Calling for charity!-teach for the needs theater







Teach For The Needs akan mempersembahkan FESTIVAL TEATER ANAK TFTN pada 23 Ogos nanti di PJ Live Arts.

Sebuah festival teater yang memaparkan 3 jalan cerita yang berlainan dan dipersembahkan oleh anak-anak di bawah naungan TFTN.

Sebanyak 3 buah rumah anak yatim akan bertanding dengan mempertaruhkan 3 buah cerita pendek yang berkonsepkan patriotisme, aksi dan pengembaraan, serta komedi & fantasi.

Persembahan adalah daripada:

1. PERISTIWA 45 oleh Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah Klang, Selangor
Rumah Anak Yatim Al-Khairiah akan mempersembahkan Peristiwa 45, sebuah adaptasi kisah orang Melayu di zaman penjajahan Jepun.
Dibintangi sepenuhnya oleh anak-anak yatim, persembahan ini diarahkan oleh pengarah berpengalaman, saudara Ahmad Fidza dibantu oleh Project Manager TFTN di sana, sdr Ahmad Zahiruddin

2. TRATA oleh Rumah Kasih Harmoni, Keramat
Rumah Kasih Harmoni Keramat akan mempersembahkan Trata, sebuah kisah Cinta, kisah perjalanan mencari manisnya hidup.
Dibintangi sepenuhnya oleh anak-anak yatim, pementasan ini diarahkan oleh saudara Asyraf Syahir dari Creept Production.

3. RENDANG NENEK oleh Baitul Muhabbah Tanjung Malim, Perak.
Rumah Anak Yatim Baitul Mahabbah, Tg Malim akan mempersembahkan Rendang Nenek, kisah mengenai Sudin.
Dibintangi sepenuhnya oleh anak-anak yatim, pementasan ini diarahkan oleh saudara Asyraf Syahir dari Muhammad Ilya Fikri dari Fakulti Seni Persembahan, UPSI.

Festival teater ini akan dirasmikan oleh Dato’ Saifuddin Abdullah pada jam 8.00 malam.

Tiket bermula dari RM 100, RM 200 serta RM 300. Hasil jualan tiket akan dimasukkan ke dalam Tabung Pendidikan TFTN untuk menampung perbelanjaan projek pendidikan di 18 rumah anak yatim di bawah seliaan TFTN seluruh negara untuk sesi 2015-2016.

Tajaan korporat juga diterima. Sila hubungi Rahan [nraihan.jasmani@gmail.com] atau Zamir [zfzamir@gmail.com] untuk maklumat lanjut.

*Maklumat lanjut layari - http://www.pjlivearts.my/?tribe_events=festival-teater-anak-tftn

Jumpa 23 Ogos nanti!


--
Teach for the Needs
W: http://teachfortheneeds.org/
FB: https://www.facebook.com/teachfortheneeds
T: TFTNOfficial
E: teachfortheneeds@gmail.com

Comments

Popular Posts