Perkahwinan Dalam Sebuah Kereta



Bagi saya, perkahwinan itu ialah satu partnership. Bukannya seorang employer dan seorang lagi employee. Kalau itu yang dicari, maka yang diingini ialah orang gaji dan bukannya seorang pasangan.

Bila saya sebut partnership, maka patut difahami bahawa kedua-dua pihak perlukan satu sama lain. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Ramai perempuan yang inginkan seorang Imam untuk membimbing mereka. Tapi janganlah lupa, si Imam juga perlukan bimbingan Makmumnya. Even dalam solat pun, kadang-kadang Imam perlukan pertolongan Makmum. Contohnya, Imam mungkin terlupa sesuatu dalam solat. Maka, Makmum akan mengingatkan.

Kedua-dua pihak harus bersedia untuk membimbing satu sama lain. Itulah perkahwinan.

Setiap tahun, selalunya saya dan keluarga akan balik ke kampung kami di Kelantan untuk meraikan Hari Raya puasa. Maka kami sekeluarga akan drive dari rumah kami di Perlis ke Kelantan. Ketika saya berada di seat penumpang, kadang kala saya memerhati bapa saya diseat pemandu dan ibu saya di seat sebelahnya.

Memandu dari Perlis ke Kelantan itu amatlah jauh. Ada ketika, jalannya berliku-liku. Bukannyahighway yang lurus dari mula hingga ke akhir. Maka sudah tentu perjalanan seperti itu akan meletihkan ayah saya yang memandu. Sepanjang perjalanan, ibu saya akan cuba untuk memastikan bahawa ayah saya kekal fokus dan memandu dengan selamat. Kadang kala ibu saya akan menyuap ayah saya dengan makanan ringan. Kadang kala ibu saya memberi ayah saya minum. Kadang kala ibu saya akan mengurut-urut lehernya. Ibu saya juga akan bersembang-sembang dengan ayah saya supaya dia tidak mengantuk. Kadang kala bergurau senda seperti budak-budak dan kadang kala bertengkar seketika. Kadang kala apabila ayah saya terlalu letih, maka ibu saya akan memandu. Kadang kala apabila tidak mampu untuk memandu, kami berhenti di R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Saya tersenyum riang melihat mereka berdua. And then, saya terfikir sesuatu.

Ibu bapa saya secara tidak langsung sedang mengajar saya erti perkahwinan yang sebenar.

Memandu seorang diri itu tidak mustahil, tetapi ia sukar. Tetapi dengan adanya teman disisi, perjalanan yang sukar menjadi kurang sukar. Hidup tanpa pasangan yang halal itu tidak mustahil. Besides, perkahwinan itu asalnya sunat dan bukannya wajib. Tetapi apabila keperluan untuk berkahwin itu muncul dan kehidupan menjadi agak sukar, maka kehadiran si dia yang halal dapat membantu kita.

Cabaran diharungi bersama.

Apabila memandu, adanya seseorang di sebelah pemandu untuk membantu. Di sebelah, bukannya di belakang. Dalam perkahwinan, yang membimbing juga perlu dibimbing. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Maka sebelum perkahwinan, kita harus menyiapkan diri kita untuk membimbing pasangan kita. Kita tidak boleh mengharapkan bimbingan tanpa adanya kemampuan diri sendiri untuk membimbing. Ketahuilah, si dia juga perlukan bimbingan.

Bersedialah untuk dibimbing dan membimbing.

Perjalanan ini jauh dan meletihkan. Kadang kala kita di atas highway yang lurus. Rilek je nak memandu. Most of the time kita di atas jalan yang lenggang-lenggok, naik bukit turun bukit, dan berlubang-lubang. Memandu harus berhati-hati. Kita ada seseorang di sisi untuk mengingatkan kita dan untuk memastikan kita kekal fokus ketika memandu. Kadang kala kita tersesat jalan! Maka sama-sama membantu untuk kembali ke jalan yang asal. Seorang drive, seorang lagi tengok peta. Mungkin stop sekejap untuk tanya orang. Kadang kala kereta rosak! Maka harus minta bantuan mekanik. Itulah kehidupan. Kadang-kadang senang, tapi kebanyakannya susah. Kadang-kadang kita tersilap langkah, maka kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Hidup ini ada ups and downs. Lebih-lebih lagi kehidupan selepas perkahwinan. Penuh dengan cabaran. Cabaran yang dilalui bersama.

Kalau inginkan kehidupan yang hanya senang-lenang di dunia ini, maka kita tersilap alam. Kehidupan seperti itu hanya wujud di syurga.

Jangan lupa, kita ada penumpang-penumpang di belakang. Oh, anak-anak kita! Kalau tak retidrive, berani ke nak bawak anak sekali? Bagaimana kita hendak berkahwin jika ingin membimbing anak pun tidak mampu? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita terbabas? Sudah semestinya tidak. Sumbangan terbesar kita dalam memastikan mereka tidak terbabas ialah dengan memastikan diri kita sendiri ialah pemandu yang cekap. Pemandu yang cekap akan mendidik penumpang-penumpangnya untuk menjadi pemandu-pemandu masa depan yang juga cekap.

Parenting starts before marriage and the first child you raise is yourself. 

Dalam memandu, kita akan cuba sedaya upaya untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Perjalanan yang jauh dan memenatkan akan dilihat seperti tiada apa-apa setelah kita sampai ke destinasi dan boleh berehat dengan secukupnya. Perjalanan kehidupan ini juga jauh dan memenatkan. Tetapi setelah segala cabaran dan dugaan dilalui bersama, di mana destinasi akhir kita? Tempat untuk kita berehat selama-lamanya? Atau, apakah kita memandu tanpa haluan? Tiada destinasi akhir dalam perancangan perjalanan kita? Ke mana kita hendak bawa pasangan dan anak-anak kita pergi?

Pandulah dengan matlamat dan selamat, hingga ke syurga.


p/s: Terima kasih Ummi dan Abi atas pengajaran bermakna ini. I love you both so much.

http://www.aimanazlan.com/

Comments

Popular Posts