haid ketika Ramadhan


Haid/Nifas ketika Ramdhan bukanlah beerti kita tidak dapat membuat ibadah dan tidak akan memperolehi pahala yang banyak tetapi ianya menuntut kita untuk menjadi lebih kreatif dalam melakukan ibadah bersesuaian dengan keadaan kita.Allah itu kan Maha Adil.Pasti ada cara yang lain untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala dan amalan walaupun tidak mampu melakukan yang wajib.Bahkan saya pernah mendengar kuliah dari seorang ustazah yang manyatakan bahawa isteri yang berada di dalam keadaan haid tinggal di rumah menjaga anak-anak dan menguruskan rumah dan redha dan ikhlas dengan keadaannya di dalam haid,pahala si suami yang pergi berterawikh itu juga si isteri dapat.Sama banyaknya.

jadi tak mau sedih-sedih,ikhlaskan hati,redha dengan haid anda.Itukan pemberiaan dari Allah?pasti ada kebaikannya.Ayuh perbanyakkan amalan dengan cara yang lebih kreatif.Haid dan nifas bukan alasan untuk tidak beribadat dan membuat amalan tetapi ianya perjuangan yang luar dari kebiasaan orang yang biasa.^_-

Comments

Popular Posts