Saturday, December 29, 2012

layakkah kamu?



Entry ini saya tulis selepas baru selesai mengulangkaji pelajaran untuk final exam yang bakal tiba tidak lama lagi.Tujuannya untuk berkongsi dengan para pembaca apa yang saya rasa ketika sedang ulangkaji tadi.Semoga perkongsian ini dapat member sedikit perkara yang berguna kepada semua.Mudah-mudahan.^-^

“Orang yang tidak mampu fokus kepada kerja dan tanggungjawab di hadapannya ketika ini TIDAK LAYAK untuk berkata mengenai impiannya”.Pasti ramai yang agak tidak puas hati mahupun kurang memahami maksud ayat tersebut bukan?

Ayat ini saya temukan di dalam sebuah drama Jepun yang bertajuk Bambino.Kisah mengenai seorang pelajar kolej lelaki yang ingin mengejar impiannya menjadi chef pasta.Dan ayat itu telah diucapkan kepadanya oleh ketua chef di tempat kerjanya.Kita rewind sekejap ye ceritanya..=)

Nama watak lelaki itu adalan Ban.Dia telah datang untuk berkerja di sebuah restoran itali yang bernama Barcanalle untuk menjadi pembantu di dapur restoran tersebut ketika cuti summer oleh bos nya.Tetapi selepas tamat tempoh cuti tersebut, dia membuat keputusan untuk terus berkerja di situ kerana minat yang sangat mendalam dan kagum dengan kehebatan chef-chef di situ.Dia telah berhenti kolej dan mohon untuk bekerja di situ.Tidak dinafikan Ban memang seorang yang sangat berbakat dalam membuat pasta.(banyak lagi kisah nya tapi sy skip kn).

Apabila Ban berjumpa dengan pemilik kedai tersebut dan menyatakan hasrat untuk bekerja di situ, dia telah diberi jawatan sebagai pelayan di dining hall.Ban sangat kecewa kerana dia ingin menjadi chef,bukan pelayan.Banyak kesilapan yang telah dia lakukan dan dia langsung tiada semangat untuk melakukan kerjanya sebagai pelayan.(banyak lagi kisah yang penuh pengajaran tapi terpaksa skip..^-^).

Jadi pada suatu malam,dia telah bertembung dengan ketua chefnya di sebuah kedai makan itali dan mereka berbual.Pada ketika itulah kata-kata tadi telah diucapkan kepada Ban selepas Ban meluahkan perasaannya dengan menyatakan bahawa dia tidak datang ke situ untuk menjadi pelayan dan memotong roti sahaja.Dia telah berhenti kolej dan memutuskan hubungan dengan wanita yang sangat dia cintai semata-mata untuk mengejar impiannya untuk menjadi chef pasta.

Jadi apa yang ada dalam fikiran anda semua sekarang?Pasti anda rasa kasihan pada Ban kan?

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pelajarannya.Sebenarnya benar apa yang dikatakan oleh ketua chef tersebut.Walaupun mungkin kita melihat kerja sebagai pelayan itu bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan dan tidak pernah kita impikan tetapi pernahkah kita lihat di sisi sebaliknya?Chef memang tugasnya untuk memasak makanan yang sedap tetapi tanpa pelayan yang baik sudah pasti pelanggan juga akan lari.Pelayan dan chef adalah sama pentingnya.Chef tidak akan tahu apa yang berlaku di ruang makan.Apa yang pelanggan mahukan dan bagaimana mood pelanggan.Menjadi tanggungjawab pelayanlah untuk menyampaikan semua maklumat tersebut kepada chef.
Kita berbalik semula kepada ayat tadi.Jadi secara kesimpulannya,orang yang tidak mengambil serius akan kerja dan tanggungjawab yang sedang dia galas adalah petanda dia seorang yang tidak mampu memikul sebuah tanggungjawab.Jika benar dia seorang yang benar-benar ingin berjaya maka segala tugasnya akan dilaksanakan dengan baik meskipun tidak mengikut seperti apa yang dirancang kerana dia merasa akan erti sebuah tanggungjawab.Orang yang sedar akan erti tanggungjawab sahaja yang akan berjaya di kemudian hari.Jadi merekalah orang yang selayaknya untuk berkata-kata mengenai impiannya.

Maka jika kita dihadapkan dengan tugas mahupun jalan yang kita tidak suka, janganlah kita mengabaikannya kerana ia sudahpun menjadi tanggungjawab kita.Kenapa tidak kita cuba belajar dan memahami dan mengambil seberapa banyak hikmah dan pelajaran yang ada di dalamnya?Kenapa tidak kita mencuba untuk melaksanakannya dengan sepenuh hati dan penuh rasa tanggungjawab.Insyaa Allah segalanya akan membawa pulangan yang berbaloi dan usaha keras kita pasti akan berbalas.Allah itu Maha Adil bukan..^_-

p/s:saya lebih memilih untuk melihat drama Jepun berbanding Korea kerana drama Jepun terdapat banyak sangat nilai kemanusiaan dan motivasi yang tinggi yang dapat kita pelajari.Antara yang saya cadangkan adalah kisah di atas Bambino dan Yamada Taro Monogatari(kisah mengenai erti kasih sayang keluarga yang pasti membuat air mata anda mengalir)..^-^

No comments:

Post a Comment