Keberkatan dalam rezeki



Teringat di dalam kelas tafsir Al-Quran di PNB bersama seorang ustazah khas dijemput untu mengajar setiap hari khamis tengah hari daripada PERKIM dahulu, ustazah tersebut ada menyentuh mengenai gaji kita sentiasa dirasakan tidak cukup walaupun gaji itu semakin banyak. Hal itu berlaku kerana kurangnya keberkatan di dalam rezeki tersebut, maka dirasakan yang ianya tidak pernah cukup.

Satu soalan yang amat menarik telah diajukan oleh beliau,
"Siapa yang bila dapat sahaja gaji sejak gaji pertamanya akan menunjukkan slip gajinya pada ibunya?"

Senyap....

"Inilah kita, sebagai seorag anak apa salahnya jika kita menunjukkan slip gaji kita pada mak kita dan katakan 'mak, inilah rezeki yang saya dapat untuk bulan ini.alhamdulillah.mak nak berapa duit daripada gaji saya ni?'
"ada tak yang berani menanyakan soalan sebegitu?"

senyap..

Berkiranya kita dengan mak sendiri kan? sedangkan ibu bapa kita telahpun berhabis duit selama membesarkan kita. Tak tahu sudah berapa juta yang dihabiskan. Tapi kita?

Gaji kita tidak pernah ditunjukkan kepada mereka, bahkan disorokkan lagi. Yang tahu hanya mengatakan "maaf mak,duit gaji bulan ni dah habis.Tak dapat nak bagi kat mak/tak dapat nak bagi banyak pada mak"

Tapi, JUJUR kah kita sebenarnya??

Mungkin disebabkan itu kita memang tidak pernah mempunyai gaji yang cukup selama ini. Gara-gara kerana kita berkira dengan orang yang paling banyak memberi kepada kita. Tidakkah kita tahu yang keberkatan hidup seorang anak itu adalah datangnya dari redha dan doa ibu bapanya?

Seorang ibu itu tidak akan mahu pun hendak meminta duit kamu sebenarnya jika kamu bertanya begitu. Tetapi soalan dan keprihatinan kamu itu yang sangat diperlukan dan cukup membahagiakan hatinya. Di situlah datangnya keberkatan ke atas rezeki kamu itu.

Ayuh semak diri kita semula...

Teringat saya pada seorang sahabat saya. Di mana dia sejak diploma sentiasa membahagikan 1/3 daripada duit biasiswanya kepada ibunya. Setiap kali duit biasiswanya masuk, dia akan segera memberitahu pada ibunya dan bertanya "mak nak guna berapa duit?" supaya senang untuk dibahagikan sebelum dia ingin guna. Buku banknya sentiasa ditunjukkan kepada ibunya tanpa diminta. Jika maknya hendak guna banyak maka akan diberikan berapa yang diminta oleh maknya dan duit belanjanya sendiri akan dikurangkan. 1500 yang diterima 500-maknya,500-yuran sem hadapan, 500-kegunaan sendiri.Walaupun ada temannya yang mendapat JPA sebanyak 3000 tetapi sentiasa tidak cukup dengan duit tersebut tetapi dia tetap mempunyai wang belanja yang cukup sehingga hujung sem.

Ketika peringkat ijazah juga dia mengamalkan cara yang sama. Setiap kali biasiswanya masuk dia akan tanya mak nya terlebih dahulu berapa yang ingin digunakan barulah lebihnya digunakan untuk dirinya. Begitu juga jika ada bantuan yang dimintanya seperti bantuan pelajar daripada negerinya. Semasa hendak mengisi borang itu dia telahpun memberitahu pada maknya dan memberitahu berapa jumlah yang akan diperolehinya nanti. Tidak pernah dia menyembunyikan setiap wang yang didapatinya daripada mak nya. Alhamdulillah, mungkin itulah keberkatan rezeki yang dia perolehi daripada sikapnya itu yang bukan sahaja cukup untuk dirinya tetapi juga cukup untuk mak nya,mampu juga membantu sedikit ketika kenduri perkahwinan abangnya bahkan juga mampu memberi bantuan kewangan kepada rakan-rakannya yang memerlukan.

Bila ditanya mengenai simpanan wangnya, dia hanya tersenyum dan menyatakan dia memang tidak pernah sempat untuk menyimpan kerana duitnya banyak dikeluarkan untuk memberi. Memberi kepada keluarga dan kawan-kawan. Mungkin itu juga petua bagaimana dia sentiasa merasa cukup dengan setiap apa yang dia miliki. Wallahualam.




Comments

Popular Posts