Friday, August 10, 2012

mari mengenali jemaah ahbash


Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan jemaah yang dinamakan sebagai Ahbash, maka pelbagai persoalan yang keluar daripada minda orang ramai mengenai kumpulan ini. Ada yang menjauhkan diri daripada mereka kerana mendengar nasihat para alim ulama’, ada juga yang terpedaya dengan dakyah mereka, dan ada juga ingin belajar dahulu siapakah mereka lantas terpedaya dengan dakyah yang dibawa oleh mereka.

Saya pernah bertanya kepada rakan saya yang pernah mengikuti pengajian aliran Ahbash ini kerana beliau ingin tahu sendiri mengenai aliran tersebut, beliau menyatakan bahawa guru yang mengajar itu menghasut supaya jangan mendengar kata-kata pensyarah di kuliyah Syariah Universiti Yarmouk, terkejut saya mendengarnya.

Selain itu, saya ada juga mendengar rakan saya mengecop seorang ulamak dengan panggilan Muktazilah hanya kerana tidak sealiran dengan gurunya, sedangkan itu adalah tuduhan yang sangat berat jika tanpa ada bukti yang benar-benar kukuh.

Ini adalah petanda awal sebenarnya untuk menyalakan api permusuhan. Apabila lebih lama lagi belajar di situ, mungkin ia akan mewujudkan perasaan syak wasangka terhadap para alim ulama’ sejurus mengkafirkan mereka, maka yang benar hanyalah guru mereka. Pada mulanya, kita tidak nampak ketara penyelewengannya kerana ia adalah tektik dan helah yang popular digunakan. Sikit demi sedikit ia mula menjadi darah daging. Awas!

Jika kita perasan mengenai kumpulan ini, mereka lebih cenderong untuk berkasar dan berdebat kepada sesiapa sahaja yang tidak sama aliran dengan mereka. Maka mereka akan selalu mewujudkan api-api permusuhan. Saya pernah menghadapai orang yang seperti ini. Selain itu, mereka ini hanya suka berbicara pada satu topik sahaja sehingga dunia telah mengalami masalah kritikal dari sudut lain pun, mereka tetap dengan agenda mereka iaitu berkeras dengan sesiapa yang tidak sama aliran dengan mereka.

Parah. Kita perlu ambil waspada perkara ini dengan sangat serius, kerana dari masa ke semasa ia sudah merayap ke seluruh dunia dan tidak terlepas juga di negara kita iaitu di Malaysia, maka kita tidak hairanlah budaya sesat-menyesatkan, kafir-mengkafirkan ahli kiblat sudah sebati di bibir masyarakat walaupun orang yang melemparkan tuduhan itu adalah dari golongan pendakwah sendiri. Sedangkan perkara ini sangat dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya yang bermaksud,

“Tinggalkan perbantahan kerana sesungguhnya Bani Isra’il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A’zhom. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah sawadhul a’zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh Allah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan di kala orang ramai berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.” (Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu’jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda’, Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa’ dan Anas bin Malik)

Lagi, “Sesiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya ” (Sahih Bukhari)

Jika pembaca sedari di dalam penulisan saya yang lepas, saya sudah menulis sebuah artikel yang bertajukSalafi dan Khalafi: Antara Salah Faham dan Realiti Semasa, di dalam petikan  artikel tersebut saya ada menyatakan bahawa,

“Ada yang bersetuju dengan aliran Salafi daripada aliran Khalafi atau sebaliknya serta menghormati aliran Khalafi,  ada juga yang ber’wasatiyah’ iaitu memandang kepada nilai yang positif daripada kedua-dua aliran, tidak kurang juga yang berbaki daripada pecahan itu adalah yang fanatik pada satu-satu aliran sahaja sehingga menganggap aliran lain adalah sesat dan salah. Pecahan kumpulan yang terakhir tadi sebenarnya adalah salah satu punca kerosakan yang amat besar dalam masyarakat kerana ia boleh merosakkan orang lain di samping membawa fitnah yang buruk ke atas agama Islam itu sendiri.”

Apa yang saya ingin maksudkan daripada petikan artikel di atas ialah kesan daripada pecahan kumpulan yang terakhir iaitu mereka yang bersifat agresif dan fanatik pada satu-satu golongan sehingga meng’KAFIR’kan ulama’-ulama’ muktabar seperti Dr Yusof Al-Qorodhawi dan aliran-aliran yang tidak sama dengan mereka, sehingga bertindak dengan lebih melampau lagi  apabila mereka menghalalkan pertumpahan darah sesama Islam atas alasan bahawa yang dituduh kafir tadi mereka sudah terkeluar daripada Islam. Maka topik inilah yang menjadi tajuk utama perbincangan kita pada kali ini supaya kita tidak terperangkap serta lebih berhati-hati  dengan fikrah dan dakyah yang dibawa oleh mereka.

Setelah mendengar kupasan daripada beberapa orang Prof. dan Dr di Universiti Yarmouk, maka dengan persetujuan daripada mereka, saya berani untuk tampil dan mengupas antara penyelewengan-penyelewengan yang ada di dalam kumpulan ini.

Saya tidaklah tujukan penulisan ini kepada pengasas dan ahli kumpulan ini, biarlah Allah SWT mengadili perbuatan mereka. Cukuplah memberitahu bagi mereka yang ingin tahu, kerana apa yang saya risaukan adalah budaya ini tersebar dalam kalangan masyarakat, maka pada masa itu semakin sukar untuk kita mencari nilai titik persefahaman. Ya, sangat bahaya, bayangkan apabila semuanya menjadi musuh, maka amat sukar untuk kita berdamai ketika darah umat Islam menjadi halal sesama sendiri. Cukuplah dengan persengketaan yang ada, walaupun masih lagi ada ruang dan peluang yang boleh dicari titik persefahamannya dengan izin Allah SWT.

Sejarah Ringkas Pengasas
Disandarkan kumpulan Ahbash ini kepada pengasasnya iaitu Abdullah Al-Harori, Al-Harori ini adalah nisbah kepada wilayah Haroro di Negara Habsyah. Maka daripada Haroro, dia telah datang ke negara Syam pada tahun 1950.
Apabila sampainya di negara Syam, dia telah menyebarkan  akidah yang sesat di wilayah Syiria, maka ramai daripada sebahagian ahli sufi yang terpengaruh dengan ajarannya serta menerimanya. Lantas diketahui oleh alim ulama’ Syiria mengenai penyebaran ajarannya, maka mereka telah bersemuka dengannya, mendedahkan penyelewengan ajaran yang dibawa olehnya kepada orang ramai.

Selepas didedahkan penyelewengan itu, dia telah membawa diri ke Lubnan dan terus menetap di sana, sesampainya di sana, dia telah memperdayakan ramai orang bahawa dia telah dihalau dari negaranya Habsyah dan dibenci oleh masyarakatnya sehingga dia telah diberi gelaran (Syeikhul Fitnah). Di samping itu, dia telah menyertai dan meminta bantuan daripada musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap jemaah-jemaah Islam dan ulama’ulama’ Islam yang muktabar.

Fahaman Dan Pemikiran Ahbash Yang Subversif (merosakkan)

1.   Mengkafirkan

Kegemaran mereka adalah sangat gemar mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka terutama alim-alim ulama’, mereka selalu mengkafirkan ramai orang sehingga kita boleh kenal mereka dengan ‘Jemaah Takfir’. Mereka mengkafirkan ulama’-ulama’ yang muktabar seperti Imam Ibnu Khuzaimah iaitu dengan menuduh kitab tauhidnya sama dengan kitab syirik, mempertikaikan Imam Az-zahabi. Tidak terlepas juga yang dituduh kafir adalah Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Imam Ibnu Kasir, Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi.

Sehingga mereka menuduh kafir Syeikh Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab di lidah-lidah mereka pada setiap pagi dan petang. Ulama’ Muaasirun (hari ini) juga tidak terlepas dari tuduhan kafir, antara mereka adalah Syekh al-Bani, Prof. Dr Yusof Al-Qorodhawi, Bin Bazz, Ibnu Usaimin, Said Sabiq, Mutawwali Sya’rawi, Dr Said Ramadhan Al-Bouti, Syed Qutub dan ramai lagi jika hendak disenaraikan.

2.   Membunuh, menyerang, dan mengasari sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka.
Antara tuduhan yang dilemparkan kepada mereka:-

a)   Disyaki membunuh mufti Lubnan yang lalu iaitu Syeikh Hasan Khalid. (Kematian Syeikh apabila keretanya terkena letupan bom ketika keretanya melalui kawasan tersebut pada 11 Syawal 1409H bersamaan 16 Mei 1989)
b)   Disyaki membunuh Syeikh Dr Subhi Soleh. (Soheb Muallifat al-Qimah)
c)   Membunuh Usamah al-Qossos. (Salah seorang pendakwah di Lubnan)
d)   Disyaki terlibat dalam pembunuhan Rofiq al-Hariri. (Ketua Kerajaan Lubnan yang lalu) seperti apa yang dinyatakan di dalam laporan (milis).
Mereka ini juga terlibat dalam beberapa siri keganasan yang berlaku di negara Syam terutamanya Lubnan.

3.   Mereka Bersekutu Dan Bergabung Bersama Syiah Terutamanya Hizbullah Di Lubnan Selepas Keluar Daripada Syiria
Ahbash bersetuju dengan Syiah Rowafed dalam melakukan fitnah dan mencaci sesetengah sahabat  Nabi Ridhwanullah ‘alaihim. Maka dengan demikian, hampir samalah pekerjaan antara mereka dan Syiah dalam menyebarkan fahaman Syiah. Seperti yang kita tahu bahawa mencaci sahabat adalah permulaan tersebarnya fahaman mazhab Syiah dan kebangkitan al-Khominiyah di negara Sunni.

4.   Ahbash  Juga Bertanggungjawab Dalam Menyebarkan Penyelewengan Melalui Jalan Ar-rifai’yah dan An-naqsyabandiyah As-sufiyah.

5.   Ahbash Juga Gemar Menganggap Bahawa diri Mereka Adalah Dari Golongan Wasatiyah Dan Adil.

Kepelikan al-Habshi, bersalahan yang sangat ketara di dalam permasalahan Aqidah Dan Feqah. Antaranya:
1.   Syirik dan Khurafat, melampaui batas dalam ilmu ketuhanan
Kita sedia maklum bahawa ijma’ umat Islam beriktiqod dengan ayat yang bermaksud: “sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Baqoroh:20), akan tetapi al-Habsyi beriktiqod bahawa Allah SWT bukan berkuasa ke atas sesuatu pun, malah Allah SWT hanya berkuasa pada kebanyakan perkara sahaja, bukannya setiap sesuatu sepertimana yang disebutkan di dalam kitabnya al-Aqidah As-saniyah m/s 40.

2.   Sesungguhnya semua orang Islam beriman bahawa mayat-mayat di dalam kubur hanya akan dibangkitkan setelah hari kiamat tiba seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.” (al-Mukminum:16). Akan tetapi al-Habsyi beriktiqod bahawa mayat-mayat akan keluar daripada kubur mereka untuk menunaikan hajat bagi sesiapa yang memerlukan mereka.” Sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab mereka ‘Bughyah al-Tolib:7 edisi pertama’, kitab ‘Sorih al-Bayan: 57’, dan kitab al-Dalil al-Qowim:173). Maka mereka menggalakkan manusia agar berdoa di kubur dan meminta bantuan kepada si mayat.

3.   Kita sedia maklum bahawa Allah SWT menyuruh kita meminta perlindungan kepadanya daripada tipu daya Syaitan seperti mana di dalam firmanya yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-A’rof:200) dan juga di dalam surah al-Fussilat: 36. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Jin: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” Al-Jin:6. Sedangkan al-Habsyi memberi fatwa bahawa harus meminta pertolongan selain daripada Allah SWT seperti ‘Aku meminta pertolongan dengan si fulan seperti Nabi SAW’ sebagaimana di dalam kitabnya ad-Dalil al-Qowim m/s 173, kitab Soreh al-Bayan m/s 57-62 edisi ke-2 tahun 1994 di m/s 156.

Mereka Berdusta Di Dalam Kecintaan Kepada Nabi SAW
Al-Habsyi tidak mengambil berat terhadap riwayat hadis-hadis yang sahih yang sabit daripada Nabi SAW, kita wajib mengetahui bahawa meriwayatkan hadis yang sahih adalah tanda orang yang jujur, akan tetapi mereka telah berdusta dengan hadis Nabi SAW iaitu dengan mendakwa bahawa Allah SWT menyuruh malaikat Jibril a.s di hari kelahiran Nabi SAW untuk menyebarkan minuman kepada penduduk langit dan bumi. Maha suci Allah SWT daripada perbuatan itu, sedangkan kita mengetahui bahawa para malaikat tidak makan dan tidak minum seperti apa yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Al-Habsyi  Memperlekehkan Sahabat-Sahabat Nabi SAW
1.   Tidak dapat disangkal lagi bahawa sahabat Nabi dari Khulafa’ ar-Rasyidin yang empat, mereka adalah sahabat yang mulia dan besar di sisi Nabi Saw. Akan tetapi al-Habsyi telah meragukan umat Islam terhadap keyakinan itu dengan menyatakan bahawa “Sesiapa yang mengingkari Abu Bakar as-Siddiq sebagai sahabat, maka dia kufur. Ada pun bagi mereka yang mengingkari Umar, Othman dan Ali daripada kalangan sahabat yang afdhal, maka dia tidak jatuh kufur” boleh lihat di dalam kitab ‘Bughyah at-Tolib m/s 32 ’ edisi yang pertama.

2.   Bukan itu sahaja, malah al-Habsyi juga memperlekehkan penulis wahyu Rasulullah SAW iaitu Muawiyah R.A dengan menyatakan bahawa “Hati Muawiyah tidak memiliki rasa takut dan taqwa kepada Allah SWT, sesungguhnya dia adalah lelaki yang penipu.” Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 102. Siapa boleh mengetahui soal hati manusia melainkan Allah SWT, tetapi mereka telah melemparkan satu pendustaan yang besar terhadap sahabat Nabi SAW.

3.   Bahkan al-Habsyi telah mendakwa bahawa siapa yang membunuh Saidina Ali R.A adalah Bughah, walaupun mereka itu dari kalangan sahabat. Ini disebut di dalam kitabnya ‘Bughyatu al-Toleb m/s 352’, malah mereka mendakwa bahawa sesiapa yang membunuh Ali R.A daripada kalangan sahabat, mati dia adalah mati jahiliyyah, dan menyifatkan perbuatan Aisyah R.A dalam menyerang Sayidina Ali R.A sama dengan perbuatan maksiat. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 86. Jika kita sedar bahawa mereka mempunyai banyak persamaan dengan Syiah.

Penyelewengan Mereka Terhadap Masalah-Masalah Feqah
1.   Kita sedia maklum bahawa Islam telah mengharamkan perjudian, tetapi al-Habsyi memberi fatwa bahawa harus mengambil harta orang kafir melalui jalan perjudian. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 133.

2.   Mereka menggalakkan akhlak yang keji dalam kalangan perempuan dan muhrimnya iaitu adik atau abang, pakcik, dan selainnya, mereka mengharuskan agar muhrim perempuan tadi melihat payudara dan perutnya kerana itu bukan aurat di antara muhrim, mereka juga mengatakan boleh melihat bahagian itu sesama perempuan tanpa bersebab. Mereka mendakwa bahawa kadar aurat perempuan dan muhrimnya adalah daripada perut hingga ke lutut, ada pun pendapat yang menyatakan atas daripada kadar itu adalah pendapat yang lemah. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb m/s 368 edisi pertama dan edisi kedua m/s 290.

3.   Al-Habsyi mengharuskan bagi lelaki melihat apa sahaja dari tubuh wanita ajnabiyah dengan syarat tidak menaikkan syahwat. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb 288.

4.   Membolehkan bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan di dalam tarian. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan 144.

5.   Menggugurkan kewajipan zakat ke atas duit kertas. Bughyah al-Toleb m/s 160-169, edisi yang terbaru m/s 207.

6.   Al-Habsyi memberi fatwa agar harus mengambil riba daripada orang kafir, katanya: “Saham-saham di bank adalah milik orang kafir, bahkan yang mengasaskannya juga  adalah orang kafir, maka kita boleh ambil faedah daripada itu jika kita mahu.” Rakaman suara.

7.   Dibolehkan mengambil harta orang kafir melalui jalan perjudian kerana pada hari ini tiada lagi kafir Zimmi, yang ada hanyalah kafir Harbi. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 133.

8.   Menfatwakan bahawa najis daripada kutu dan pepijat adalah najis yang tidak boleh dimaafkan, sesiapa yang solat dan terkena padanya, maka solatnya batal sama ada tahu atau pun tidak tahu. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb m/s 87.

Itu adalah antara pendapat-pendapat yang menyeleweng yang dikeluarkan oleh al-Habsyi. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh guru saya iaitu Dr Usamah al-Ghonimin, Pensyarah di kuliyah Usul Fiqh Universiti Yarmouk.

Antara ulama’-ulama’ dan perbadanan yang telah mengatakan bahawa Ahbash adalah sesat
1.   Dr Wahbah Az-zuhaili
2.   Dr Ramadhan al-Bouti
3.   al-Syeikh Tajuddin al-Hilaly
4.   al-Syeikh Abu Muhammad al-Maqdisi
5.   al-Syeikh Abu Qotadah Umar Bin Mahmud
6.   Dr Yusof al-Qorodhawi
7.   Fatwa Dari Markaz Fatwa laman islamweb.net
8.   al-Syeikh Hamid Bin Abdillah al-Aliy
9.   al-Syekh Abdul Aziz Bin Bazz
10.  Lembaga Fatwa Arab Saudi
11.   Dr Fikri Ismail (Kementerian Wakaf Mesir)
12.   Dr Mohd Mahrus al-Mudarris (Islam-online.net)
13.   Dr Munir Jumuah
14.   Lembaga Fatwa Mesir
15.   Dr Ahmad Shalabi

Berikut adalah ulasan yang diberikan oleh al-Syekh Hamid Bin Abdillah al-Aliy mengenai Ahbash

Maksudnya: “Saya memohon maklumat terperinci daripada tuan tentang kumpulan Ahbash, apakah telah ada fatwa tentang kumpulan ini? Apakah mereka itu kumpulan yang sesat ataupun tidak?”

Jawapan dari al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-’Aliy (Pensyarah Peradaban Islam di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait.).

Alhamdulillah wassolatu wassalam ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi wa ba’du:

al-Ahbash adalah satu kumpulan sesat yang dinisbahkan kepada Abdillah al-Habasyi. Zahir di Lubnan, dan mereka mengambil kesempatan daripada kejahilan dan kefakiran yang berlaku di Lubnan kesan dari peperangan yang berlaku di sana untuk menyebarkan seruan menghidupkan manhaj-manhaj Sufiah yang batiniyyah bertujuan merosakkkan aqidah dan memecah-belahkan kesatuan umat Islam.

Pengasas kepada kumpulan ini ialah Abdullah Muhammad al-Harari al-Habasyi, dia belajar agama di sana (di Habashah) dan telah mengadakan bai’ah (janji taat setia) dengan tarikat al-Tijaniyyah. Dia juga berbai’ah dengan Tarikah al-Rifa’iyyah, kemudian dia berhijrah ke Syiria dan Lubnan. Ketika di Habashah, Abdullah al-Harari pernah bekerjasama dengan pemerintah Indraji di Habashah “Sahr Hilasilasi” menghapuskan persatuan-persatuan Islam tahfiz al-Quran di bandar Harara yang membawa kepada hukuman penjara dan buang negeri ke atas Pengetuan Sekolah, Ibrahim Hasan selama 23 tahun. Semua ini menyebabkan para pendakwah dan para syeikh yang berada di Harara melarikan diri ke Saudi dan Mesir. Kerana itu Abdullah al-Harari (pengasas kumpulan Ahbash) dikenali disana dengan sifat al-Fattan (pembawa fitnah) atau Syeikh Fitnah.

Demikianlah keadaannya (al-Harari) apabila dia berada di Lubnan, dia bekerja untuk menyebarkan fitnah sama seperti yang dilakukannya di tempat asalnya dan menyebarkan kepercayaannya yang rosak, termasuk syirik, menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat Allah, menyebarkan fahaman murjiah, Jabariah, tasawwuf batiniyyah dan syiah rafidhah, mencela para sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-Mukminin ‘Aisyah melakukan maksiat dengan melanggar perintah Allah swt dengan fatwa-fatwa yang ganjil.

Antara pengikutnya ialah Nizar al-Halabi (نزار الحلبي), beberapa orang public figure seperti timbalan parlimen ‘Adnan al-Tarobalasi (عدنان الطرابلسي) dan calon mereka yang lain seperti Toha Naji (طه ناجي) yang menerima suara sokongan kebanyakan dari penganut kristian, kerana janji mereka menghapuskan fahaman Islam fundamental. Akan tetapi dia tidak memperoleh kejayaan. Demikian juga dengan Hasan Qarqira timbalan presiden Jam’iyyah al-Masyari’ al-Islamiyyah, Kamal al-Huth, ‘Imaduddin Haidar, Abdullah al-Barudiy dan individu-individu yang menyeliakan peralatan penyelidikan dan menuskrip seperti al-Muassasah al-Thaqafiyyah lil Khidmaat dan Markaz al-Abhath wa al-Khidmaat. Mereka juga kebelakangan ini telah memulakan mentahkik kitab-kitab turath, dengan tahkikan jahmiyyah. Mereka juga melakukan muslihat dengan menggunakan nama ganjil yang tidak dikenali walaupun dikalangan para penuntut ilmu seperti mereka menulis : “Telah berkata al-Hafidz al-’Abdari di dalam dua dalilnya (قال الحافظ العبدري في دليليه).” Mereka menyembunyikan kepada orang ramai, sehingga orang ramai akan menyangka al-Hafidz yang dimaksudkan ialah dari kalangan ulama yang masyhur seperti al-Hafidz Ibn Hajar ataupun al-Nawawi, sebaliknya al-Hafidz itu ialah syeikh mereka sendiri al-Harari, mereka nakalkan dari kitabnya al-Dalil al-Qawim sebagai contohnya.

Kepercayaan-Kepercayaan mereka

1. Mereka mendakwa mereka bermazhab al-Syafie di dalam fiqh dan i’tikad, akan tetapi hakikatnya mereka jauh dari mazhab al-Syafie.

2. Mereka menganggap ringan berhukum dengan hukuman buatan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah. al-Habasyi (Abdullah al-Harari) berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah dalam dirinya dan tidak melaksanakan sedikitpun kefardhuan Allah dan tidak menjauhi perkara-perkara haram, sebaliknya dia pernah mengucapkan walau sekali seumur hidup la-i-la-ha-illallah, maka dia seorang muslim dan digelarkan juga sebagai seorang beriman yang berdosa.” (al-Dalil al-Qawim. m.s. 9-10).

Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murjiah yang sesat.

3. al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk memohon dari kubur, memohon pertolongan dari kubur dan memohon ditunaikan hajar dari kubur. Ini kerana kumpulan Ahbash mempercayai orang-orang yang telah mati itu akan keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang yang telah mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka. Sama juga mereka mengharuskan memohon perlindungan kepada selain Allah, dan menyeru mengambil berkat dari beberapa batu. (Kitab al-Dalil al-Qawim, 173).

4. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan hadith-hadith yang lemah dan palsu, yang menyokong mazhab mereka. Kerana itu mereka menghukum banyak hadith yang sahih sebagai dhaif kerana tidak menyokong mazhab mereka. Perkara ini jelas di dalam kitab mereka al-Maulid al-Nabawi.

5. Abdullah al-Harari al-Habasyi telah mengkafirkan beberapa orang ulama umat Islam. Dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah. Dia menjadikan perkara pertama yang wajib ke atas setiap mukallaf ialah beriktikad akan kekafiran Ibn Taimiyyah, dan dia benar-benar memberi peringatan supaya menjauhkan kitab Ibn Taimiyyah. Demikian juga al-Imam al-Zahabiy yang di sisinya (al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia juga menganggap al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seorang penjenayah, pembunuh dan seorang kafir. Dia juga mengkafirkan al-Syeikh al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h. Mengkafirkan al-Syeikh Sayed Sabiq, dan menganggap syed sabiq sebagai seorang Majusi yang kafir, dia juga mengkafirkan Syed Qutb sepertimana yang disebut oleh al-Harari di dalam kitabnya al-Nahju al-Sawiy fi al-Radd ‘ala Syed Qutb wa Tabi’ihi Faisol Maulawi.

6. al-Harari menyeru kepada tarikat Naqsyabandiyyah dan Rifaiyyah

7. al-Harari juga memiliki beberapa fatwa yang ganjil yang berpendapat harusnya membuat helah dalam agama dan berpendapat melihat, bercampur dan bersalaman dengan perempuan yang ajnabiy itu tidak mengapa, bahkan dia mengatakan wanita boleh keluar rumahnya dengan berwangi-wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui suaminya.

8. al-Harari mengharuskan jualan dan belian budak yang merdeka. Dia juga membolehkan orang ramai meninggalkan bayaran zakat dengan wang kertas dan mendakwa wang kertas tidak ada kaitan dengan zakat yang wajib dengan emas dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan riba, mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis. (Bughyah al-Tolib: 99)

9. al-Harari juga telah menimbulkan fitnah di Amerika dan Kanada dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah, dan menjadikan mereka menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam. Mereka juga berkeyakinan bumi bukannya berbentuk globe seperti yang dimaklumi, sebaliknya bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk setengah buah oren. Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah menunaikan solat.

Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah mengeluarkan fatwa yang berbunyi: “Sesunguhnya kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.” (nukilan daripada al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah 1/430, dengan sedikit ubai suai)

Dengan ini diketahui bahawasanya kumpulan ini (Ahbash) adalah satu kumpulan sesat yang dicurigai yang ganjil dan wajib berhati-hati daripadanya.

Boleh lihat ulasan ini di laman web rasminya di sini dalam bahasa arab.


Ini Adalah penulisan oleh Dr Asri pada tahun 2008 semasa beliau menjadi Mufti Perlis, beliau juga dituduh kafir

Mufti Perlis S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyebut di dalam akhbar Utusan Malaysia 20/1/08:

“Di Lebanon lahirnya puak yang dinamakan Ahbash. Pengasasnya seorang habsyi yang bernama Abdullah al-Harari. Beliau dikenali juga dengan al-Fattan, maksudnya penyebar fitnah. Beliau mendakwa berpegang kepada akidah asy’ari, bermazhab syafi’i, serta bertarikat. Beliau telah membentuk satu mazhab yang begitu ekstrim sehingga mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sama dengan kefahaman-kefahaman yang beliau anjurkan.

Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibn Qayyim, Dr Yusuf al-Qaradawi, Mutawalli Sya’rawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Muhammad bin Abdul Wahhab, Syed Qutb dan berbagai lagi. Juga mengkafirkan mijoriti umat Islam khususnya Arab Saudi. Berlaku huru-hara di Lebanon disebabkan sikap suka berbalah mazhab Ahbash ini sehingga mereka dikaitkan dengan pembunuhan bekas Presiden Rafiq Hariri.

Di Australia, tiga puluh enam persatuan Islam membantah sikap ekstrim mereka yang menimbulkan perbalahan di kalangan umat Islam di sana. Asas golongan Ahbash ini adalah berbalah berhubung dengan ayat-ayat sifat Allah dan berbalah sesiapa yang enggan terikat dengan satu mazhab dan berbagai kekarutan yang lain. Para ulama di peringkat antarabangsa telah menyenaraikan mereka ini dalam ajaran sesat. Itulah yang diputuskan oleh Mufti Mesir, Arab Saudi, Australis, Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr Ahmad Shalabi dan lain-lain.

Malangnya, mereka mula bergerak dan menyebarkan fahaman mereka di negara kita melalui bekas-bekas penuntut kita di sana dan buku-buku yang diedarkan. Apa yang ingin saya sebutkan, dalam keghairahan sesetengah pihak di negara kita menentang kebangkitan pemikiran pembaharuan ke arah Islam yang lebih terbuka, rasional dan dinamik, mereka menggunakan puak Ahbash ini untuk berceramah ke sana sini.

Jika di negara arab mereka mengkafirkan Dr. Yusuf al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang lain, di Malaysia anak-anak buah Ahbash ini mengkafirkan insan biasa seperti saya dan sesiapa yang mereka pilih. Fitnah seperti biasa menjadi teras utama mereka. Atas alasan terlalu terbuka dalam menerima keluasan pandangan, lalu saya pun dikafirkan. Saya katakan kepada ustaz-ustaz ini, negara ini adalah negara yang aman. Pendekatan apabila berbalah mengkafirkan orang adalah melampaui batas yang akhirnya akan membawa kepada kekacauan dan keadaan yang menakutkan.”

Vedio: Kata-kata Dr Wahbah az-Zuhaili Dan Dr Yusof al-Qorodhawi Mengenai Ahbash
Nasihat Dari Dr Wahbah az-Zuhaili Video Pendek (2.10 minit)

Pautan Link Yang Boleh Kita Lihat Dengan lebih Mendalam mengenai Ahbash. Antaranya:
1.   Anti Ahbash (Dua Bahasa:Arab Dan English)
2.  Bank Ahbash (Menghimpun fatwa-fatwa dan pembuktian kesesatan ahbash)

Akhirnya, saya tidaklah tujukan penulisan ini kepada pengasas dan ahli kumpulan ini, biarlah Allah SWT mengadili perbuatan mereka. Cukuplah memberitahu bagi mereka yang ingin tahu, kerana apa yang saya risaukan adalah budaya ini tersebar dalam kalangan masyarakat, maka pada masa itu semakin sukar untuk kita mencari nilai titik persefahaman. Ya, sangat bahaya, bayangkan apabila semuanya menjadi musuh, maka amat sukar untuk kita berdamai. Cukuplah dengan persengketaan yang ada, tetapi masih lagi ada ruang dan peluang yang boleh dicari titik persefahamannya dengan izin Allah SWT.

Saya hanya mengharapkan keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Sentiasa berdoa agar umat Islam ini bersatu dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah dalam kerangka yang sahih.
Sekian,

kesesatan akidah syiah dan perangkapnya di dalam dakwah


Segala puji bagi Allah swt yang mentadbir sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.
Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada para pembaca semua mengenai kesesatan golongan SYIAH di dalam akidah dan kepercayaan serta perangkap liciknya di dalam dakwah. Hal ini kerana, jika kita melihat balik tentang realiti yang berlaku pada umat islam, mereka masih terkeliru dan kabur dengan dakyah dan agenda busuk yang dibawa oleh syiah. Mereka menganggap bahawa mereka sama sahaja seperti kita, masih solat dan melakukan perkara yang ada di dalam islam.
Namun, kita tidak sedar bahawa merekalah punca di antara punca yang besar yang memecahkan umat islam semenjak dari zaman khalifah lagi. Seperti yang kita sedia maklum bahawa dalang yang membawa ajaran ini adalah seorang berasal dari kalangan Yahudi yang berasal daripada yaman, namanya Abdullah bin Saba’. Pengkhianat ini telah datang ke madinah Al-munawwarah untuk mempelajari islam serta menghisap darah umat islam dari dalam ketika itu. Lantas pengkhiatan ini berlaku sehingga berlaku pembunuhan seorang khalifah, iaitu khalifah Othman bin Affan r.a. Ajaran ini telah disebarkan di seluruh negara-negara arab sewaktu ketika itu. Mereka menganggap bahawa Sayidina Ali r.a setaraf dengan tuhan dan percaya bahawa imam 12 adalah Maksum (tiada dosa) setaraf dengan makam para nabi dan rasul. Begitulah serba sedikit mengenai sejarah ringkas yang dilakukan oleh syiah pada zaman awalnya. Renungkan pula apa yang berlaku di Iraq pada hari ini, masjid-masjid Sunni diroboh, lelaki dan perempuan yang bernama sahabat (Aisyah atau Umar) dirogol dan dibunuh, golongan yang berpegang kepada Sunni dibunuh dan dicaci dan pelbagai lagi yang mereka lakukan di sana sehingga sekarang.
Syiah mempercayai imam-imam yang telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Hal ini dinyatakan di dalam kitab Aqaid al-imamiyah oleh ulama syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:
Terjemahannya:
Akidah Kami Tentang Imam Itu Telah Sabit Secara Nas.
Kami (syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah swt atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang talah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa nabi saw pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abi talib sebagai amirul mukminin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Bagina telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang islam pada hari ghadir, lalu baginda bersabda: Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Allah yang menjadi ketuanya. Wahai tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang telah menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada.
Syiah mempercayai pengganti Rasulullah saw ialah Sayidina Ali. Kemudian Sayidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya hasan, hasan pula mewasiatkannya kepada hussain sehinggalah kepada Imam 12 Al-Mahdi Al-Muntazar. Ia merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi bermula daripada nabi adam sehinggalah nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-syiah Wa usuluhu oleh Muhammad bin Husain Ali Khasyif al-Ghita’, hal. 136.
Ulasan mengenai petikan di atas.
Tidak terdapat sebarang nas dari al-Quran atau Hadis-hadis sahih yang jelas maksudnya bahawa Sayidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah saw. Oleh sebab itu, para sahabat telah bersetuju dan bersepakat melantik Sayidina Abu bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja kewafatan Rasulullah saw dan Sayidina Ali pun sendiri telah bermubaya’ah dengan Sayidina Abu bakar.
Berikutnya, syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa kecil dan dosa besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti para nabi. Pada iktikad mereka, imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar syiah di dalamkitab Awail al-maqalat yang dipetik oleh Muhammad jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan. Hal. 38.
Terjemahannya:
Ismah ialah sesuatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapat pujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumnya dan sampai ke martabat yang tidak melakukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara sempurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-maqalat bab perbincangan mengenai imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sama seperti nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab imam syiah imamiah, kecuali sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka.
Ulasan mengenai petikan di atas.
Jelas terdapat dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbiya’ sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat’i. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud:
Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quraan) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (An-najmu ayat 3 dan 4)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-ahzab ayat 21)
Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu membersihkan hatinya dengan agama yang didapatinya daripada kamu. Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (Abasa ayat 1-4)
Itulah di antara bukti-bukti yang telah dilakukan oleh golongan syiah di dalam akidah. Sebenarnya masih banyak lagi bukti yang ingin saya bawakan kepada para pembaca semua mengenai kesesatan syiah, tetapi saya rasa biarlah ia secara berperingkat-peringkat.
Kesimpulan.
Kesesatan syiah telah menjerumuskan golongan orang yang rendah daya pengetahuannya terhadap islam. Mereka memasang perangkap yang sangat licik untuk membawa orang lain kepada fahaman tersebut. Antara perangkap licik mereka adalah seperti berikut:
1.       Mengajak kita untuk menyintai “Ahlul Bait”.
2.       Mereka akan menceritakan kisah-kisah dusta bagaimana “Ahlul Bait” ditindas hanya kerana untuk menyentuh emosi dan membuatkan kita menangis.
3.       Syiah akan membuatkan kita meragui pegangan kita selama ini.
4.       Syiah akan menyuntik perasaan dendam dan secara tidak langsung mereka akan melatih kita untuk berbunuhan dan menyebabkan pertumpahan darah.

http://fikrahhalaqah.com/

Keganasan Yahudi dalam Lembaran Sirah


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani dan setinggi-tinggi syukur dilafazkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kita sebagai seorang hambaNya pada hari ini. Kalam kali ini akan membicarakan “Keganasan Yahudi dalam Lembaran Sirah”. Sebagai pembuka kalam kali ini, ayuh kita hayati terlebih dahulu sebuah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud,
“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehinggalah kamu menurut agama mereka (yang terpesong itu).”
Dunia hari ini telah digemparkan dengan pelbagai jenis keganasan yang telah dilakukan oleh orang Yahudi ini. Tetapi kalam kali ini hanya akan mengimbas kembali lembaran sirah berkenaan keganasan yang dilakukan oleh orang Yahudi ini sejak dahulu lagi.
Selepas peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Rasulullah SAW telah mula mengatur hubungan diplomatik dengan masyarakat bukan Islam. Antara masyarakat yang paling hampir dengan Madinah ialah orang Yahudi. Tujuan Baginda mengatur perjanjian tersebut adalah untuk memperoleh keamanan dan kedamaiansecara menyeluruh.
Tetapi setiap kali perjanjian dimetarai diantara orang Yahudi dengan orang Islam ketika itu, orang Yahudi sendiri yang telah mengkhianati dan mencabuli sesuatu perjanjian tersebut kerana inilah suatu hakikat yang tidak dapat disangkal lagi iaitu sikap orang Yahudi yang suka menipu, mengkhianati dan membelot telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui dengan menimbulkan kekacauan dan huru-hara dengan tujuan untuk menggoyahkan perpaduan umat Islam. Antara perbuatan khianat yang dilakukan oleh orang Yahudi di dalam lembaran sirah seperti:
1.       Melakukan provokasi dan gangguan terhadap orang Islam
Orang Yahudi seringkali melakukan provokasi dan gangguan psikologi terhadap orang Islam yang bertujuan untuk memecahbelahkan orang Islam. Sifat cemburu mereka apabila melihat kemesraan yang terjalin antara sesama Muslim inilah yang menjadi pendorong kepada mereka untuk melakukan provokasi terhadap orang Islam.
Suatu hari Shas bin Qays, yang merupakan seorang Yahudi tua yang sangat membenci Islam telah bertemu dengan sahabat Nabi daripada kalangan Aus dan Khazraj yang sedang berkumpul dan berbual mesra dalam suatu majlis. Melihat kemesraan dan hubungan yang baik antara sahabat Nabi itu, timbul perasaan benci dalam dirinya lalu dia melakukan beberapa tindakan seperti:
a)      Mengungkit kembali kisah permusuhan antara Aus dan Khazraj ketika sebelum dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW.
b)      Menghantar seorang anak muda Yahudi ke dalam majlis yang dihadiri oleh kaum Aus dan Khazraj demi mengungkit kembali peperangan Bu’ath dan kisah-kisah silam sebelumnya agar golongan Aus dan Khazraj kembali bersengketa dan bermusuhan.
Tindakan keji yang telah dilakukan oleh Shas ini telah mengakibatkan:
a)      Kaum Aus dan Khazraj mula bertelagah dan saling bermegah dengan kehebatan antara satu sama lain.
b)      Dua orang lelaki daripada dua pihak (Aus dan Khazraj) mula marah dan berbalas kata sehinggakan mereka sanggup dan bersedia untuk menghidupkan semula perang saudara yang pernah wujud sebelum ini.
Walaupun ketegangan mula kelihatan, perancangan Yahudi tua tersebut telah gagal apabila Rasulullah SAW mengambil tindakan segera dengan berjumpa golongan Aus dan Khazraj serta memberikan nasihat kepada mereka.
2.       Gangguan terhadap umat Islam: Kisah seorang Muslimah dengan Yahudi
Suatu hari seorang perempuan Muslim pergi ke pasar Bani Qainuqa’ dengan membawa hasil tenusunya lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas. Kemudian datang beberapa orang Yahudi menganggunya.
“Buka penutup mukamu,” kata orang Yahudi tersebut. Perempuan itu lantas menjawab, “Tidak.” Si tukang emas yang merupakan seorang Yahudi  yang berada berdekatan secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu tatkala dia tidak menyedari, lalu disimpulnya sehingga ke bahagian belakang badannya. Apabila perempuan itu bangun, maka terbukalah pakaiannya dan terdedahlah auratnya.
Lalu orang Yahudi tersebut mentertawakannya. Lantas perempuan itu menjerit untuk meminta bantuan. Spontan datang seorang lelaki Muslim lalu menyerbu tukang emas tersebut lalu membunuhnya.
Orang Yahudi yang melihat kejadian segera melakukan serangan balas lalu membunuh lelaki Muslim tersebut. Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk menghadapi orang Yahudi tersebut. Maka berlakulah suatu pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’. (Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, jil. 2, hlmn. 47-48)
3.       Rancangan Membunuh Rasulullah SAW
Satu ketika Rasulullah SAW pergi ke perkampungan Yahudi Bani Nadir untuk meminta bantuan mereka atas diat (denda) dua orang Muslim yang terbunuh daripada Bani Amir, manakala yang melakukan pembunuhan ialah Amr bin Umayyah al-Dimari. Permintaan itu dilakukan disebabkan Rasulullah SAW telah mengikat perjanjian persahabatan dengan mereka.
Ketika Rasulullah SAW datang untuk menyatakan tujuan kedatangannya, mereka bersetuju. Namun ketika Rasulullah SAW duduk bersandar di dinding rumah mereka, mereka merancang untuk membunuh Baginda dengan menjatuhkan batu besar ke atas kepala Baginda. Tetapi Allah melindungi RasulNya daripada perancangan Yahudi tersebut dengan mengirimkan wahyu melalui malaikat Jibril berkenaan rencana jahat mereka.
4.       Pakatan untuk menghancurkan orang Islam
Yahudi Bani Nadir yang telah diusir keluar daripada Madinah atas kesalahan mereka sendiri, terus berdendam lalu telah bersepakat dengan Yahudi Bani Quraizah dengan memilih beberapa pemimpin mereka seperti Huyay bin Akhtab, Sallam bin Musykin dan Sallam bin Abi Huqaiq untuk menghasut orang Quraisy dan beberapa suku Musyrik yang lain. Mereka telah berpakat untuk membentuk sebuah pasukan al-Ahzab iaitu pasukan ketenteraan antara pasukan Musyrik dan pasukan Yahudi. Pasukan al-Ahzab ini telah diketuai oleh Abu Sufyan daripada kaum Quraisy Mekah.
Peperangan al-Ahzab memberi ancaman besar terhadap orang Islam yang telah terkepung, ditambah dengan tingkah laku golongan munafik yang cuba untuk menggoyahkan pasukan Islam. Berkat kesabaran dan kesepakatan orang Islam ketika itu, lalu Allah SWT mengirimkan malaikat dengan mendatangkan serangan berupa angin taufan dan petir yang memporak-perandakan pasukan al-Ahzab. Akhirnya, kesemua mereka lari meninggalkan medan perang dengan membawa pulang sebuah kekalahan.
Tuntasnya, inilah bangsa Yahudi yang secara terang-terangan melakukan jenayah dan mempamerkan kebiadaban mereka tanpa rasa takut. Lembaran sirah nabawi telah menjelaskan sikap sebenar orang Yahudi yang tidak akan sesekali redha kepada orang Islam. Keadaan ini berterusan sehinggalah sekarang. Sehubungan dengan itu, ayuhlah kita bersatu demi memperjuangkan agama Allah ini dengan memulakan menentang musuh dalaman kita sendiri iaitu nafsu agar apabila nafsu dapat kita kalahkan moga-moga kita akan lebih kuat dan gigih untuk menentang musuh yang nyata pula kelak.
Akhirul kalam, semoga artikel yang tidak seberapa ini dapat menyuntik kembali kesedaran kita berkenaan bangsa Yahudi ini. Semoga kita secara bersama mengambil manfaatnya.

HANYA DENGAN BISMILLAH…


Aku mesti menulis tentang Aurangzeb. Namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam harus dibersihkan. Sejak kecil aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah rendah.
Kata mereka dia adalah seorang tokoh kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah pada waktu itu aku menjadi seorang antara  ribuan orang Islam yang menyanjung Akbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.
Akbar tidak patut disanjung seperti yang ditonjolkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat bertimbang rasa, lembut dan pemaafnya sangat tidak kena pada tempatnya. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan menyediakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.
Dan kemungkaran terbesar yang dibuat oleh Akbar ialah mencipta agama Din Ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Ia juga terlalu memberi muka kepada penentang-penentang Islam dengan menarik semula pembayaran jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau ialah seorang mujahid yag tidak teragak-agak menggunakan senjata apabila keadaan memerlukannya. Sembahyang dan puasanya begitu banyak. Beliau mengharamkan arak, nyanyian-nyanyian, tari-tarian, gundik-gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul sebelumnya. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah membuktikan dengan beberapa peristiwa.
Satu ketika peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan kaum pemberontak  di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah ‘bertukar’ kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh.
Ternyata, tentera Islam tidak dapat menentang sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimanakah caranya? Bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan untuk menghadapi tentera-tentera musuh yang menggunakan sihir ini?
Aurangzeb adah yang sangat soleh. Beliau adalah seorang putera sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa jua keadaan. Dikumpulkannya semua tentera Islam dan pada setiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tidak siapa yang dibenarkan membuka kain yang terlipat itu sebelum tamat peperangan. Aurangzeb mengingatkan tenteranya supaya bertaqwa kepada Allah dan yakinlah selalu dengan bantuan Allah. Beliau juga berpesan supaya jangan gentar menghadapi sihir tentera musuh kerana kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendinding.
Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Bila tamat peperangan, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada senjata, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan pada kain yang diikat itu yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!
Satu tindakan berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik yang melalaikan. Sebarang bentuk hiburan selain zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya itu menimbulkan kejutan yang amat sangat dalam kalangan ahli-ahli muzik di negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati para pemerintah sebelumnya.
Namun, bagi Aurangzeb yang tegas berpegang kepada syariat, segala bentuk perkara yang haram tetap haram walaupun disukai ramai. Padanya, muzik yang melalaikan membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta asyik maksyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk(manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik(Allah).”
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dalam kalangan para pemuzik dan mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.
Akhirnya mereka bersepakat melakukan demonstrasi secara besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sebuah keranda yang besar untuk dibawa semasa perarakan. Dalam keranda itu mereka telah isikan semua alat-alat muzik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan para pemuzik di dalam negara India itu sangat banyak.
Pada hari yang ditetapkan, beraraklah beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis tersedu-sedu. Tangisan itu bergema di seluruh negara menghasilkan suasana yang pilu dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik. Keranda besar itu turut diusung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui rumah Aurangzeb. Mendengar tangisan yang mendayu-dayu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?”
Orang pun menjelaskan bahawa itulah perarakan para pemuzik. Aurangzeb pun keluar melihat perarakan itu dan terus nampak keranda besar yang diusung.
“Apakah yang diisikan dalam keranda besar itu?”
Orang menjawab, “Itulah muzik yang tuanku bunuh. Ia sudah menuju tempat pengebumiannya.”
Mendengar itu, Aurangzeb pun berkata, “katakan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah kebumikannya kerana aku dan rakyat ku tidak tahan lagi bau bangkainya!”
Jawapan ini sangat tegas dan tepat. Ahli-ahli muzik yang mengharapkan simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb yang sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja soleh itu, puas kerana telah menyelamatkan rakyatnya daripada kelalaian dunia hedonisme. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti terhadap apa yang dilakukannya pada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit, kerana itu selalunya ubat.
Dalam hidupnya dia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat-nasihat alim-ulama. Beliau sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasauf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana Mogul cantik dan mewah, Aurangzeb akan berada di situ sewaktu ada tugasan-tugasan rasmi sahaja. Rumahnya yang sebenar berada di tepi istana iaitu sebuah rumah kecil yang sangat sederhana.
Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Semasa menegakkan satu kerajaan yang kukuh, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah siapa sahaja yang kuat berpegang kepada hukum Allah.
Dalam masa pemerintahan juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Dengan tegas, beliau menukarkan nama kota Banares, kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai kubah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya apabila hasil pendapatan meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintaha Akbar.
Inilah antara usaha kecil ku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni sejarah hasil tulisan orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mencuaikan tanggungjawab sebagai khalifah Islam. Sedangkan Aurangzeb yang soleh itu dituduh kejam dan namanya ditenggelamkan dalam sejarah Islam.
Memang dia keras tetapi adakalanya kita memerlukan orang-orang yang keras untuk menjaga kesucian Islam. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al Farouk yang terkenal ketegasannya itu. Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati sanggup dibenci kerana menjaga kesucian agama.
Sebagai manusia biasa, Aurangzeb tentunya mempunyai kesalahan dan kelemahan. Semoga, baginda diampunkan Allah. Mungkin menyedari kelemahannya itu, baginda telah berkata, “Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta ku kepada Islam mata!”