Orang-orang yang Terpedaya oleh Dirinya
Petikan teks daripada MINHAJUL ABIDIN WASIAT IMAM
GHAZALI edisi Bahasa Melayu
Orang-orang yang terpedaya oleh dirinya terbahagi kepada
empat golongan. Setiap golongan mempunyai beberapa bahagian lain. Imam Al
Ghazali dalam kitab Ihya’ nya telah membahaskan perkara ini dengan panjang
lebar, tetapi di sini saya akan mengemukan untuk satu golongan sahaja dan
secara ringkas sahaja.
Golongan Keempat:
Golongan hartawan yang antara lainnya ialah orang yang suka
bersedekah terhadap fakir miskin, tetapi menginginkan kesaksian orang ramai.
Fakir miskin yang disenangi ialah yang mahu menceritakan tentang kebaikan
dirinya serta memuji-mujinya. Mereka tidak mahu bersedekah dalam diamsebaliknya
mahu melakukannya di hadapan orang ramai dengan tujuan memberi tauladan dan
untuk mengetuk pintu hati orang lain agar melakukan kebaikan kerana pada
pendapat mereka apa yang penting ialah niat.
Terdapat juga golongan yang gemar menggunakan harta kekayaannya
untuk menunaikan haji, sedangkan ramai jiran tetangganya yang kelaparan. Berkaitan
dengan perkara ini, Ibnu Mas’ud berkata “Kelak pada akhir zaman, ramai orang
melakukan ibadah haji dengan mudah, tetapi mereka tidak akan mendapat pahala
kerana dia tidak mempedulikan jiran tetangganya yang dalam kesulitan, bahkan
bertanya khabar pun tidak.” Ini kerana hukum membantu jiran terdekat adalah
wajib dan menunaikan haji untuk kali kedua adalah sunat.
Selain itu, terdapat pula golongan yang banyak wang tetapi
terlalu menyayangi kekayaannya sehingga kedekut untuk membelanjakannya. Dalam beribadat,
mereka memilih ibadat yang dapat dikerjakan oleh anggota badan kerana mereka
enggan mngeluarkan wang.
Mereka banyak mengerjakan puasa sunat dan sembahyang sunat
pada malam hari dan banyak kali khatam Al-Quran. Tetapi mereka tidak mahu
mengeluarkan wang atau dngan kata lain sangat kedekut membelanjakan harta
mereka untuk jihad, pembinaan masjid dan madrasah serta derma anak yatim. Mereka
ini termasuk ghurur kerana meninggalkan amalan yang lebih penting dan lebih
perlu diutamakan.
Sebahagian lagi ghurur adalah dari golongan awam, hartawan
dan fakir. Mereka beranggapan bahawa menghadiri majlis ilmu telah memenuhi
kewajipan. Mereka menjadikan ia sebagai satu kebiasaan dan beranggapan bahawa mendengar
tanpa beramal juga sudah melyakkan mereka untuk mendapat pahala dari Allah SWT.
Comments
Post a Comment