Luahan hati anakmu







Andai sahaja bisa ku tuturkan betapa kasih dan sayangnya aku pada ibuku,

Tetapi yang ku mampu hanyalah melukakan hatinya,

Andai sahaja aku mampu menerangkan betapa pentingnya ibuku dalam hidupku,

Segunung emas permata tidak akan mampu menggantikannya,

Seluas lautan di muka bumi ini masih belum cukup menggambarkan kasihku padamu,

Setiap denyut nadi dan nafasku sanggup ku serahkan untukmu,

Aku terluka melihatmu terluka,

Aku sentiasa bimbangkan keadaanmu tika berjauhan,

Andai aku mampu membuat satu permintaan dalam hidupku,

Akan ku pinta agar dirimu ditempatkan di kalangan para solihin
dan aku ingin menghilangkan segala keperitan hatimu,

Setitik air mata di wajahmu umpama setitik api jatuh di hatiku,

Ya Allah,berikanlah kekuatan serta ketabahan kepada ibuku,

Ya Allah,lindungilah dan berikanlah kesejahteraan ke atas insan yang paling beerti dan aku sayangi,

Dialah IBUKU

Comments

Popular Posts