Keganasan Yahudi dalam Lembaran Sirah
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani dan setinggi-tinggi syukur dilafazkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kita sebagai seorang hambaNya pada hari ini. Kalam kali ini akan membicarakan “Keganasan Yahudi dalam Lembaran Sirah”. Sebagai pembuka kalam kali ini, ayuh kita hayati terlebih dahulu sebuah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud,
“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehinggalah kamu menurut agama mereka (yang terpesong itu).”
Dunia hari ini telah digemparkan dengan pelbagai jenis keganasan yang telah dilakukan oleh orang Yahudi ini. Tetapi kalam kali ini hanya akan mengimbas kembali lembaran sirah berkenaan keganasan yang dilakukan oleh orang Yahudi ini sejak dahulu lagi.
Selepas peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Rasulullah SAW telah mula mengatur hubungan diplomatik dengan masyarakat bukan Islam. Antara masyarakat yang paling hampir dengan Madinah ialah orang Yahudi. Tujuan Baginda mengatur perjanjian tersebut adalah untuk memperoleh keamanan dan kedamaiansecara menyeluruh.
Tetapi setiap kali perjanjian dimetarai diantara orang Yahudi dengan orang Islam ketika itu, orang Yahudi sendiri yang telah mengkhianati dan mencabuli sesuatu perjanjian tersebut kerana inilah suatu hakikat yang tidak dapat disangkal lagi iaitu sikap orang Yahudi yang suka menipu, mengkhianati dan membelot telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui dengan menimbulkan kekacauan dan huru-hara dengan tujuan untuk menggoyahkan perpaduan umat Islam. Antara perbuatan khianat yang dilakukan oleh orang Yahudi di dalam lembaran sirah seperti:
1. Melakukan provokasi dan gangguan terhadap orang Islam
Orang Yahudi seringkali melakukan provokasi dan gangguan psikologi terhadap orang Islam yang bertujuan untuk memecahbelahkan orang Islam. Sifat cemburu mereka apabila melihat kemesraan yang terjalin antara sesama Muslim inilah yang menjadi pendorong kepada mereka untuk melakukan provokasi terhadap orang Islam.
Suatu hari Shas bin Qays, yang merupakan seorang Yahudi tua yang sangat membenci Islam telah bertemu dengan sahabat Nabi daripada kalangan Aus dan Khazraj yang sedang berkumpul dan berbual mesra dalam suatu majlis. Melihat kemesraan dan hubungan yang baik antara sahabat Nabi itu, timbul perasaan benci dalam dirinya lalu dia melakukan beberapa tindakan seperti:
a) Mengungkit kembali kisah permusuhan antara Aus dan Khazraj ketika sebelum dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW.
b) Menghantar seorang anak muda Yahudi ke dalam majlis yang dihadiri oleh kaum Aus dan Khazraj demi mengungkit kembali peperangan Bu’ath dan kisah-kisah silam sebelumnya agar golongan Aus dan Khazraj kembali bersengketa dan bermusuhan.
Tindakan keji yang telah dilakukan oleh Shas ini telah mengakibatkan:
a) Kaum Aus dan Khazraj mula bertelagah dan saling bermegah dengan kehebatan antara satu sama lain.
b) Dua orang lelaki daripada dua pihak (Aus dan Khazraj) mula marah dan berbalas kata sehinggakan mereka sanggup dan bersedia untuk menghidupkan semula perang saudara yang pernah wujud sebelum ini.
Walaupun ketegangan mula kelihatan, perancangan Yahudi tua tersebut telah gagal apabila Rasulullah SAW mengambil tindakan segera dengan berjumpa golongan Aus dan Khazraj serta memberikan nasihat kepada mereka.
2. Gangguan terhadap umat Islam: Kisah seorang Muslimah dengan Yahudi
Suatu hari seorang perempuan Muslim pergi ke pasar Bani Qainuqa’ dengan membawa hasil tenusunya lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas. Kemudian datang beberapa orang Yahudi menganggunya.
“Buka penutup mukamu,” kata orang Yahudi tersebut. Perempuan itu lantas menjawab, “Tidak.” Si tukang emas yang merupakan seorang Yahudi yang berada berdekatan secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu tatkala dia tidak menyedari, lalu disimpulnya sehingga ke bahagian belakang badannya. Apabila perempuan itu bangun, maka terbukalah pakaiannya dan terdedahlah auratnya.
Lalu orang Yahudi tersebut mentertawakannya. Lantas perempuan itu menjerit untuk meminta bantuan. Spontan datang seorang lelaki Muslim lalu menyerbu tukang emas tersebut lalu membunuhnya.
Orang Yahudi yang melihat kejadian segera melakukan serangan balas lalu membunuh lelaki Muslim tersebut. Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk menghadapi orang Yahudi tersebut. Maka berlakulah suatu pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’. (Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, jil. 2, hlmn. 47-48)
3. Rancangan Membunuh Rasulullah SAW
Satu ketika Rasulullah SAW pergi ke perkampungan Yahudi Bani Nadir untuk meminta bantuan mereka atas diat (denda) dua orang Muslim yang terbunuh daripada Bani Amir, manakala yang melakukan pembunuhan ialah Amr bin Umayyah al-Dimari. Permintaan itu dilakukan disebabkan Rasulullah SAW telah mengikat perjanjian persahabatan dengan mereka.
Ketika Rasulullah SAW datang untuk menyatakan tujuan kedatangannya, mereka bersetuju. Namun ketika Rasulullah SAW duduk bersandar di dinding rumah mereka, mereka merancang untuk membunuh Baginda dengan menjatuhkan batu besar ke atas kepala Baginda. Tetapi Allah melindungi RasulNya daripada perancangan Yahudi tersebut dengan mengirimkan wahyu melalui malaikat Jibril berkenaan rencana jahat mereka.
4. Pakatan untuk menghancurkan orang Islam
Yahudi Bani Nadir yang telah diusir keluar daripada Madinah atas kesalahan mereka sendiri, terus berdendam lalu telah bersepakat dengan Yahudi Bani Quraizah dengan memilih beberapa pemimpin mereka seperti Huyay bin Akhtab, Sallam bin Musykin dan Sallam bin Abi Huqaiq untuk menghasut orang Quraisy dan beberapa suku Musyrik yang lain. Mereka telah berpakat untuk membentuk sebuah pasukan al-Ahzab iaitu pasukan ketenteraan antara pasukan Musyrik dan pasukan Yahudi. Pasukan al-Ahzab ini telah diketuai oleh Abu Sufyan daripada kaum Quraisy Mekah.
Peperangan al-Ahzab memberi ancaman besar terhadap orang Islam yang telah terkepung, ditambah dengan tingkah laku golongan munafik yang cuba untuk menggoyahkan pasukan Islam. Berkat kesabaran dan kesepakatan orang Islam ketika itu, lalu Allah SWT mengirimkan malaikat dengan mendatangkan serangan berupa angin taufan dan petir yang memporak-perandakan pasukan al-Ahzab. Akhirnya, kesemua mereka lari meninggalkan medan perang dengan membawa pulang sebuah kekalahan.
Tuntasnya, inilah bangsa Yahudi yang secara terang-terangan melakukan jenayah dan mempamerkan kebiadaban mereka tanpa rasa takut. Lembaran sirah nabawi telah menjelaskan sikap sebenar orang Yahudi yang tidak akan sesekali redha kepada orang Islam. Keadaan ini berterusan sehinggalah sekarang. Sehubungan dengan itu, ayuhlah kita bersatu demi memperjuangkan agama Allah ini dengan memulakan menentang musuh dalaman kita sendiri iaitu nafsu agar apabila nafsu dapat kita kalahkan moga-moga kita akan lebih kuat dan gigih untuk menentang musuh yang nyata pula kelak.
Akhirul kalam, semoga artikel yang tidak seberapa ini dapat menyuntik kembali kesedaran kita berkenaan bangsa Yahudi ini. Semoga kita secara bersama mengambil manfaatnya.
Comments
Post a Comment