Puasa-puasa dalam Islam


SUMBER:KITAB BIDAYATUL HIDAYAH(PERMULAAN JALAN HIDAYAH)
OLEH:AL IMAM HUJJATUL ISLAM AL GHAZALI r.a




Tidak sepatutnya kalau engkau hanya puasa pada bulan Ramadhan sahaja maka bermakna engkau telah meninggalkan merebut keuntungan dengan puasa sunat dan engkau tidak mengambil peluang untuk merebut darjat yang tinggi dalam syurga Firdaus.Nanti engkau akan menyesal apabila engkau melihat pahala orang yang banyak puasa sunat seperti halnya engkau melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip.Mereka jauh lebih tinggi daripada engkau kerana mereka berada pada darjat yang tinggi sekali.


    Di sepanjang tahun ada hari-hari yang mempunyai kelebihan yang telah disebutkan dalam hadis-hadis  Rasulullah SAW dan mempunyai ganjaran yang sangat besar bagi orang yang berpuasa pada hari-hari tersebut.Hari-hari itu ialah:
  1. Hari Arafah (9 Zulhijjah) sunat puasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  2. Hari Asyura (10 Muharram) {dan juga sunat puasa pada hari tasu'a(9 Muharram)}
  3. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Zulhijjah
  4. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Muharram
  5. Bulan Rejab
  6. Bulan Sya'ban
  7. Bulan-bulan haram,iaitu Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram,Rejab
    Di dalam sebulan pula ada hari-hari yang mempunyai kelebihan berpuasa,iaitu:

  1. Awal bulan
  2. Tengah bulan
  3. Akhir bulan
  4. Hari-hari bidh(putih) iaitu hari 13,14 dan 15
   Di dalam seminggu pula ada hari-hari yang mempunyai kelebihan berpuasa iaitu hari Isnin,Khamis dan Jumaat



Comments

Popular Posts