buat pencinta ilmu



Buat para pencinta ilmu sekalian.Anda boleh mendapatkan info mengenai majlis-majlis ilmu yang berlangsung di seluruh negara melalui hebahan di group ini 

http://www.facebook.com/groups/175503779186812/

Anda juga boleh berkongsikan mana-mana majlis ilmu yang anda ketahui supaya lebih ramai yang mengetahuinya.


Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu". (HR Tabrani)

Dari Safwan bin Assal Al-Muradi r.a. meriwayatkan satu ketika aku datang menemui baginda Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di dalam masjid duduk bersandar di atas cadar merah,lantas aku berkata:"Ya Rasulullah SAW sesungguhnya aku datang untuk menuntut ilmu."
Nabi menjawab: "Selamat datang bagi orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu, kemudian berkumpul bertumpuk-tumpuk antara satu sama lain, hinggalah ke langit dunia.Mereka melakukannya kerana cintanya kepada orang yang menuntut ilmu."
(HR Tabrani)

Comments

Popular Posts