w : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah s.w.t: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah s.a.w dibawa menemui Nabi Ibrahim a.s kemudian Nabi Musa a.s yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah s.w.t agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga (satu waktu solat sama dengan 10 kali ganjarannya).
5. Selepas Mikraj
Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber: Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Firman Allah s.w.t: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)
Hadith dari Anas bin Malik r.a
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.
Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.
Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.
Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.
Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.
Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.
Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Sumber: Shahirul.com