Padanya Ada Ketenangan
Tika dirimu diajukan soalan
“mengapa bertudung lbuh? Tidak panaskah kamu? Tidak cemburukah
kamu dengan kecantikan kami? Tidak rimaskah kamu?”
Maka hiburkanlah hatimu duhai muslimah solehah
“tidak! Aku tidak pernah merasa kepanasannya kerana padanya
ada kenyamanan.”
“tidak! Aku tidak pernah mencemburui kamu semua bahkan aku
sentiasa berdoa agar kamu semua merasa apa yang aku rasakan. Bahagia. =)”
“tidak! Aku tidak pernah merasa rimas kerana padanya ada
keselesaan yang luar biasa.”
Padanya ada ketenangan,
Padanya ada kenyamanan,
Padanya ada perlindungan,
Padanya ada keberkatan,
Padanya ada kekuatan,
Padanya ada keselesaan,
Padanya ada kebahagiaan.
Tidakkah kamu bimbang dipanggil kolot? Tidak risaukah kamu
jika lelaki tidak berani mendekatimu? Tidak mahukah kamu dipuja-puja oleh
kecantikanmu?
Maka damaikanlah hatimu duhai muslimah solehah ku sayang.
“ tidak! Aku tidak pernah risau dipanggil kolot kerana aku
pernah merasa apa yang kamu rasa. Dan aku memilih secebis kain yang kamu
panggil kolot ini sebagai pakaianku sehingga mati. Kerana padanya ada
ketenangan. Aku tidak perlu lagi bimbang untuk mencari duit bagi membeli segala
macam jenis tudung yang sedang kamu semua gila-gilakan. Aku juga tidak perlu
lagi berdandan lama di hadapan cermin semata-mata ingin kelihatan cantik. Masaku
tidak dibazirkan. Begitu juga wang ku. Malah bonus bagiku kerana Allah sedang
melihatku sebagai hamba Nya yang sedang menjaga maruah dan auratku. Khas buat
suamiku.”
“tidak! Aku tidak risau jika tiada lelaki berani mendekatiku
bahkan aku bersyukur kerana aku terhindar dari gangguan-gangguan lelaki yang
berhawa nafsu tinggi. Jika kecantikan yang mereka lihat padaku maka selamanya
kah kecantikan itu mampu aku pertahankan? Tidak. Maka adakah aku bakal
ditinggalkan apabila aku sudah tidak cantik lagi nanti ketika usia meniti tua. Garis-garis
kedutan yang tidak mungkin mampu aku padamkan maka akan padamkah pula cinta
suamiku? Jika akhlak dan agamaku yang dia pandang maka selamanya ia akan kekal
abadi selagi aku masih menjadi isterinya yang solehah. Maka aku tidak perlu
risau lagi akan rumahtanggaku meskipun terdapat ramai lagi wanita cantik di
luar sana yang ingin menggoda zauj ku.”
“tidak. Aku tidak perlu dipuja-puja oleh lelaki kerana
kecantikan kerana kecantikanku khas buat suamiku. Biarlah aku berdandan dan
menggoda dengan suamiku agar tenang hatinya untuk meninggalkan ku ketika keluar
mencari rezeki kerana yakin aku akan menjaga kehormatan diriku dan suamiku. Apalah
guna aku dipuja ramai lelaki untuk sesuatu yang bakal hilang suatu hari nanti. Aku
akan tua dan kecantikan itu tidak selamanya berkekalan. Yang kekal adalah iman
dan taqwa.”
Wahai muslimah-muslimah yang saya kasihi. Tepuklah dada
tanyalah iman dan hati. Adakah kecantikan itu milikmu yang kekal abadi? Adakah puji-pujian
itu cukup buat hidupmu nanti? Apakah lelaki yang memujamu itu bisa memuja
wanita lain yang mungkin lebih cantik darimu? Tidak bimbangkah kamu?
Kalau tidak percaya dengan kehebatan tudung labuh ini maka boleh cuba buat ujikaji sendiri. Cubalah anda pergi ke majlis ilmu dan keluar di tempat orang ramai dengan bertudung labuh. Lihatlah bagaimana layanan yang akan diberikan kepada mu. Lihatlah di mana jatuhnya pandangan lelaki kepadamu. Lihatlah bagaimana secebis kain kolot itu mampu menjaga dan melindungi mu.
Carilah ketenangan dalam hatimu. Carilah keberkatan dalam
hidupmu. Carilah cinta yang satu. =)
wallahualam
Comments
Post a Comment