HIKMAH RAMADHAN-Ustaz Badli Shah
Dalam kuliah cinta ilmu oleh Ustaz Badli Shah, beliau telah
menerangkan mengenai beberapa hikmah ramadhan. Hikmah ramadhan ada 3:
1. As Siam (puasa itu sendiri)
2.
Al Qiam (terawikh dan solat
sunat di waktu malam)
3.
Al Quran
Antara yang disampaikan ialah ramadhan ini terbahagi kepada
3 peringkat beserta perumpamaannya:
1.
10 Ramdhan yang awal (pusingan
kelayakan)
2.
10 Ramadhan kedua (pusingan
separuh akhir)
3.
10 Ramadhan terakhir (grand
finale)
Perumpamaan tersebut diambil dari pertandingan bola sepak.
Pada pusingan kelayakan semua pasukan layak untuk bertanding maka jika terdapat
30 pasukan maka 30 pasukanlah yang akan bertanding. Sebab itu 10 Ramadhan
terawal surau dan masjid luar biasa ramainya.
Tetapi masuk kepada 10 ramadhan kedua, hanya akan tinggal 4
pasukan sahaja yang akan berentap di pusingan separuh akhir. Pada waktu ini
surau dan masjid pun sudah mula kehilangan jemaahnya sedikit demi sedikit.
Masuk pula kepada 10 ramadhan terakhir, ketika ini hanya
tinggal 2 pasukan sahaja yang benar-benar layak berentap sehingga ke
penghabisannya. Begitu juga halnya di surau-surau dan masjid. Hanya yang
benar-benar istiqamah sahaja yang akan kekal menghadiri terawikh sehinggalah
malam hari raya.
Kerana itulah disebut ramadhan ini peringkat pertama adalah
RAHMAT ALLAH, kedua MAGHFIRAH/pengampunan dari Allah dan yang ketiga PEMBEBASAN
dari api neraka.
Bagaimana pula soal terawikh berjemaah dan solat sendirian? Hukumnya boleh tetapi amatlah RUGI!!
Terdapat solat sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan
secara berjemaah antaranya ialah solat sunat terawikh. Disampaikan oleh Ustaz Badli
Shah mengenai kisah Ibnu Abbas r.a.
Pada suatu hari Ibnu Abbas tertidur selepas solat maghrib
dan hanya tersedar pada waktu tengah malam. Oleh sebab Ibnu Abbas telah
terlepas solat berjemaah untuk solat isya’ dan terawikh maka dia berusaha
mencari sesiapa yang sama keadaan sepertinya untuk bersolat jemaah tetapi
betapa hampa hatinya kerana semua orang sudah pun solat berjemaah bersama-sama
Rasulullah tadi. Maka Ibnu Abbas pun melakukan solat isya’ sebanyak 27 kali
bersamaan dengan 108 rakaat bagi mendapatkan kembali pahala yang sama bagi
mereka yang berjemaah. Kemudian barulah dia bersolat terawikh dan qiam. Di dalam
tidurnya dia bermimpi dia cuba mengejar sekelompok manusia tetapi tidak dapat
bahkan semakin jauh dan jauh. Pada subuh harinya Ibnu Abbas menemui baginda
Rasululah dan menceritakan mimpinya. Lalu baginda Rasulullah bertanya apa yang
telah dilakukan olehnya pada malam tadi. Maka Ibnu Abbas menceritakan bahawa
dia terlepas solat berjemaah dan melakukan solat sebanyak 27 kali untuk
menebusnya. Baginda Rasulullah menjawab bahawa tidak akan pernah sama solat 27
kalinya itu dengan pahala mereka yang bersolat jemaah.
Betapa penting dan besarnya pahala solat berjemaah itu yang seharusnya kita ambil dan lakukan. Lebih-lebih lagi solat terawikh yang sangat dituntut untuk berjemaah.
Al-Quran
Seperti yang kita tahu Al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.
Ramadhan ini dimuliakan oleh turunnya Al-Quran. Kerana itulah Rasulullah SAW
juga bertadarus apabila tibanya bulan Ramadhan dengan malaikat Jibrail walaupun
baginda seorang hafiz. Imam Malik yang terkenal dengan kecintaannya kepada
hadis sehinggakan ketika dia telah dipatuk ular dia meminta supya dibawakan
kepadanya hadis untuk dibaca dan langsung tidak disedari akan apa yang sedang
orang lakukan kepada kakinya kerana khusyuknya dia membaca hadis. Tetapi apabila
datangnya bulan Ramadhan, Imam Malik menutup semua kelas pengajarannya
semata-mata untuk fokus kepada membaca Al-Quran. Begitu juga Imam Syafie yang
menangguhkan semua kelas pengajaran dan ceramahnya ketika bulan Ramadhan untuk
memuliakan Al-Quran kerana barakahnya amatlah besar.
#maaf andai ada terkurang di dalam penyampaian semula oleh
saya. Jika ada sebarang penambahbaikan boleh komen di ruang komen di bawah. Ayuh
semarakkan bulan Ramadhan. Banyakkan bertadarus dan membuat amal jariah. Semoga
kita semua tergolong dalam pasukan yang akan sampai sehingga ke GRAND FINALE. Aamiin.
=)
Comments
Post a Comment