Wednesday, December 28, 2011

Perubahan Itu Indah..=) Part 1

   Cuaca hari ini agak panas di kampus namun sejuk mataku melihat gadis-gadis bertudung labuh itu melangkah ke perhentian bas. Biasanya waktu begini mereka ke masjid, ada usrah barangkali. Sementara aku dengan teman-teman lain sekadar berbual kosong di kafe menikmati makan tengahari. “Hani, dari tadi ko pandang sana, nak join tudung labuh clans ke?” soal mieta bersahaja disusuli tawa teman yang lain. Aku sekadar tersenyum, tidak layak rasanya diri ini menyertai gadis-gadis itu, terlalu tinggi tempat mereka dimata aku. “ Nak jugak, tp..” belum sempat ku habiskan kata-kataku terdengar ucapan salam di hujung meja, serentak kami terdiam. Aku menjawab salam diberi, begitu juga rakan yang lain. “ Rakan-rakan mahu sertai usrah di masjid?” soal ain sambil tersenyum, setiap minggu tidak pernah jemu bertanya walhal jawapan kami juga tidak pernah berbeda “ terima kasih ain..nanti kami menyusul” pantas jawapan itu keluar dari mulut Ina temanku. Ain tersenyum “ Ain tunggu rakan-rakan di masjid ya” lembut senyuman dihulur . Aku pasti dia tahu kelibat kami tak pernah kunjung tiba.
    
   Aku, Ina, Mieta dan Sue bukanlah gadis seksi atau tidak bertudung.  Bukan juga gadis yang gemar berpeleseran. Kami Cuma gadis biasa , bertudung tetapi disilangkan hingga dada, memakai jeans, berbaju agak sendat. Namun solat dan membaca kitab suci Al-quran tak pernah kami tinggalkan. Walaupun kami keluar berlibur sekalipun apabila tiba waktunya solat pasti kami tunaikan. Syukur atas kekuatan yang diberikannya kepada kami.
    
   Namun hati ini mula terasa serba kekurangan. Sejak kebelakangan ini hatiku begitu ingin melengkapkan lagi amalan ini. Ingin sekali mengunjungi rumah Allah itu, ingin sekali duduk bersama mereka mendengar segala ilmu yang dicurahkan oleh ilmuan di sana. Entah mengapa hati ini begitu ingin melakukan semua itu namun aku tidak tahu bagaimana harus ku mulakan semuanya. Takut pula perubahan ini hanya sementara. Takut pula kelak aku ditertawakan bila dikalangan mereka kerana ceteknya ilmu agamaku. Pantas ku matikan lamunan ini, “Oit, apa projek hari ni? Bowling nk x?” soal sue sambil kami berjalan pulang ke asrama. Mieta dan Ina mengangguk tanda setuju, “ Ermm, aku malas la, lagipun bajet aku bulan nie dah lari , korang kuar la” balasku, dalam diam aku merancang satu agenda lain. “ Aku belanje ek hani, jom la..last month ko mng..ni dah x mo maen ek?” mieta memujuk ada bunyi cabaran disitu. Tergoda juga aku dengan sogokkan itu, namun ada urusan yang perlu ku bereskan. “ Nanti la, korang practice dulu nanti dah terror baru kita lawan” ujarku beseloroh disambut gelak tawa teman-temanku yang lain. Lega rasanya mereka tidak kecil hati dengan penolakkanku tadi. Kami berpisah di situ. Mieta telahpun menghidupkan keretanya dan berlalu bersama Ina dan Sue.
   
   Aku mengatur langkah kebilik, hal ini perlu ku uruskan jua, jika tidak hati ini tidak akan tenteram. T-shirt dan jeans ku tukar ke baju kurung. Lama rasanya aku tidak mengenakan baju ini, ke kelas pun sekadar mengenakan blouse dan seluar. Buku nota dan pen kucapai. Kaki kuringan menuruni tangga asrama, lantas ku hidupkan enjin keretaku. Lima minit perjalanan aku sudah tiba, mengapa selama ini aku jarang sekali ke sini walhal aku pnya kemudahan. Sedangkan mereka berebut-rebut menaiki bas untu kemari. Hari ini aku bersyukur, aku tiba jua di sini pusat Islam university dan juga Rumah Allah yang ku rindui.
   
   “ Hani..” terdengar suara lembut ain menegurku. “Ain” aku tersenyum, sedikit malu entah mengapa perasaan itu timbul. Ku lihat gadis-gadis lain turut memandangku sambil tersenyum. Entah apa mereka fikirkan. Mungkin mereka kira aku tersesat agaknya. “ Jom la masuk, hari ini ada tazkirah menarik” ujar ain bersungguh-sungguh sambil memimpin tanganku


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9678.msg106234#msg106234

No comments:

Post a Comment