KALAMULLAH



Hari ini bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah hari Nuzul Al-Quran. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa Ramadhan itu dimuliakan dengan penurunan Al-Quran. Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang masih kekal sehingga sekarang. Diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW. Al-Quran ini dipelihara oleh Allah sehinggalah hari kiamat. Tidak ada siapa yang dapat mereka atau mengubahnya.

Dalam pengisian oleh Ustaz Badli Shah di dalam cinta ilmu bertajuk ‘kalamullah’,beliau telah menyatakan cirri-ciri orang yang cinta Al-Quran.

Terdapat 6 syarat bagi orang yang dikatakan cinta akan Al-Quran:

1.   Memiliki Al-Quran
     Al-quran tersebut dibelinya sendiri, bukan dapat sebagai hadiah mahupun        ambil di musolla

2.  Tahu membaca Al-Quran
     Tidak mengapa jika merangkak sekalipun kerana terdapat juga pahala            baginya kerana usahanya untuk mempelajari Al-Quran

3.  Memahami pembacaan Al-Quran
     Memiliki Al-Quran beserta tafsirnya bagi mengetahui maksud ayat yang          dibaca

4.  Mengamalkan
     Melazimkan diri untuk istiqomah membaca Al-Quran seperti selepas solat        dan pada waktu-waktu yang lain

5.  Menghayati Al-Quran

6.  Memelihara Al-Quran

Sebuah kisah mengenai Said bin Musayyib/Musayyab yang amat cintakan mashaf.


Said bin Musayyib/Musayyab ini amat cintakan mashaf sehingga dia akan membawa bersamanya ke mana-mana sahaja dia pergi. Semua barang-barang beharga miliknya juga disimpankan di dalam mashafnya itu. Seorang pencuri yang telah lama memerhatikan Said bin Musayyib ini telah mengambil peluang mencuri mashaf tersebut ketika Said bin Musayyib ini sedang solat. Menyedari tindakan pencuri ini, Sain bin Musayyib mempercepatkan solatnya dan mengejar pencuri tersebut sehingga dapat. Pencuri tersebut memohon ampun dan belas kasihan supaya tidak dipukul tetapi jawab Said bin Musayyib ini “jangan risau.aku tidak mahu memukul kamu. Aku hanya ingin mengambil mashafku”. Lalu diambil semula mashafnya dan memberikan duit yang berada di dalam mashafnya itu kepada pencuri tersebut. Betapa cinta dan sayangnya Said bin Musayyib ini akan mashaf sehingga duitnya tidak dirasakan lebih beharga dan bernilai berbanding mashafnya.

#marilah kita semarakkan rasa cinta dan kasih akan Al-Quran dan banyakkanlah bertadarus pada bulan Ramadhan dan hari Nuzul Al-Quran ini. tidak ada alasan untuk tidak mempunyai masa untuk membaca Al-Quran. kalau tidak mampu banyak,sedikit pun memadai.jangan sampai ALlah benar-benar tidak memberi masa buat kita mentadabbur kitab sucinya. salam nuzul Al-Quran dari saya.=)

Comments

Popular Posts