Thursday, November 28, 2013

MAJLIS KHAS MUSLIMAT BERSAMA AL HABIB UMAR BEN HAFIZ (7 DEC)



MAJLIS KHAS MUSLIMAT BERSAMA AL HABIB UMAR BEN HAFIZ 
(Program Tertutup HANYA untuk MUSLIMAT - Tempat terhad)

Syukur ke hadrat Allah SWT program khas Muslimat bersama ulama terkemuka dunia yang julung2 kalinya diadakan di benua Asia ini, InsyaAllah akan diadakan pada:

Tarikh: 7 DEC 2013 = 4 Safar 1435H

Hari: SABTU

Tempat: DEWAN MUKTAMAR PUSAT ISLAM, JAWI,
Jalan Perdana, KL. ( Bersebelahan dengan Masjid Negara)

Masa Program:

1:30 pm : Pengesahan Pendaftaran
2:00 pm : Maulid dan Tausiyah
3:30 pm - 5:30 pm
TAUSIYAH KHAS OLEH AL HABIB UMAR BEN HAFIZ.

Tarikh tutup penyertaan: Sabtu, 30.11.13.

TIADA BAYARAN dikenakan.

Syarat-syarat dan permintaan pihak penganjur utama:

1. Mendaftar dengan memberikan nama, no. handphone, email dan alamat.
2. Muslimat berusia 15 tahun keatas sahaja. Kanak2 TIDAK dibenarkan.
3. Menutup aurat dengan baik.
4. Berpakaian longgar dan berwarna gelap.
5. Menjaga aurat, adab dan akhlak sebagai Muslimah sepanjang berada didalam majlis.
6. Tidak mengambil sebarang gambar.
7. Tidak meminta untuk tandatangan autograf dsb.

Muslimat yang ingin mendaftar dan bertanya boleh hubungi saya melalui 3 cara:
1.'Personal Message Facebook'
2. Wassapp : 01111880128
3. Emailkan : nib2211@live.com.my.

Program dianjurkan bersama oleh Darul Muhibbin dan Az Zahra KL dan disokong oleh Persatuan Ittihad Annur.
Jazakillah hu khair

Saturday, November 23, 2013

cerita dari sahabat Allahyarham Ahmad Ammar



Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mengenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan serta mem-promote-kan segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). Harap kepada siapa yang baca, bacalah sampai tamat. Maaf ia agak panjang dan akan mengambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tak tersusun.

Beliau antara student Malaysia terawal (beliau batch ke-2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student Malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, negara yang sering dilabel sebagai negara Eropah yang 'sakit'. Sepatutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dah la ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering , tengok-tengok ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu. MashaAllah! Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau,

Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, takde kuasa dunia yang lagi lama daripada tu, negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga, tu sejarah kita. Kita boleh kembalikan balik sejarah tu. Lepas tu kita ni dah belajar tinggi-tinggi, last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak control kita. Sebab tu ana ambil sejarah.

Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau.Beliau seorang yang sangat pendiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut.

Pernah sekali beliau bawa student Malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu nak beritahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong beritahu perempuan tu apa yang dia nk beritahu. Padahal beliau ada depan perempuan tersebut. MashaAllah, begitu sekali beliau menjaga dirinya.

Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada program apa-apa di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu-sapu, kadang-kadang masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu-sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. Sebab beliau pernah cakap,dulu masa kecik-kecik memang kuatlah main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis.

Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya, masa first time saya ngaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari-hari lain saya di asrama Turki), makan sama-sama, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis kt whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sek.menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku (buku-bukunya banyak yang dah rabak dan banyak tulisan menunjukkan yang memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun beritahu laa buku-buku dan article-article sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa-apa ikut bidang masing-masing.

Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full program dari pagi sampai malam. Kami dibahagi-bahagi ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau beri, oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih V ar Mı?' yang bermaksud 'Fatih ade ke?'. Sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu, beliau seolah-olah jadi penceramah apabila segala gambar-gambar yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas-petugas muzium terangkan pada kami.

Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,

Ana ni bukannya reti Arab.

Semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa Arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab "Syria" (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai turn beliau ditnya, beliau jawab "Maliziya", terus tak dapat masuk. Alhamdulillah, beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata,

Ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kahwin dah ni, tak tahu sebab apa.

Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). Kemudian takde apa-apa berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sikit-sikit)

Kenapa pemuda-pemuda kat sini berani betul dan nak syahid?

Driver tu jawab,

Pemuda kat sini dah tak pandang dah harta-benda dan wanita-wanita, diorang semua hanya tunggu Syurga dan bidadari Syurga, sebab tu diorang nak syahid.

Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata,

Awak ni boleh mati syahid ni.

Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh' oleh saudara Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi. Kami semua gelak dan kata,

Anta ni kuat sangat bergurau.

Namun hari-hari berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang perempuan, tiada apa-apa yang dirasainya.

'Ajeeb!!!

Pernah juga beliau minta pada saya,

Anta tolong ngaji time ana kahwin nanti ye.

Sy pun jawab sambil tersengih,

Dah dekat ke? Dengan orang mana?

Beliau jawab,

Ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang Bosnia.

Katanya sambil berseloroh. Beliau juga cakap,

Nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun anta tolong ngaji juga sikit paling-paling pun Qul huAllah pun ok la.

Saya pun jawab,

Tak yah laa cakap-cakap macam tu.

Beberapa hari sebelum beliau pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca.Turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya saya macam mana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawa jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih dari biasa.
HasbunAllahu wani'mal wakeel! Wallahi, tak saya sangka-sangka itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Beliau pergi meninggalkn kami dan ummah buat selama-lamanya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah ambulan kena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulan Turki laju macam mana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau.

Ketika jenazahnya disolatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakannya sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecturer-lecturer pun tak datang universiti semata-mata untuk bersama solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada makam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan, tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah! Ketika itu, kawan-kawan universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. Dalam video, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali ke-2 dan ke-3 saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau. Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum,

Nanti baca lama-lama lagi.

Saya terdiam, hati saya kata 'pakcik ni tak rasa sedih ke?', saya lebih emosi dari bapa beliau ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat beliau pergi, turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebatang pokok yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti tertera "AHMET AMMA R, BİZ ÇOK SEV İY ORUZ" yang bermaksud "Kami amat merinduimu, A hmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala,

Ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini.

Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB, surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman,

"Sesungguhnya Allah membeli orang-orang mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."

Cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau tetap telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya. Kalau dulu orang sebut 'Fatih var mı?' pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. Ramai di antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki.

Namun kuasa Allah, rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki di samping menjalinkan hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki. Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!! Moga dengan hanya menonton video ramai lagi pemuda-pemuda yang akan mengikut jejak wira Uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui beliau.

"Abang Long Ammar Ağabey. Seni çok seviyorum."

Doakan beliau ditempatkan bersama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013

İSTANBUL,TÜRKİYE

Tuesday, November 19, 2013

Program Cuti Sekolah No.1 Malaysia, Aulad Quran 2013



USAH BIARKAN CUTI SEKOLAH ANAK ANDA SIA-SIA

Isikannya dengan ilmu dan pengalaman yang bermanfaat di Program Cuti Sekolah No.1 Malaysia, Aulad Quran 2013 bersama pendakwah terkenal Ustaz Don dan ramai lagi.

Antara modul-modul utama yang telah disusun rapi untuk keperluan anak anda;

-GPS Niat : Setiap Amalan Itu Bermula Dengan Niat
-Kenali Allah : Sumber Kekuatan Tertinggi (Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah)
-Remaja Yang Disayangi Allah
-Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih
-Indahnya Al-Quran
-Solat Cara Nabi Muhammad SAW (Termasuk Mandi Wajib, Wuduk & Tayammum
-Redha Ibu Ayah Kunci Ke Syurga
-Zikir Fikir (Rujukan Kitab RiyadhusSolihin Karangan Imam Nawawi)
-Rasulullah In My Heart
-Bila Zina Jadi Biasa

DAFTAR SEGERA DAPATKAN HARGA PROMOSI

Program Cuti Sekolah No.1 Malaysia Kini Kembali !
2-12 Disember 2013 (Isnin-Khamis)
8.30 pagi- 5.30 petang
Dewan MBSA Seksyen 7 Shah Alam.

TERBUKA UNTUK
Sekolah Rendah (Tahun 4,5&6)
Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
Lihat jadual penuh di sini, http://auladquran.blogspot.com/p/artikel.html

Harga Asal RM 399

DISKAUN HEBAT SEHINGGA 22 DISEMBER 2013
Individu RM 319
Berkumpulan RM 299/peserta

DAFTAR SEGERA SMS <DAFTAR AQ><NAMA PESERTA> HANTAR KE 0134044989

Rehlah Dakwah Al-Habib Umar bin Hafiz


Monday, November 18, 2013

Syria Care: Bantuan Musim Sejuk







KEMPEN PAKAIANKU MENDAHULUI KE SYURGA

Kasut musim sejuk adalah salah satu barang yang anda boleh sumbangkan sempena kempen ini. Pihak SYRIA CARE sedang melaungkan panggilan kecemasan buat seluruh umat Islam di seluruh Malaysia bagi menyahut panggilan saudara-saudara Islam kita di Syria. Dengan situasi kebuluran makanan sehingga terpaksa memakan daging anjing dan kucing, kini mereka diuji lagi dengan musim sejuk. Ujian buat mereka dan ujian buat kita. Mahukah kita menyahut panggilan mereka atau berlalu pergi tanpa sebarang tindakan?

Mereka memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Kasut musim sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:
1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900

2) No 37 A, Jalan 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
*Ustaz Rosli Mokhtar 0192773912

Bersama-sama kita membantu dan menyelamatkan nyawa mereka insyaAllah..

Monday, November 11, 2013

doa kepada pengantin



Assalamualaikum wbt

Sekadar perkongsian pendek yang nur dapat ketika mendengar tazkirah daripada seorang ustaz di tv tadi.
Ada benarnya kata ustaz tersebut mengenai tujuan kita mengadakan kenduri kahwin adalah untuk menyebarkan khabar tentang perkahwinan kita dan mendapatkan doa daripada mereka.

Tetapi realiti pada masa sekarang pengantin sibuk dengan hal mereka sahaja.Berapa ramaikah tetamu yang benar-benar datang bersalam dan mendoakan kedua-dua mempelai tersebut?Pasti lebih kurang daripada jumlah sebenar tetamu yang hadir bukan?

Akhirnya dan kebiasaanya tetamu yang datang hanya datang bersalam dan menyampaikan doa kepada ibu dan bapa pengantin.Kerana itulah perkahwinan mereka lebih kukuh.Dah tersalah bagi doa pada orang. ^_^
Jadi apa salahnya jika kita nanti di hari perkahwinan kita,kita makan sedikit sahaja dahulu dan terus pergi menyambut tetamu-tetamu yang datang dan ingin pulang.Pasti banyak doa yang dapat kita kumpulkan.Sesi bergambar dan lain-lain tu boleh ditangguhkan dahulu kn? ;)

#semoga nur dapat apply kan perkara ini ketika walimah nur nanti dan semoga bakal suami nur nanti memahami dan menyokong niat nur ni.aaminn. =) (bila dan siapa itu masih menjadi rahsia Allah)

Sunday, November 10, 2013

random post

we don't used to be a sweet loving couple,
we always fight for every second that we've been together,
we fight like the world is going to be end,
but deep down in our heart we know that we love each other for this "ukhwah".

# eventhought we always showed our annoyed face, but the hidden truth is "uhibbuki fillah abadan abada" 


Bisu yang Bersuara


Kata orang, komunikasi tahap tinggi ialah kemampuan kita mendengar sesuatu yang tidak diperdengarkan. Komunikasi tanpa suara, begitulah istilah yang mungkin paling tepat untuk menamakan komunikasi jenis ini. Mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan mata dan hati. Berikan hubungan mata, jalinankan rasa hati. Itulah maksud mendengar yang hakiki. Jika tidak, kita masih dikira ‘tuli’ dalam perhubungan sesama suami-isteri.
“Dah berapa kali saya nyatakan… tetapi awak macam tak faham. Tak faham atau tak mahu faham?”
Begitu selalu kita dengar kemarahan seorang suami.
“Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”
Begitu pula luapan kekecewaan seorang isteri.
Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.
 Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.
“Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?” kata suami yang berang.
“Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.   
Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun diperdengarkan akhirnya, tetapi semua telah terlewat. Sudah jadi jeritan, bukan bisikan.
Beringat-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut, kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi, tumpang isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya. Jadi…
 Dengarlah bila isteri berbisik, “bang, dengarlah suara hati saya… sampai bila hubungan kita akan renggang begini?”
Jika tidak kita akan mendengar jeritan:“Bang, muktamad ceraikan saya!”
Mungkin ini yang dimaksudkan dengan kata-kata: Kalau cinta luahkan, kalau benci berterus-terang. Ah, tidak semudah itu. Lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri, justeru sering terjadi, orang yang paling berpotensi untuk kita benci ialah orang yang pernah paling kita sayangi. Nauzubillah! Ah, agaknya kerana itulah kekadang ada yang jadi terlalu pesimis dengan perkahwinan sehingga sanggup mengatakan, perkahwinan itu adalah kuburan percintaan!
Suatu hari saya pernah saya bertanya, apakah yang diperlukan oleh isteri saya. Dia senyum. Diam. Saya jadi buntu. Niat hati, kalau dia berani menyuarakan, nanti saya tak segan-segan menyuarakan isi hati saya pula. Ini konsep, “ first seek to understand than to be understood”. Tapi sukarnya memahami hati wanita… Berbicara bukan melalui kata dan suara tetapi lebih pada lirikan mata dan lenggokan gaya. Bahasa tubuh, kata orang sekarang.
Lama saya tunggu, hari-demi hari, minggu demi minggu. Isteri masih tidak bersauara.
“Kenapa?”
“Tak kan tak tahu…”
Jawapan ‘tak kan tak tahu’ itu menyebabkan saya semakin tidak tahu.
‘Tak kan tak tahu’ menunjukkan jawapan itu ada. Dan jawapan itu terlalu dekat dan nyata. Tapi biasalah, sesuatu yang terlalu dekat biasanya sukar dilihat. Cuba kita rapatkan kedua-dua belah tangan ke mata, rapat dan lebih rapat lagi… akhirnya pandangan kita terhadapnya akan menjadi terlalu samar. Kita tidak akan nampak lagi. Ya, mungkin suara hati isteri terlalu dekat, maka kita menjadi semakin tuli untuk mendengarnya.
“Kita membina hidup atau kehidupan?”
Saya kaget sebenar. Beza antara ‘life’ dan ‘living’ terlalu besar.
“Kedua-duanya,” jawab saya.
“Tapi mana yang lebih penting?”
“Kehidupan,” jawab saya pendek.
“Apa bezanya hidup dan kehidupan?” soalnya lagi.
“Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih-sayang, cinta dan kemesraan.”
“Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?”
Saya panik. Terasa diperangkap.
“Err… teman hidup dalam kehidupan,” saya membetulkan.
“Tahu pun!” bidasnya pantas.
“Apa mahu isterimu?” Dia bertanya lagi.
“Kasih sayang, kemesraan, pembelaan, kemaafan, keadilan…”jawab saya.
“Itulah kehidupannya. Sebaliknya apa yang kamu berikan selama ini?”
Saya jadi serba-salah.
“Hanya makanan, pakaian, kenderaan, rumah, wang… Itu semua untuk hidup, bukan untuk kehidupan,” tingkahnya sinis.
“Tapi saya juga inginkan itu semua darinya. Saya juga inginkan kehidupan bukan semata-mata hidup.”
“Ingat prinsip ini baik-baik: Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.”
“Maksudnya saya perlu memberi sebelum menerima?”
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Itu hukum kasih-sayang. Untuk orang mencintai kita, kita dahulu mesti menyintai orang. Itu hukum kasih-sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan.”
(Begitu dialog diri saya dengan diri sendiri – monolog)
Saya terus bermonolog…
Ah, sukarnya memenuhi kegala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin kita mahu, tapi tidak mampu. Mungkin kita mampu, tetapi tidak mahu. Ini lebih sukar. Ya, apabila difikir-fikirkan, masalah tidak mahu lebih sukar diatasi daripada tidak mampu. Ramai isteri yang tidak mahu memenuhi kemahuan suami dan begitu juga ramai suami yang tidak mahu memenuhi kemahuan isteri. Mahu bukan soal fizikal dan material tetapi soal fikiran, hati dan perasaan.
“Senyum bila berdepan dengan suami…” pesan para ulama untuk isteri.
Mampu? Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tetapi berapa ramai isteri yang mampu tersenyum di depan suami.
“Peluk isteri sekurang-kurangnya 5 kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya, semata-mata melahirkan kasih sayang,” kata pakar motivasi untuk suami.
Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai para suami? Tak banyak, tetapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya.
Al hasil, semuanya kembali kepada Allah. Barangsiapa yang memenuhi keperluan-Nya akan ada kemahuan dan kemampuan untuk memenuhi keperluan sesama manusia. Jadi, jangan kemahuan kita yang didahulukan… dahulukan perintah Allah. Allah tetapkan ketaatan seorang isteri hanya untuk suaminya. Allah mahukan pembelaan seorang suami hanya untuk isteri. Itulah hakikatnya ‘kemahuan’ Allah yang sebenarnya Dia tidak mahu… kerana segala ‘kemahuan-Nya’ hanya untuk manfaat hamba-Nya. Dia Maha Kaya!

Tuesday, November 5, 2013

terapi ketenangan

Hanya dengan mengingati Allah,kita akan mendapat ketenangan.Sudah biasa mendengar ayat ini bukan?

Saya pernah mendengar ceramah di mana penceramah tersebut menyaakan tentang bagaimana kita mahu merasa dekat dan mengingati Allah.

Salah satu dari caranya adalah dengan melihat alam semulajadi seperti laut,gunung,langit.Ianya kerana ciptaan-ciptaan tersebut adalah terus dari Allah.Kerana itulah jiwa kita mudah tenang apabila kita melihat ciptaan-ciptaan tersebut.kerana itulah penciptaan langsung dari Allah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Mengaguminya samalah seperti mengagumi kebesaran Allah. =)

Ini salah satu video yang saya suka dengar ketika sedang study.mungkin anda boleh cuba mendengarnya. ;)


Ayat-ayat Hijrah

Al Anfal 74-75:
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Al Hasyar 8:
(Juga) bagi para fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridaan (Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.
An Nahl  41-42 :
Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui,
(yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakal.
Al  Nahl 110:
Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
At Taubah 20:
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Al Baqarah 218:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
At Taubah 117:
Sesungguhnya Allah telah menerima tobat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima tobat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka,
At taubah 100
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
An Nisa 98-100:
kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita atau pun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah),
mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ali Imran 195:
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”
At taubah 20-22
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keridaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.