Tuesday, April 16, 2013

warkah diari







Saat bibir mula membeku

Lidah pula hilang gerakkannya

Mulut mula menguncikan diri

Saat itu hati mula berkata-kata

Membisikkan kata-kata yang tidak berbunyi

Bukan untuk didengari tetapi untuk difahami

Mulut masih kekal membisu

Hanya redup pandangan mata menjadi pemerhati yang setia

Yang di dalam kolam matanya tersimpan seribu rahsia

Irama hati yang berlagu lembut

Jari jemari mula menari-nari

meluahkan bait-bait kata yang tersembunyi

lantunan kata yang diukir di dalam sebuah warkah diari

meskipun mulut masih menguncikan diri

No comments:

Post a Comment