wanita itu




Wanita itu
Diamnya mengandungi seribu perasaan
Tenang wajahnya menyembunyikan seribu permasalahan
Senyumnya menutupi seribu kedukaan
Wanita itu
Tenang hatinya mengandungi seribu persoalan
Persoalan iman di dalam hatinya
Auratnya tertutup rapi
Menyahut seruan Ilahi
Tidak rela ianya menjadi tatapan ajnabi
Tapi hati masih berbahagi
Antara iman dan keinginan hati
Memilih cantik di pandangan manusia ataupun cantik di pandangan Ilahi
Hatinya masih belum cukup kuat dalam melawani nafsu hati
Lantas  iman yang bersisa digenggam kemas
Agar ia tidak terlepas dari genggaman
Jalan mujahadah iu ternyata tidak semudah yang mereka fikirkan
Menuntut kekuatan dan keikhlasan hati yang tidak berbelah bahagi
Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai godaan dan halangan
Bukan mudah untuk berpaut kepada sebatang dahan yang licin
Bukan mudah untuk meniti di atas titian bara api
Lantas wajah yang tenang itu berubah riak
Jelas terpancar kerisauan dan kebimbangan di raut wajahnya
Mengenangkan setiap saat dalam kehidupannya telah dihabiskan dengan pengisian yang sia-sia
Mengenangkan selautan dosa yang telah dilakukannya
Mengenangkan kesucian hati yang telah dicemari
Mengenangkan setiap perbuatannya yang mengundang kemurkaan penciptanya
Bergetar hatinya mengenangkan dosa-dosanya
Kecut hatinya mengenangkan azab yang bakal menanti
Kesal memikirkan keterlanjuran dan kekhilafannya selama ini
Bimbang Allah tidak mahu memperlihatkan keindahan wajahNya gara-gara dosa yang menggunung
Bimbang Rasulullah tidak mahu mengakui umat baginda angkara perbuatan-perbuatan yang melampaui batas
Bimbang jika redha Allah itu tidak berjaya diperolehi
Bimbang jika neraka itu kediamannya kelak
Ya Allah,kurniakanlah aku kesempurnaan iman
Ya Allah,kurniakanlah aku cintaMu serta cinta kekasihMu
Ya Allah,kurniakanlah aku kekuatan iman
Ya Allah,kurniakanlah aku ketaqwaan
Ya Allah,kurniakanlah aku sifat mahmudah
Ya Allah,kurniakanlah aku pekerti yang baik
Ya Allah,kurniakanlah aku akhlak yang terpuji
Ya Allah,kurniakanlah aku keluarga yang mahabbah
Ya Allah,kurniakanlah aku pendamping yang soleh
Ya Allah,kurniakanlah aku pendamping yang berakhlak
Ya Allah,kurniakanlah aku pendamping yang bakal menjadikan aku bidadarinya di syurga
Ya Allah,kurniakanlah aku pendamping yang mencintaiku keranaMu
Ya Allah,kurniakanlah aku pendamping yang memimpinku ke syurgaMu
Ya Allah,kurniakanlah aku pendamping yang akan mengajarku tentang ilmu Mu
Ya Allah,kurniakanlah aku pendamping yang akan membawa aku mencapai redha Mu
Ya Allah,kurniakanlah aku pewaris-pewaris yang soleh dan solehah
Ya Allah,kurniakanlah aku permata-permata hati yang menjadi saham akhiratku
Ya Allah,kurniakanlah aku keluarga yang menjadikan cintamu sebagai asasnya
Ya Allah,jadikanlah keluargaku dalam perlindunganMu


Comments

Popular Posts