mehnah

Riuh kedengaran suara penghuni bumi dengan gelak tawanya

Tetapi seakan suatu kesunyian sedang membaluti diri

Ku perhatikan satu persatu wajah-wajah di hadapanku

Ada yang tersenyum,ada yang bermasam muka dan tak kurang juga yang sedang jauh mengelamun entah ke mana

Jauh pandangan ku layangkan

Merentasi langit membiru yang terbentang luas

Menembusi gumpalan awan yang sedang berarak perlahan mengejar antara mereka

Hembusan angin yang seakan malu-malu menyapa wajahku membuatku terbuai seketika

Nyaman dan selesa

Indahnya ciptaan Mu Ya Allah

Memikirkan kebesaran Mu membuat aku merasa begitu kerdil

Begitu hebat ciptaan Mu hingga tiada suatu pun yang terdapat cacat dan celanya

Bahkan sempurna dan bermakna

Maka nikmat Mu yang manakah lagi hendak aku pertikaikan?

Setiap helaan nafasku merupakan pinjaman dari Mu

Maka layakkah diri ini untuk mempertikaikan ketentuan Mu

Pandanganku kembali jatuh kepada wajah-wajah di hadapanku

Setiap dari kami pasti pernah diuji dan akan diuji

Tidak mungkin ada yang dibiarkan sepi tanpa sapaan kasih sayang Nya

Meskipun ujiannya berbeza itu adalah mengikut keupayaan manusia

Tidak sekali Allah menguji hamba Nya melebihi kemampuannya

Allah,Allah,Allah

Hati ini merintih pilu
Mengharapkan dakapan kasih Mu
Menagih kekuatan dari Mu
Memohon ketabahan dari Mu
Tika ujian itu datang menyapa
Tuntunkanlah langkah kaki dan hati ini di jalan Mu
Janganlah Engkau membiarkan aku sepi tanpa rahmat kasih Mu

Ya Allah
Tika bibir ini tidak mampu lagi mengukirkan senyuman
Engkau maniskanlah ia semula dengan janji Mu
Tika hati ini terasa pilu
Engkau hiburkanlah dengan nota-nota cinta Mu
Tika ketenangan itu bukan lagi milikku
Engkau hadiahkanlah petunjuk dan hidayah Mu

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Comments

Post a Comment

Popular Posts