DUHAI KAUM ADAM..DENGARLAH………


Duhai adam, dengarkanlah…
Tahukah kamu kami kaum Hawa memerlukan imam serta pemimpin yang berwibawa,
Tahukah kamu Allah telah melebihkan kamu serta telah memilih kamu sebagai pemimpin di dunia ini,
Buktinya sudah kau lihat dari para anbiya,
Dan juga nama mu kaum Adam bersempena nabi Allah dan manusia pertama yang diciptakan,
Dari kaum mu sendiri wahai kaum Adam,
Seorang lelaki,
Bukan seorang wanita,
Dan wanita itu diciptakan dari tulang rusuk seorang lelaki pada awal penciptaannya,
Betapa istimewanya kamu wahai kaum Adam,
Tetapi mengapa engkau tidak menyedarinya wahai Adam?
Mengapa semakin ramai dari kaum mu yang lupa akan fitrah dan hikmah kejadian mu?
Mengapa semakin ramai yang melawan sebab kejadianmu?
Semakin ramai yang tidak melihat kami kaum Hawa sebagai kelompok manusia yang perlu dilindungi,
Perlu disayangi,
Dan perlu dihormati,
Bukankah Allah telah menciptakan Hawa itu kerana kasihan akan Adam yang sunyi tanpa teman di sisi,
Allah mengambil tulang rusuk Adam maka dijadikan Hawa,
Dekat di hati untuk disayangi,
Bukan dari kaki untuk dizalimi,
Mahupun dari kepala untuk disanjungi,
Fitrahnya Hawa itu di sisi untuk menemani dan melengkapi,
Benar kami kaum Hawa adalah dari golongan yang lemah dari segi fizikal,
Tetapi kami kuat dari segi ketabahan hati,
Maka kerana itu tugas seorang ibu itu diletakkan di atas bahu kami,
Maka kamu kaum Adam,
Sedarlah akan kejadianmu,
Sedarlah akan tanggungjawab mu,
Jadilah seorang ar-rijal yang melindungi kami,
Bukan lelaki yang membinasakan kami,
Bukan lelaki yang menzalimi kami,
Bukan lelaki yang menyalahgunakan kelebihan yang Allah beri,

Duhai kaum Adam,dengarkanlah….
Mengapa ada di antara kalian yang mencemburui kami?
Sehingga sanggup mengubah kejadian diri,
Memilih untuk menjadi salah seorang dari kalangan kami,
Sedangkan betapa istemewanya Allah telah menjadikan kamu,
Sedangkan juga engkau tahu itu satu perbuatan yang terkutuk lagi dilaknat oleh Nya!
Apa engkau tidak takut akan azab Allah?
Apa engkau tidak takut dengan murka Allah?
Benar..mungkin sekarang engkau tidak nampak balasannya,
Tetapi telah banyak kes yang berlaku yang dapat dijadikan pelajaran,
Tidak perlu ku nyatakan fakta agama kerana aku yakin engkau tidak mahu mendengar,
Maka biarlah ku berbicara dengan fakta dunia,
Agar engkau lebih peka,
Disaat wanita telah disahkan oleh semua pakar perubatan di dunia mempunyai risiko yang amat tinggi untuk menghidapi pelbagai jenis penyakit berbahaya,
Maka mengapa engkau masih mahu menjadi kami?
Disaat ada di mana antara kalian yang melakukan pembedahan untuk menjadi kami lalu mereka terseksa dengan kesakitan dan penyakit yang kebanyakan membawa kematian kepada mereka,
Maka mengapa masih ramai di antara kalian yang masih mahu menjadi kami?
Disaat engkau melihat sendiri bagaimana kami ditindas dan dizalimi oleh kaum mu,
Maka mengapa engkau masih mahu menjadi kami?
Disaat engkau lihat betapa ramainya kaum kami berbanding kaum kamu di dunia ini,
Maka mengapa engkau masih ingin menjadi kami?
Disaat engkau lihat ibu mu sendiri hancur hati dengan keputusan mu mengubah diri,
Maka di mana hati nurani mu?mengapa masih engkau mahu menjadi kami?
Apa sebab mu wahai Adam?
Apa engkau tidak tahu kami memerlukan kamu?
Apa engkau tidak tahu agama kita memerlukanmu?
Apa engkau tidak tahu kaum mu sudah hampir pupus?
Apa engkau mencemburui kecantikan kami?
Apa engkau mencemburui kelembutan kami?
Apa engkau mencemburui tarikan kami?
Apa engkau mencemburui pesona kami?
SUBHANALLAH!

Sedar lah wahai kaum Adam!
Kita diciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri,
Apa engkau fikir Allah itu tidak adil??
Apa engkau sangka engkau tidak mempunyai kelebihan?
Apa engkau sangka engkau tidak mempunyai tarikan?
Sedarlah wahai kaum Adam,
Kecantikan kami adalah fitnah terbesar bagi kaum mu,
Allah telah pun memberi peringatan dari awal,
Maka mengapa engkau masih tidak mengambil pelajaran,
Duhai kaum Adam,dengarkanlah….
Engkau diciptakan dengan tanggungjawab dan tugasmu yang tersendiri,
Kerana yang paling utama adalah Islam memerlukan kamu,
Islam memerlukan pejuang-pejuang agama untuk kembali menegakkan syiar Islam,
Islam memerlukan mujahidin-mujahidin agama untuk melawan musuh Islam,
Janganlah engkau cemburu akan kami,
Janganlah engkau ingin berubah menjadi kami,
Kerana kami memerlukan kamu,
Memerlukan pelindung dan pemimpin yang sejati,
Tanpa kamu siapalah kami,
Tidak mungkin seorang Hawa akan wujud tanpa seorang Adam,
Maka hargailah dirimu serta sedarilah keistimewaan dan kepentingan dirimu,
Apa engkau tidak mahu membina sebuah mahligai indah lagi bahagia bersama pasangan hidupmu serta permata-permata hatimu?
Jika engkau menjadi kami,tidak mungkin itu akan engkau kecapi,
Engkau hanya akan mendapatkan kebahagiaan sementara,
Tidak akan kekal selamanya,
Di saat itu menangis sehingga hilang penglihatan mata sekalipun tiada guna,
Sedarlah wahai kaum Adam,
Hidupmu akan lebih bahagia jika engkau kekal sebagai dirimu,
Seorang Adam yang akan menegakkan dan mengembangkan agamamu sehingga tersohor di seluruh dunia,
Seorang Adam yang bakal menjadi pemimpin dan pembimbing Hawa yang telah Allah takdirkan untukmu,
Seorang bapa yang akan mendidik dan menjadi contoh yang terbaik kepada permata-permata hatimu.
Wallahualam……….

Comments

Popular Posts