Uzlah (bersendiri)



Kiriman khusus untuk para amilin di medan dakwah. “Ya Allah! Jadikanlah kami dari kalangan mereka!”
A. Definisi
Istilah para daie: mengutamakan hidup bersendirian berbanding hidup berjamaah.
Sama ada;
1. berpada dengan mendirikan Islam dalam diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain yang hidup dalam kesesatan, atau
2.  berpada dengan mendirikan Islam dalam diri sendiri dan dalam kalangan manusia lain tetapi dengan usaha sendiri tanpa bergabung dengan para amilin lain di medan dakwah.
B. Punca
1. Berpada dengan sebahagian nas yang menggalakkan beruzlah, dengan melupakan kedudukan nas tadi berbanding nas lain yang mengajak supaya hidup berjamaah.
2. Berpada dengan uzlah yang diamalkan oleh sebahagian salaf, dengan melupakan suasana yang mereka lalui.
3. Menyangka bahawa hidup berjamaah meleburkan keperibadian ahli, dengan melupakan bahawa manhaj Islam menggabungkan antara bersendiri dan berjamaah.
4. Lalai bahawa antara tanggungjawab kita ialah bersama jamaah dan hidup bersama manusia.
5. Menganggap bahawa bergaul dengan manusia akan menghilangkan tumpuannya untuk beribadah, dengan melupakan mafhum ibadah yang sebenar.
6. Menjadikan kerosakan yang melata sebagai alasan, dengan melupakan peranan seorang muslim ketika beleluasanya kerosakan.
7. Hanya melihat ujian yang dihadapi oleh para amilin sepanjang zaman, tanpa meneliti pendirian sebenar mereka.
8. Hidupnya bertemankan orang yang manhajnya ialah uzlah
9. Banyaknya jamaah yang bekerja untuk Islam.
10. Melalaikan akibat uzlah ke atas para amilin dan amal Islami.
C. Kesan Uzlah
a. Kesan uzlah ke atas para amilin
1. Tidak dapat mengenali diri sendiri dengan mendalam
2. Tidak ada orang yang akan membantunya membaiki kelemahan
3. Tenaga dan kebolehannya tidak dapat digunakan sepenuhnya
4. Kurangnya pengalaman yang boleh membantu menghadapi rintangan
5. Mudah rasa kecewa seterusnya membawa kepada futur
6. Kurang peluang untuk dapat ganjaran pahala
7. Tidak akan dapat mendirikan Islam dalam diri sendiri, hari ini maupun esok
8. Mendedahkan diri kepada dosa dan kemurkaan Ilahi kerana meninggalkan manusia dan berpisah dari jamaah
b. Kesan uzlah ke atas amal Islami
1. Mudah dikalahkan oleh musuh, mandul atau hasil yang tidak berbaloi
2. Terhalang daripada bantuan Ilahi
D. Cara Mengubati dan Mencegah Uzlah
1. Jelas kefahaman tentang hubungan antara nas yang menggalakkan uzlah dan nas yang mengajak supaya bercampur dengan manusia.
2. Jelas kefahaman situasi kita dan para salaf yang beruzlah
3. Jelas kefahaman tentang manhaj Islam yang menyatukan antara bersendiri dan berjamaah
4. Jelas kefahaman tentang ibadah
5. Mujahadah nafsu dengan bersungguh-sungguh
6. Faham tanggung jawab muslim apabila kejahatan melata
7. Kembali sepenuhnya dan mohon kepada Allah
8.Menjauhi orang yang berfahaman uzlah
9. Mahir tentang hakikat jamaah yang bekerja untuk Islam
10. Berpada dengan manhaj Rasulullah SAW ketika membina daulah pertama
11. Insaf bahawa kuffar dan munafiqin saling bersatu menjatuhkan Islam
12. Ambil pengajaran dari makhluk keliling kita yang hidup berjamaah
13. Insafi kesan akibat uzlah
Sumber: Afat a’la at-toriq (Dr. As-Saiyid Muhamad Nuh)
Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia, ISMA Cawangan SerembanBlog: Catatan Kehidupan

Comments

Popular Posts