jangan beribadah seperti ibadah orang sakit!
Nikmat sihat.Berapa ramaikah yang benar-benar menghargai dan bersyukur dengan nikmat kesihatan yang ada?Berapa ramaikah yang benar-benar memanfaatkan nikmat kesihatan untuk mendapatkan keredhaan Allah?
Aku baru sahaja pulih dari demam panas,batuk dan selsema yang agak teruk selama seminggu.Ketika aku sakit, aku dapat rasakan betapa rugi dan sia-sianya nikmat kesihatan yang telah Allah berikan kepadaku selama ini.
kenapa??
Kerana ketika sakit, amatlah susah bagiku untuk benar-benar fokus dan membuat ibadah tambahan selain yang wajib.Kekuatan yang selama ini aku tidak peduli benar-benar jatuh merosot.dengan tiba-tiba badan yang sihat dan segar selama ini terkulai layu,lemah tidak berdaya.Ku cuba gagahkan diri untuk melawan tetapi akhirnya aku sedar akan kelemahan diri ini.Ketika ini aku benar-benar merasai lemahnya diriku ini sebagai seorang hamba.Dengan bantuan ubat dan berjumpa doktor sekalipun tidak akan mampu melawan kekuasan Allah yang Maha Kuasa.
Ketika itu aku merasakan betapa aku telah mensia-siakan waktu sihatku kerana tidak cuba melakukan lebih banyak ibadah dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika beribadah.Ketika aku sedang sakit,aku cuba untuk memberi tumpuan ketika beribadat tetapi tidak mampu kerana badanku sangat-sangat lemah.Aku merasakan seperti orang yang sekadar mahu melepaskan tanggungjawab sahaja ketika bersolat.Alangkah sedihnya yang ku rasakan ketika itu.Sedih bukan kerana aku tidak khusyuk tetapi sedih dengan kejahilan dan kezaliman diriku sendiri.
Baru kini aku benar-benar tersedar betapa aku telah lama menzalimi diriku sendiri.Aku membandingkan ibadahku ketika aku sedang sakit dan sihat.Apa yang beza?itu yang amat-amat menyedihkan diriku.kerana..amatlah sedikit perbezaannya!Aku tidak mampu untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.Dan nikmat kesihatan yang aku ada tidak aku gunakan untuk membuat ibadah tambahan dengan lebih banyak setaraf dengan nikmat sihat yang aku punyai.Aku masih lalai dan seronok mengejar keseronokan dunia.Allahu rabbi. :'(
Aku merasa amat bersyukur dengan ujian sakit yang telah Allah timpakan kepadaku selama seminggu tersebut.Ia umpama satu tamaparan kesedaran kepada diriku untuk mempertingkakan lagi ibadah ku dan juga pemahaman ku kepada erti sebuah perjuangan dalam Islam.Selama manakah lagi kesempatan waktu yang Allah akan beri kepadaku untuk membuat ibadah?Tiada siapa yang tahu.maka aku berharap biarlah ibdahku ketika sihat adalah lebih baik berbanding waktu sakitku!bahkan berganda-ganda lebih baik!itu baru layak dikatakan sebagai ibadah orang sihat.
seringkali kita diberitahu tentang kepentingan golongan pemuda kepada agama Islam.kenapa kekuatan umat Islam sering dikaitkan dengan golongan pemudanya?kerana nikmat kesihatan dan kekuatan pemuda itu.dengan kesihatan yang baik dan masih mempunyai tenaga yang kuat,kita mampu untuk melakukan banyak ibadah dan perkara yang mampu memartabatkan Islam lebih tinggi dan cemerlang.
merujuk kembali dari sebuah artikel yang telah dibaca tadi.seorang ayah telah bertanyakan kepada anaknya,
"manakah yang lebih penting.mencari ilmu yang lebih luas atau makan dan minum?"
lalu anaknya menjawab,
"semuanya bergantung kepada niat.jika makan dan minum itu dicari dengan niat untuk mempunyai kesihatan yang baik bagi mencari ilmu dan melaksanakan tugas khalifah di muka bumi ini, bersumberkan pula dari sumber yang halal maka makan dan minum itu juga merupakan suatu ibadah dan perlu diutamakan."
# jagalah kesihatan kita dengan niat untuk beribadat kepada Allah.
# yang sihat janganlah beribadah seperti orang sakit
# yang sakit bukanlah bermakna anda terlepas daripada melakukan ibadah
# hargailah nikmat kesihatan sementara masih ada

Comments
Post a Comment