Kisah orang bersedekah




"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

(berdasarkan sebuah kisah benar)

Nur (bukan nama sebenar) pelajar di sebuah IPTA tempatan terpaksa mencari rumah sewa untuk sem akan datang kerana kemungkinan untuk mendapatkan kolej sangat tipis. Oleh kerana nur berasa sayang untuk meninggalkan program-program ilmiah di university serta di surau kolejnya maka nur membuat keputusan untuk mencari rumah sewa yang paling hampir dengan kolej dan universitinya walaupun harganya agak mahal. Bimbang jika dia tinggal agak jauh akan menyusahkan dia ataupun dia akan mula mencipta alasan untuk tidak hadir majlis-majlis ilmu yang diadakan memandangkan dia tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Rm484 (2+1) sewa serta deposit untuk rumah sewa.

”hemm.agak mahal.mana nak cari duit ni,”monologku sendiri.

Lalu aku segera melihat buku bank ku untuk melihat baki duit biasiswaku pada semester ini. 

“Alhamdulillah”masih ada baki Rm1000. Lalu aku segera menghubungi orang tersebut dan menguruskan semua urusan rumah sewa. Oleh kerana sahabat baikku tidak mempunyai wang ketika itu maka aku dengan senang hati memberi pinjam kepadanya. “simpanan masa hadapan supaya aku tidak menggunakan pada perkara lain,”senyumku sendri. Jika kita mahu urusan kita dipermudahkan oleh Allah maka terlebih dahulu kitalah yang perlu memudahkan urusan orang lain. Itu prinsip yang ku pegang selama ini.
Oleh kerana kami sudah di minggu peperiksaan akhir dan bakal habis pada minggu hadapan maka aku dan sahabatku membuat keputusan untuk pergi ke pasar malam di luar kampus. Lagipun kami masih belum pernah pergi walau sekali ke pasar malam pada sem ini disebabkan tugasan dan program yang banyak. Di pasar malam aku melihat duit yang berada di dalam dompetku. Terdapat hanya Rm40 ++“hemm.tak banyak dah ni.kena berjimat untuk sampai minggu hadapan ni. Semoga Allah permudahkan.”

Ku lihat ramai yang meminta sedekah di sana. Teringatku kepada kata-kata dari seorang ustaz, “pasar malam itulah lubuk untuk kita membuat sedekah. Jangan berkira-kira untuk bersedekah kerana bukan selalu kita mendapat peluang seperti itu. Jika ada yang datang meminta sedekah maka katakanlah bahawa Allah sedang memberi peluang kepada kita untuk bersedekah bukan memarahi atau menghinanya.”

Semangat aku untuk bersedekah berkobar-kobar apalagi mengetahui bahawa sedekah itu tidak akan mengurangkan rezeki kita bahkan Allah akan memberi rezeki yang berlipat ganda kepada kita nanti. Segera ku asingkan semua duit kertas RM1 yang agak banyak ke bahagian luar poket beg ku. Setiap duit lebih Rm1 yang ku dapat selepas membeli ku masukkan ke dalam poket itu dan setiap kali ku lalu pada mereka yang memerlukan ku hulurkan sama banyak di antara mereka tanpa mengira berapa banyak yang telah ku berikan. Sudah menjadi tabiatku untuk memberi sambil lalu tanpa melihat dan berlengah-lengah kerana aku lebih suka jika tidak ada yang melihat dan menyedarinya. Bimbang sifat bangga dan takbur menyelimuti hati.

Aku sebenarnya tidak bersetuju dengan kata-kata orang yang tidak mahu memberi sedekah kerana mengatakan bahawa mereka ini penipu bahkan ada antara mereka yang kaya raya dengan hanya meminta sedekah. Mungkin benar kata mereka itu tetapi apalah yang kita harus risaukan? Cemburukah kita dengan kekayaan mereka itu? Sedangkan Allah sedang mengkayakan kita dengan pahala melalui sedekah-sedekah yang ikhlas kita berikan. Bukankah itu lebih mulia? Biarlah mereka dengan urusan mereka dengan Allah,kita pula urusan kita dengan Allah. Soal tipu atau jujur bukan kita yang menghakimi. Yang paling utama niat kita ketika memberi. Ketika kita memberi kepada mereka yang cacat maka kita niatkan bahawa kita mahu membantu mereka yang kekurangan sedangkan aku telah Allah ciptakan dengan kesempurnaan fizikal. Bukankah itu lebih beharga? Ketika memberi kepada ibu dan anak yang tiada cacat cela fizikalnya maka bantulah dengan niat ini rezeki anak-anaknya. Anak-anak kecil masih belum mengerti dan insyaa-Allah dengan pemberian kita yang sedikit itu dapat mengembirakan hati mereka. Bukankah Rasulullah juga amat suka mengembirakan hati kanak-kanak.

Aku balik ke asrama dengan hati yang puas dan gembira. Sudah lama tidak mendapat peluang untuk memberi sedekah seperti itu. Ketika masih di pengajian diploma dahulu setiap minggu aku akan ke pasar malam jadi dapat memberi selalu dan Alhamdulillah selama pengajianku di sana aku sentiasa cukup duit dan tidak mengalami masalah sehingga perlu meminjam. Aku sangat yakin itu adalah kerana amalan bersedekah. Janji Allah itu kan sesuatu yang pasti.

Beberapa hari selepas itu aku mendapat berita yang aku perlu menambah lagi wang bagi urusan kontrak rumah sewa. Rm30 untuk kontrak dan Rm20 untuk utilities. Allah,Allah, Allah. Duit aku tidak cukup ni. Ada baki 6 hari lagi untuk tinggal di sini. Duit dalam bank pun ada Rm20 seingatku. Tolak duit yang ada pada tanganku aku hanya akan tinggal Rm20 sahaja untuk survive selepas pembayaran. Aku tenangkan diri dan berdoa semoga Allah permudahkan. Laju sahaja otakku mempunyai perancangan untuk berjimat. Kurangkan makan dan kurangkan belanja. insyaaAllah boleh. Yakinku dalam hati.

Ku halakan langkahku ke atm bank islam untuk mengeluarkan duit yang berbaki Rm20. Dalam perjalanan aku teringat akan” Surah Al Baqarah-Ayat 245

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”

Dalam hatiku berkata-kata. Mungkinkah akan bertambah duitku di dalam bank dengan tiba-tba. Aku tersenyum memikirkan bahawa aku sudah terlebih berangan-angan. Tetapi alangkah terkejutnya aku apabila melihat baki akaunku bukan Rm20 tetapi Rm1200. Subhanallah! Apa yang aku fikirkan benar-benar terjadi tetapi aku tidak cepat mengambil duit itu sebagai duitku. Bimbang jika duit itu bukan milikku. Memastikan yang halal itu lebih utama. Segera ku hubungi ibu di kampung untuk menanyakan jika ada memasukkan duit kepada ku tetapi tiada katanya. Bila difikirkan semula ibuku manalah mempunyai duit sebanyak itu untuk diberikan kepadaku. Kami bukan dari keluarga yang senang. Aku mula berfikir-fikir untuk bertanyakan kepada abangku. Mungkinkah dia ingin membayar duit yang ibuku ambil dari duit biasiswaku untuk kenduri kahwinnya hari tu. Tetapi aku segera teringat akan dermasiswa negeriku yang ku mohon tempoh hari. Tak mungkin juga rasanya kerana sahabat-sahabatku pernah mengatakan bahawa prosesnya lama dan mengambil tempoh hampir satu tahun baru dapat.

Aku segera meminta sahabat ku yang turut sama memohon dahulu untuk memeriksa bakinya dan ternyata benar pemohonan kami telah berjaya dan ini adalah rezeki yang Allah berikan kepada kami. Alhamdulillah. Aku berasa sangat takjub dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Ibuku mengatakan bahawa itu rezeki bulan Ramadhan buatku. Alhamdulillah. Ternyata apa yang ku yakini salami ini benar dan benar-benar terjadi kepadaku. Aku berharap kisah ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada semua orang untuk memperbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya Allah akan meluaskan rezeki kita bukan menyempitkan. Yang penting kita ikhlas dan yakin pada janji Allah.

p/s: inilah kisah yang dapat ana kongsikan dengan antum semua dari seorang sahabat. Semoga ia dapat memberi pengajaran dan pembakar semangat buat ana sendiri dan antum semua. ;)

maaf kerana sudah jarang update artikel di blog ini kerana sibuk dengan tugasan dan peperiksaan. Saya juga lebih banyak membaca buku dan mendengar ceramah berbanding membaca artikel. Insyaa-Allah jika ada kelapangan akan saya cuba sampaikan apa yang telah saya baca dan dengar secara bertulis di blog tetapi tidak dapat jamin kerana saya tidak begitu pandai dalam membuat ulasan.


Selamat menyambut ramadhan yang mulia. Perbanyakkan ibadat dan mujahadah. Semoga limpahan rezeki dan keberkatan serta perlindungan Allah itu sentiasa bersama semua pembaca blog ini. Aamiin ya rabb. =)

Comments

Popular Posts