Terperangkap

 

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan

Tetapi aku tidak mampu

Meluahkan begitu berat buatku

Menyimpannya juga begitu berat

Terkadang aku tertanya-tanya

Di mana silapnya

Di mana hikmahnya

Mengapa aku tetap terperangkap di dalam ruang ini

Ruang yang menyeksakan

Hati dan perasaan ku sejak dulu

Aku tidak pernah mengenal erti Bahagia

Bahagia itu terlalu dongeng buatku

Satu cerita yang begitu indah didengar

Namun tidak akan pernah dicapai

Walau di hujung gapaian rasa

Aku cuba untuk percaya

Tidak, sbenarnya lebih benar jika ku katakan ku memaksa untuk percaya

Memaksa untuk percaya bahawa Bahagia itu ada

Cuma hanya aku yang belum menemuinya

Aku cuba melawan rasa

Aku cuba melawan buruk fikiran ku tentang dunia

Namun masih juga aku berada di ruang yang sama

Aku cuba pergi

Pergi dari terus berada di ruang yang sama

Tetapi pengakhirannya aku tetap kembali ke sini

Ke lembah ruang sepi yang tidak aku ingini

Sampai bila aku harus terus berpura2

Memakai topeng ketawa

Yang bila aku menanggalkannya

Hanya wajah kosong yang terpampang

Kosong

Semuanya kosong

Aku cemburu

Cemburu melihat yang lain

Aku selalu mengimpikan aku seperti yang lain

Tapi

Itu semua hanya imaginasi ku yang tamak

Sampai bila aku akan mampu bertahan

Bertahan memakai topeng ini

Yang sangat ku inginkan utk ku buang

Tetapi aku tidak mampu

Kerana jika aku berhenti

Aku mati

Comments

  1. Bahagiakan dalam diri, bila rasa tenang itulah hakikat bahagia.

    Teruskan berjalan dalam menempuh liku kehidupan, siapa sangka sinar kebahagiaan hanya satu langkah dihadapan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts