mehnah
Riuh kedengaran suara penghuni bumi dengan gelak tawanya
Tetapi seakan suatu kesunyian sedang membaluti diri
Ku perhatikan satu persatu wajah-wajah di hadapanku
Ada yang tersenyum,ada yang bermasam muka dan tak kurang juga
yang sedang jauh mengelamun entah ke mana
Jauh pandangan ku layangkan
Merentasi langit membiru yang terbentang luas
Menembusi gumpalan awan yang sedang berarak perlahan
mengejar antara mereka
Hembusan angin yang seakan malu-malu menyapa wajahku
membuatku terbuai seketika
Nyaman dan selesa
Indahnya ciptaan Mu Ya Allah
Memikirkan kebesaran Mu membuat aku merasa begitu kerdil
Begitu hebat ciptaan Mu hingga tiada suatu pun yang terdapat
cacat dan celanya
Bahkan sempurna dan bermakna
Maka nikmat Mu yang manakah lagi hendak aku pertikaikan?
Setiap helaan nafasku merupakan pinjaman dari Mu
Maka layakkah diri ini untuk mempertikaikan ketentuan Mu
Pandanganku kembali jatuh kepada wajah-wajah di hadapanku
Setiap dari kami pasti pernah diuji dan akan diuji
Tidak mungkin ada yang dibiarkan sepi tanpa sapaan kasih
sayang Nya
Meskipun ujiannya berbeza itu adalah mengikut keupayaan
manusia
Tidak sekali Allah menguji hamba Nya melebihi kemampuannya
Allah,Allah,Allah
Hati ini merintih pilu
Mengharapkan dakapan kasih Mu
Menagih kekuatan dari Mu
Memohon ketabahan dari Mu
Tika ujian itu datang menyapa
Tuntunkanlah langkah kaki dan hati ini di jalan Mu
Janganlah Engkau membiarkan aku sepi tanpa rahmat kasih Mu
Ya Allah
Tika bibir ini tidak mampu lagi mengukirkan senyuman
Engkau maniskanlah ia semula dengan janji Mu
Tika hati ini terasa pilu
Engkau hiburkanlah dengan nota-nota cinta Mu
Tika ketenangan itu bukan lagi milikku
Engkau hadiahkanlah petunjuk dan hidayah Mu
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai
rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji
sejauh mana keimanan kita. Dan
kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita
supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan
yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
:)
ReplyDelete