Cinta alat, cinta matlamat
Pasti ramai yang sudah pernah terdengar tajuk ini bukan? Ia adalah
daripada satu ceramah daripada ustazah Fatimah syarha di IKIM.Fm. saya tidak
akan mengulas secara keseluruhan ceramah tersebut kerana saya rasa UFS lebih
bijak dan merdu suaranya untuk menyampaikan isi berbanding saya.
Di dalam ceramah tersebut ada satu soalan yang diajukan
kepada UFS daripada seorang akhowat dari bumi Jordan. Dia bertanyakan mengenai
bagaimana jika kita sukakan seseorang sehingga terbayang-bayang. Saya sangat
suka dengan perumpamaan yang diberikan oleh UFS untuk situasi
tersebut.
Katanya “cuba kita bayangkan jika kita sedang berpuasa. Tetapi
kita asyik membayangkan makanan dan bermain-main dekat dengan makanan. Bagaimana?
Jika kita main acah-acah hendak makan selalu lama-lama tak mustahil iman kita
jadi lemah dan kita pun termakan bukan?”(lebih kurang macam tu la ayatnya. Saya
tukarkan sedikit.^-^)
Jadi kesimpulannya adalah lebih baik jika kita tidak
membayangkan dan berada dekat dengan sumber yang dapat melemahkan iman kita itu
kerana bimbang kita tanpa sedar akan melakukan perkara yang tidak seharusnya
kita lakukan. Jika sukakan seseorang maka pilihlah cara yang betul dan mengikut
syariat. Jika tidak mampu maka Islam telahpun menganjurkan cara dengan berpuasa
sunat bagi menahan keinginan nafsu kita.
Mari kita lihat peringkat-peringkat perlunya berkahwin
Ulama’ berbeza pendapat dalam hukum
perkahwinan berdasarkan kepada keadaan iaitu samada wajib, haram, makruh, harus
dan sunat. Sebahagian ulama’ membahagikan hukum kahwin ini kepada 5 bahagian
mengikut keadaan dan maslahat.
1.Wajib
Bagi orang yang
yakin akan terlibat dengan zina jikalau tidak berkahwin dan dia merupakan
seorang yang mampu dari segi zahir dan batin.
Dengan kata lain, menjaga kebersihan diri daripada melakukan zina adalah wajib dan jika kewajipan ini tidak dipenuhi kecuali setelah berkahwin, maka hukum perkahwinan itu adalah wajib.
2. Sunat
Bagi orang yang ingin berkahwin dan berkemampuan dari segi zahir dan batin tetapi dia masih lagi mampu menahan dirinya daripada melakukan zina dan maksiat.
3. Haram
Haram bagi mereka yang tidak dapat berlaku adil dan tidak mempunyai kemampuan zahir dan batin
4. Makruh
Bagi seseorang yang lemah tenaga batinnya ataupun kurang mampu memberi nafkah kepada isterinya, maka kahwin baginya adalah makruh.
5. Harus
Ini merupakan hukum asal perkahwinan. Tiada sebab yang mendorongnya untuk berkahwin ataupun halangan yang menghalang baginya berkahwin.
( Rujukan : Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Jadi lihatlah kita berada dalam golongan yang mana satu. Gunalah
cara yang paling terhormat jika ingin melamar seseorang. Bukan dengan
menguratnya atau mengacau keteguhan imannya kerana wanita ini memang mudah
lemah dengan pujuk rayu lelaki. Teruskan kepada walinya ataupun gunalah orang
tengah untuk menyampaikan hasrat hati jika mahu mengetahui pandangan wanita
tersebut terlebih dahulu sebelum menemui walinya. Bagi yang masih belajar
sertakan sekali perancangan kehidupanmu untuk urusan perkahwinan dan selepas
berkahwin supaya lebih mantap hujahmu dan mantap hatinya untuk memilihmu. Ini tips
yang dapat saya berikan. Semoga berjaya. =)
^^
ReplyDeletesmoga Allah melindungi hati kita..mohon pdNya..kerna Dia yg membolak balik kan hati kita..mudah2an..kita terjaga dri perkara yg melaghakan..aamiin
naam..betul tu ukhti..hati kita milik Allah..jgn dicemari dengan titik-titik hitam..semoga ianya kekal suci dan membuahkan cinta yang suci..insyaaAllah..=)
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian yang sangat bermakna. =)
ReplyDeletesama-sama kasih..sekadar berkongsi ilmu..=)
ReplyDelete