Monday, January 27, 2014

jangan beribadah seperti ibadah orang sakit!

Nikmat sihat.Berapa ramaikah yang benar-benar menghargai dan bersyukur dengan nikmat kesihatan yang ada?Berapa ramaikah yang benar-benar memanfaatkan nikmat kesihatan untuk mendapatkan keredhaan Allah?

Aku baru sahaja pulih dari demam panas,batuk dan selsema yang agak teruk selama seminggu.Ketika aku sakit, aku dapat rasakan betapa rugi dan sia-sianya nikmat kesihatan yang telah Allah berikan kepadaku selama ini.

kenapa??

Kerana ketika sakit, amatlah susah bagiku untuk benar-benar fokus dan membuat ibadah tambahan selain yang wajib.Kekuatan yang selama ini aku tidak peduli benar-benar jatuh merosot.dengan tiba-tiba badan yang sihat dan segar selama ini terkulai layu,lemah tidak berdaya.Ku cuba gagahkan diri untuk melawan tetapi akhirnya aku sedar akan kelemahan diri ini.Ketika ini aku benar-benar merasai lemahnya diriku ini sebagai seorang hamba.Dengan bantuan ubat dan berjumpa doktor sekalipun tidak akan mampu melawan kekuasan Allah yang Maha Kuasa.

Ketika itu aku merasakan betapa aku telah mensia-siakan waktu sihatku kerana tidak cuba melakukan  lebih banyak ibadah dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika beribadah.Ketika aku sedang sakit,aku cuba untuk memberi tumpuan ketika beribadat tetapi tidak mampu kerana badanku sangat-sangat lemah.Aku merasakan seperti orang yang sekadar mahu melepaskan tanggungjawab sahaja ketika bersolat.Alangkah sedihnya yang ku rasakan ketika itu.Sedih bukan kerana aku tidak khusyuk tetapi sedih dengan kejahilan dan kezaliman diriku sendiri.

Baru kini aku benar-benar tersedar betapa aku telah lama menzalimi diriku sendiri.Aku membandingkan ibadahku ketika aku sedang sakit dan sihat.Apa yang beza?itu yang amat-amat menyedihkan diriku.kerana..amatlah sedikit perbezaannya!Aku tidak mampu untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.Dan nikmat kesihatan yang aku ada tidak aku gunakan untuk membuat ibadah tambahan dengan lebih banyak setaraf dengan nikmat sihat yang aku punyai.Aku masih lalai dan seronok mengejar keseronokan dunia.Allahu rabbi. :'(

Aku merasa amat bersyukur dengan ujian sakit yang telah Allah timpakan kepadaku selama seminggu tersebut.Ia umpama satu tamaparan kesedaran kepada diriku untuk mempertingkakan lagi ibadah ku dan juga pemahaman ku kepada erti sebuah perjuangan dalam Islam.Selama manakah lagi kesempatan waktu yang Allah akan beri kepadaku untuk membuat ibadah?Tiada siapa yang tahu.maka aku berharap biarlah ibdahku ketika sihat adalah lebih baik berbanding waktu sakitku!bahkan berganda-ganda lebih baik!itu baru layak dikatakan sebagai ibadah orang sihat.

seringkali kita diberitahu tentang kepentingan golongan pemuda kepada agama Islam.kenapa kekuatan umat Islam sering dikaitkan dengan golongan pemudanya?kerana nikmat kesihatan dan kekuatan pemuda itu.dengan kesihatan yang baik dan masih mempunyai tenaga yang kuat,kita mampu untuk melakukan banyak ibadah dan perkara yang mampu memartabatkan Islam lebih tinggi dan cemerlang.

merujuk kembali dari sebuah artikel yang telah dibaca tadi.seorang ayah telah bertanyakan kepada anaknya,
"manakah yang lebih penting.mencari ilmu yang lebih luas atau makan dan minum?"
lalu anaknya menjawab,
"semuanya bergantung kepada niat.jika makan dan minum itu dicari dengan niat untuk mempunyai kesihatan yang baik bagi mencari ilmu dan melaksanakan tugas khalifah di muka bumi ini, bersumberkan pula dari sumber yang halal maka makan dan minum itu juga merupakan suatu ibadah dan perlu diutamakan."

# jagalah kesihatan kita dengan niat untuk beribadat kepada Allah.
# yang sihat janganlah beribadah seperti orang sakit
# yang sakit bukanlah bermakna anda terlepas daripada melakukan ibadah
# hargailah nikmat kesihatan sementara masih ada

Tuesday, January 14, 2014

salam maulidur rasul


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu


# Ya Rasulallah,kami merindui mu.aku merindui mu. :'(
allahumma solli ala muhammad

Monday, January 13, 2014

random post














indah sungguh ciptaan Allah jika kita melihatnya dengan penuh rasa bersyukur dan penuh rasa kehambaan.betapa hebatnya kebesaran Allah.allah,allah,allah,betapa aku ini hamba Mu yang sering terlupa mengucapkan betapa bersyukurnya aku sebagai hamba Mu.betapa bersyukurnya aku dengan nikmat kurniaan Mu.masih aku ingat lagi kata-kata dari seorang ustaz yang menyatakan bahawa,jiwa kita akan rasa tenang dan dekat dengan Allah apabila memandang laut,gunung,langit kerana apa?kerana ia adalah penciptaan langsung dari Allah.bukti kekuasaan Allah tanpa campur tangan dari sesiapa.benar.memang benar. =)

dulu pernah aku terfikir bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi seorang photographer bebas.travel seluruh dunia untuk mengambil gambar nature.terasa sangat bahagia dan tenang sangat bila berada dekat dengan alam semulajadi.

tapi perancangan kita hanyalah perancangan seorang hamba.perancangan Allah itu yang lebih berkuasa dan terbaik.bila cita-cita tidak direstui keluarga,maka bertukarlah cita-cita.ingin berbakti menjadi doktor.tetapi cita-cita terkandas lagi ketika sekolah menengah.hati ini terlalu mudah terasa.terasa dengan kesakitan yang dialami orang lain.lalu nekad untuk menguburkan cita-cita yang sudah digenggam kemas selama 5tahun.

ku alihkan kepada geologist kerana hati ini masih cinta akan alam.namun ditentang oleh guru kerana dikatakan tidak sesuai dengan diriku sebagai wanita.lalu ku kuburkan sekali lagi cita-citaku dan aku pasrah.redha dengan apa jua jalan yang bakal ditetapkan buat ku daripada yang Maha Esa.

takdir telah membawaku ke jalan yang sedang aku lalui sekarang.sebagai seorang akauntan.insyaAllah.dalam masa setahun sahaja lagi aku akan menamatkan pengajianku di peringkat ijazah.bila dikenangkan kembali sudah jauh tersasar dari apa yang sebenarnya aku minat dan hajati tetapi hati ini yakin.yakin pasti ada kebaikan dan hikmah disebalik semua ini. :')

namun,cinta ku kepada alam,tumbuh-tumbuhan dan haiwan memang sudah diibaratkan seperti nafas yang ku hela sehari-hari.mungkin kerana hati ini sangat mencintai ketenangan dan kedamaian.sehinggakan ketika temuduga pengawas semasa sekolah dahulu aku telah menjawab soalan daripada guru yang bertanyakan "apakah yang kamu impikan?",jawapan yang ku berikan ketika itu hanyalah "kedamaian".

insyaAllah,akan ku teruskan cita-citaku untuk mengembara mengelilingi dunia melihat kebesaran Allah yang sangat banyak dan luas itu suatu hari nanti.bersama seseorang yang turut sama berkongsi rasa cinta ini dan juga yang berkongsi kecintaan kepada "Nya".aaminn ya rabbal 'alamin. =)




Thursday, January 9, 2014

Aktiviti Ziarah Ke Kampung Orang Asli Batu 14, Gambang.setiap ahad malam



Aktiviti Ziarah Ke Kampung Orang Asli Batu 14, Gambang.

Program mingguan ini diadakan setiap hari Ahad, dari jam 7.00pm sehingga 9.30pm bertujuan untuk memberi dan menyampaikan ilmu mengenai Islam kepada masyarakat tersebut. Kampung ini merupakan kampung angkat Hidayah Centre yang diamanahkan oleh MUIP.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk bermuayasyah disamping menyampaikan ilmu-ilmuberkaitan. Sasarannya bukan hanya orang dewasa, malah kanak-kanak turut disantuni. Kehadiran kanak-kanak dan remaja adalah menjadi kebiasaan pada setiap kali lawatan kami.

Antara bahan yang pernah disampaikan ialah mengenai Sirah/Sejarah Nabi dan Rasul, Tauhid/Aqidah, Feqah, Hadith, Quran, dan sebagainya.

Jamuan makanan ringkas juga diadakan sekali-sekali bagi mengeratkan lagi hubungan antara wakil HC bersama penduduk setempat.

Untuk pengetahuan umum, masyarakat disini sangat dahagakan ilmu dan mereka sangat menanti-nanti dan sangat menghargai kedatangan murabbi2 yang sudi berkongsi ilmu terutamanya Islam dengan mereka. Hal ini kerana ada juga yang telah memeluk Islam, tetapi dia tidak mengetahui langsung mengenai kewajipan sebagai Muslim dan apa yang perlu diketahui mengenai Islam.

Oleh itu, kami sebagai wakil HC, mengalu-alukan sukarelawan atau sesiapa yang berminat dan ingin turut serta mendapat pahal-pahala free, jom ikuti ziarah ini. Tetapi, pastikan hubungi PIC yang tertera dahulu untuk maklum terkini..


Ini antara tugas2 yang dilakukan

1. ajar mengaji 


2. Menjadi fasi english games terhadap kanak2 muslim


3. Menjadi fasi fardu ain kepada jemaah muslim d surau


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=566121573475695&set=a.289709151116940.69952.135503223204201&type=1

Wednesday, January 1, 2014

walimatul urus ku pada tahun 2014

"azam tahun baru 2014 ni aku nak berkahwin la.", si A.

"aku pun!", si B.

"aku juga!", si C.

"hemmmm", si D.

"kenapa D?kamu tidak mahu berkahwin?"

"eh bukanlah.pastilah mahu."

"tapi kenapa muka kamu seperti tidak ceria sahaja?"

"aku bimbang,"

"bimbangkan apa?"

"aku bimbang jika aku tidak menjadi pengantin perempuan yang cantik nanti. aku bimbang aku bukan pengantin perempuan yang berseri-seri nanti. aku bimbang wajahku tidak menyenangkan nanti. aku bimbang tubuhku tidak dalam keadaan yang sempurna nanti. aku bimbang aku bukan pengantin perempuan yang terbaik.hemmm."

"amboi D.sudah ada calon ke?kenapa tidak khabarkan kepada kami? senyap-senyap sahaja sudah membuat persediaan ye.tak perlulah bimbang akan semua itu.aku tahu di salon mana kamu boleh dapatkan rawatan muka dan tubuh badan.pasti kamu akan jadi pengantin yang tercantik nanti!"

"hemmmm.semua itu tidak akan membantu."

"eh kenapa pula?aku berani jamin tempat yang aku mahukan syor kan ini memang yang terbaik!"

"masih belum cukup baik"

"apa yang belum cukup?"

"dia tidak mampu menjamin walau satu perkara pun ketika aku bakal menjadi pengantin nanti.kerana hanya amal ibadat dan keimananku sahaja yang mampu menjaga dan memeliharaku"

"apa maksud kamu D?"

"aku lagi memikirkan tentang urusan pernikahanku dengan kematianku.semakin hari semakin hampir.aku bakal dijemput sebagai pengantin perempuannya. ketika itu adakah walau satu salon pun di dunia ini yang dapat menyelamatkanku?adakah aku akan mati dalam keadaan wajahku terjamin berseri-seri?adakah ketika kematian itu menjemputku badanku dalam keadaan yang sempurna dan wangi?atau mungkin dalam keadaan yang teruk lagi hina?dapatkah kamu menjamin akan perkara itu kepadaku??"

"maafkan aku D. sungguh kami terleka dengan dunia.sedang kematian semakin meghampiri."

"tidak mengapa wahai sahabatku.sekurang-kurangnya kita masih belum terlambat untuk menyedari.ayuhlah kita persiapkan diri untuk menjadi PENGANTIN PEREMPUAAN TERBAIK DAN TERINDAH buat "nya"."