seraut wajah tua itu
Mungkin seorang ibu itu tidak mampu menyediakan kemewahan
serta kesenangan hidup kepada anaknya.
Mungkin seorang ibu itu tidak mampu meluangkan masa
bertanyakan masalah anaknya lantaran kesibukan dalam urusan seharian yang
sukar.
Mungkin seorang ibu itu tidak sempat menyatakan sayangnya
kepada anaknya lantaran derita yang dialaminya.
Mungkin seorang ibu itu tidak sama jika engkau bandingkan
dengan ibu rakan-rakanmu yang lain
Mungkin seorang ibu itu tidak mampu memenuhi segala
kehendakmu lantaran kekurangannya.
Tetapi itu bukanlah pengukur bagi kasih sayangnya.
Itu bukan pengukur nilai kepentinganmu di dalam hatinya.
Itu bukan pengukur usahanya dalam membahagiakanmu.
Kerana ibu itu sangat menyayangimu.
Kerana ibu itu sangat mengasihimu.
Kerana ibu itu sangat kesal kerana kekurangan yang kamu
alami.
Kerana ibu itu sangat terluka hatinya tiap kali tidak mampu
menunaikan
permintaanmu.
Kerana ibu itu menangis tatkala bersendirian merinduimu.
Kerana ibu itu menangis sendirian risaukan dirimu yang jauh
dari pandangan matanya.
Kerana ibu itu menangis di dalam hatinya kerana tidak mampu
menjadi ibu yang terbaik dipandangan matamu.
Tegarkah kamu membiarkan air mata itu terus mengalir di raut
wajahnya yang semakin bertambah kedutan yang mempamerkan garis usianya??
Tegarkah kamu membiarkan air mata it uterus menitis sehingga
akhir hayatnya??
Tegarkah kamu membiarkan sekeping hati tua itu remuk redam
merindukan kasih sayang dan perhatian darimu??
Tegarkah kamu terus melukakan hatinya yang semakin dekat
menghampiri detik pertemuannya dengan Penciptanya??
Ibu itu,ibu kamu!
Saban hari menanti kepulangan serta panggilan darimu!
Saban hari memanjatkan doa untuk kesejahteraanmu tanpa jemu!
Saban hari mengingat kembali semua memori berkaitan dirimu
sejak kamu di dalam kandungan sehingga kamu di usia sekarang
Saban hari menelan pahit hempedu dengan sikapmu
Seraut wajah itu yang mungkin kau lihat tenang tapi luka
yang sedang bertapa di dalam hatinya
Seraut wajah itu mungkin tersenyum bahagia dihadapan mu
tetapi sinar nya memancarkan kedukaan serta jerih pedih liku-liku kehidupannya
Seraut wajah itu bersinar bahagia menyambut kelahiranmu
dahulu
Seraut wajah itu lah yang kepenatan melayan kerenah nakalmu
Seraut wajah itulah yang menahan mata menjagamu setiap waktu
Seraut wajah itulah yang terlukis garis-garis kerisauan akan
kehidupanmu
Seraut wajah itulah yang menanti mu setiap kali kepulangan
dirimu
Seraut wajah itu masih mampu bertahan dengan dugaan dan
ujian yang berat membebaninya
Seraut wajah itu hari ini masih kita dapat melihatnya
memandang sayu ke wajahmu
Seraut wajah itu jugalah yang akan hilang dari pandangan
matamu tidak lama lagi
Seraut wajah itulah yang akan kau rindui tatkala matanya
tertutup rapi menghadap Ilahi
Seraut wajah itulah yang akan engkau tangisi kepergiannya
nanti
Seraut wajah itu jugalah penentu kebahagiaan mu di dunia dan
akhirat nanti dengan redha hatinya
Seraut wajah itulah yang mungkin setia menantimu di pintu
syurga
Mantap puisi seraut wajah tua..
ReplyDeleteMengembalikan wajah yang terlihat tua